Friday 31 October 2014

Jom Kemas Baju

Assalamualaikum..

Esok dah masuk bulan november..bermakna dah 15 hari cuti panjang..dah habis cuti bermalas-malasan di Pahang..kita sambung cuti kat Kedah pula lagi 15 hari..

malasnya nak kemas barang..kalau minta lagi cuti tambahan untuk Pahang mesti big boss tak bagi kan..hahaha..adil dan saksama..bahagi dua cuti..ina cuti sepanjang tahun dah..

lebih daripada kalsium

esok nak mula perjalanan jauh..malam ni nak tidur mesti ambil 4 biji ostematrix..esok pagi bangun tidur barulah bertenaga sikit nak mulakan perjalanan..

duduk dalam kereta terlalu lama pun boleh jadi punca sakit belakang kan..ostematrix mesti ada dalam beg..almaklumlah kadang-kadang bila bertukar-tukar tempat ni operasi membuang pun terbantut..

ambil ostematrix comfirm masuk bilik termenung bila bangun pagi..lawas dan lancar..ostematrix ni sebotol ada 120biji..harga pula mampu milik untuk semua..

bagus juga hadiahkan kepada mak dan ayah bagi memastikan keperluan kalsium mereka cukup..kesian kan mak dan ayah kita sakit-sakit badan..lenguh sana..lenguh sini..

jom sambung kemas barang..kalau nak beli ostematrix mesej je ina..kedai buka 24 jam..hehe..

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Atasi Kaki Berbau

Assalamualaikum..salam jumaat..hari ini nak kongsi bagaimana cara untuk atasi kaki berbau..hehe masalah ni kalau tak atasi malulah setiap kali nak pergi rumah jiran..haha

masalah kaki berbau

kaki berbau memang malulah kan..nak masuk rumah jiran mesti risau nak buka kasut..takut bau kaki yang busuk tu mencemarkan suasana..haha..cepat atasi tau..

sesetengah orang mudah berpeluh pada bahagian kaki..ini normal sebab setiap orang mempunyai kelenjar peluh yang berbeza..tak sama kan..

ada yang jenis duduk dalam bilik ada penghawa dingin pun berpeluh-peluh..ada juga yang berpeluh disebabkan masalah psikologi atau penyakit tertentu..

ikuti panduan untuk atasi kaki berbau:

rendam kaki

rendam dengan air garam
- lakukan sekali seminggu dengan merendam kaki di dalam campuran satu liter air hangat bersama 60 gram garam laut..

pakai bedak khusus
- bedak deodoran khas untuk kaki bagi mencegah bau kaki..gunakan bedak sebelum memakai stokin atau kasut..


stokin serap peluh
- pilih stokin daripada jenis kain yang serap peluh dan selesa pada kaki..

hindari alas kasut dari plastik
- alas kasut jenis plastik menyukarkan pori-pori kaki untuk bernafas..rajin-rajinlah basuh alas kasut supaya tidak menjadi sarang bakteria..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Thursday 30 October 2014

Punca Kelahiran Pramatang

Assalamualaikum..

punca sebenar kelahiran pramatang memang sukar untuk dikenal pasti..pelbagai faktor yang sering dikaitkan dengan kelahiran pramatang..

kelahiran pramatang

jangkitan kuman pada kemaluan..bahan-bahan yang dikeluarkan oleh bakteria yang boleh melemahkan membran yang mengelilingi kantung ketuban yang menyebabkan ia pecah terlalu awal..

jika ibu pernah melahirkan bayi pramatang..ibu-ibu perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenalpasti bakteria pada vagina..

struktur rahim yang tidak normal juga menjadi salah satu faktor kelahiran pramatang..serviks yang pendek iaitu kurang daripada 25 milimeter menyebabkan tidak berlaku kontraksi semasa kelahiran..

twin

rahim besar yang mana kes mengandung kembar atau peratus air ketuban terlalu banyak juga menjadi faktor-faktor kelahiran pramatang..biasanya bayi kembar akan lahir pramatang melalui pembedahan ataupun normal..

ibu-ibu hamil yang ada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, anemia, asma yang berterusan dan juga penyakit-penyakit kronik yang lain..

langkah pencegahan boleh diambil sekiranya ibu hamil dapat mengesan tanda-tanda kesakitan dari peringkat awal..

ibu hamil perlu mengambil vitamin-vitamin yang diperlukan bagi mengelakkan kelahiran pramatang kerana ia boleh mengundang maut jika berlaku terlalu awal..

set hamil shaklee


dapatkan vitamin lengkap untuk ibu hamil daripada pengedar yang sah,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Ubi Kayu Rebus

Assalamualaikum semua..dah minum petang ke?hari ini menu minum petang kami ubi kayu rebus..hehe..lama tak makan ubi kayu rebus ni..

makan ubi kayu rebus dengan gula je..suap riana dengan sepupu makan..tak cukup pula..tambah kali kedua ina tak letak gula..nak tahu letak apa..hehe..tengok gambar ni..

ubi kayu cicah gula


haa macam menarik tertarik je kan..budak-budak tengok apalagi semua datang dekat..sekali pandang gambar ni macam ubi kayu asam boi la pula..haha..

minuman campuran kurma

ina letak serbuk tamar cocoa..laju je riana dengan sepupu makan..rasa ubi kayu campur dengan manisan koko kurma..memang meletop..

riana nak makan ubi kayu

tengoklah riana tu ha..ibu nak ambik gambar ubi kayu rebus..dia dah sibuk pegang sudu nak serang ubi kayu tamar cocoa ni..hehe..nanti ibu-ibu cubalah buat..bye nak sambung makan.

with love,
ibu riana
0175262669


Wednesday 29 October 2014

Best Ke Jual Shaklee?

Assalamualaikum..

ramai yang masih ragu-ragu untuk mulakan langkah dalam perniagaan..ada yang tanya best ke jual shaklee?ada orang beli ker?

trusted seller

kalau tak ada orang yang beli takkan la ina pos barang..takkan hantar vitamin shaklee dekat alien..huhu..alamat alien pun ina tak tahu..haha..jangan marah ye..nanti kena jual..

apa yang best yer jual shaklee ni..

bagi ina sangat best..sebab ini perniagaan online..ina tak perlu nak jumpa-jumpa pelanggan untuk cerita panjang tentang produk shaklee..

semua kita cerita dalam mesej melalui facebook, whatsapp atau wechat..zaman canggih dah tak perlu nak bersua muka..jimat duit minyak..tak payah nak start enjin kereta pun..hehe

balik kampung tak payah nak bawa balik stok banyak-banyak..ada pelanggan nak beli produk shaklee..ina terus order online dengan shaklee je..click-click..(^-^)

buka laman web shaklee2u dah boleh tengok stok apa yang ada..stok apa yang tak ada..ibaratkan shaklee2u ni ina punya kedai..kedai yang besar dan penuh dengan produk shaklee..just imagine..

pekerja-pekerja shaklee juga pekerja-pekerja ina tau..hehe..diorang la yang bungkus barang yang ina nak..lepas itu pos terus kepada alamat pelanggan..

ha boleh dikatakan kerja goyang kaki dah ni kan..haha..siapa tak nak kan..boleh duk layan anak lagi sambil order barang..hanya depan laptop kat rumah..

apa yang paling penting?

anak depan mata..kadang-kadang anak duduk atas riba masa tengah layan pelanggan tapi kedai online kan..bukan pelanggan nampak pun..huhu

yang lagi best sambil-sambil jaga anak..layan pelanggan..sambil masak..kemas rumah..basuh pinggan..tup-tup tengah bulan gaji shaklee masuk..alhamdulillah dapat jugalah merasa duit sendiri..

with love,
ibu riana
0175262669

shaklee independent distributor

Jengka Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih kat Jengka ni..hari ni baru berkesempatan pusing-pusing Bandar Jengka..hurm banyak perubahan dah Bandar Jengka sekarang..memang berbeza dari dulu..

sekarang nama Bandar Jengka dah tukar Bandar Tun Abdul Razak..tapi lebih dikenali dengan Bandar Jengka je..dah sinonim dari kecil duk sebut Bandar Jengka..tiba-tiba nak sebut lain tak reti la pula..


Jengka yang dulu bukanlah yang sekarang..ingat lagi dulu-dulu kalau nak makan kfc mesti kena pergi Temerloh..memang tak ada lah kat Jengka ni..pasaraya yang glamour masa dulu pasaraya mohd sapak..

kalau pergi jalan Bandar Jengka situ jelah tempat membeli belah..tadi tengok pasaraya tu dah tutup..banyak pasaraya-pasaraya yang lain..


pusing-pusing lagi selepas balik pos barang..wow macam-macam ada ni..sebut je..semua ada kat Bandar Jengka..baru betul-betul panggil bandar kalau macam ni..hehe

terminal bas dan teksi bandar jengka
Jengka Sentral

hentian teksi
Hentian teksi di jengka sentral

banyak dah bangunan-bangunan yang berubah..terminal bas dah buat baru..dah bertukar nama jadi Jengka Sentral..dah makin luas dan lebih selesa..stadium pun ada..masih lagi dalam pembinaan..

tak jauh mana pun dari rumah..tapi kalau dah balik kampung malas nak keluar rumah..haha..hari ni sebab nak pos barang dan cari beli ubat kat farmasi..tu yang pusing-pusing Bandar Jengka..

with love,
anak kelahiran Jengka 15,Pahang

Tuesday 28 October 2014

Herbal Blend Kembali Lagi

Assalamualaikum..herbal blend ni memang produk yang selalu habis..tak sempat ina nak beli tengok-tengok dah habis..hehe..kali ni ina dah beli siap-siap..sekarang masih kat kampung lagi..

krim serbaguna shaklee

baru-baru ni buka shaklee2u tengok-tengok herbal blend ada stok dah..apalagi terus beli online herbal blend ni..barang sampai dekat Tapah..tumpang rumah jiran kejap..hehe..terima kasih ye cik su..

ahad ni singgah Tapah dah boleh bungkus dan hantar pada pelanggan yang dah tempah..walaupun herbal blend tak ada stok pelanggan siap pesan lagi..bila-bila ada stok dia nak..

kali ni memang tak lepaskan peluang..tapi ina order tak banyak tau..ada lebih sikit je..kalau nak cepat-cepat mesej ina ye..isnin minggu depan dah boleh pos terus..

krim herbal blend ni wajib ina bawa balik kampung..adriana kalau dah kat kampung tau-tau jelah..main tak ingat kat ibu dah..lari sana sini..lompat sana sini..

petang-petang main kat luar rumah..baru-baru ini jatuh la pula anak ibu ni..dah luka lutut..bila dah kering sikit luka ina sapu herbal blend..sekarang tengok luka riana dah nak ok dah..dah bertukar kulit..

selain itu krim herbal blend ni boleh guna kat siku, tumit kaki..tempat-tempat yang kasar tu letak krim serbaguna ni..krim serbaguna yang selamat dan semulajadi..

jangan lepaskan peluang tau..lepas ni kalau herbal blend tak ada stok tak tahu berapa lama plak baru nak ada..jangan lupa hubungi ina..harga mampu milik untuk semua..

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Ikan Masak Stim Halia

Assalamualaikum..dah makan tengahari semua..hari ini ina masak ikan masak stim halia..ayah ina masih pantang makan..baru-baru ni buat pembedahan kecil untuk buang bisul..hari-hari makan ikan bakar je..boring juga kan..

ikan masak stim halia

macam kita la berpantang selepas bersalin..44 hari makan makanan yang lebih kurang sama je..hehe..jadi hari ni tukarla menu berpantang untuk ayah..buat ikan masak stim halia..

lama tak masak menu stim ni..senang je..basuh ikan bersih-bersih..letak dalam bekas untuk stim..potong cili, tomato, bawang besar, bawang putih dengan halia..tabur je atas ikan..letak garam secukup rasa..perah buah lemon atau limau nipis..

siap semua..stim sehingga ikan masak..siap untuk dimakan..bagus juga menu ni untuk yang nak kurus..kurang lemak dan kurang minyak..amalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan yang baik untuk keluarga tersayang..

with love,
ibu riana
0175262669

Monday 27 October 2014

ESP dan DIABETES

Assalamualaikum..

hari ni buka 1 canister ESP untuk ayah..pagi dengan petang asyik pekena teh dengan kopi je..pasni kita bagi ayah pekena ESP pula..vivix on the way..rabu ni la plak vivix untuk ayah sampai..

ESP adalah soya non GMO

apa kaitan ESP dan diabetes?

ESP ni bukanlah ubat untuk diabetes..tapi ia boleh membantu tubuh mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi..

apa itu indeks glisemik

kenapa sesuai untuk pesakit diabetes?

sebab ESP ni minuman soya yang mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah..jadi pesakit diabetes akan rasa kenyang berpanjangan dan kurang makan..

ESP membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur..ia juga meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat untuk memenuhi keperluan badan pesakit diabetes..

ESP terbukti berkesan untuk pengawalan berat badan, mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar..haa yang nak kurus tu memang elok sangat ambil ESP ni tau..

dah tau kan kenapa ESP sangat bagus untuk pesakit diabetes..jadi war-warkanlah kepada semua ahli keluarga yang ada diabetes..sama-sama kita bendung tabiat pemakanan yang kurang sihat..

ESP untuk diabetes

ready stock now!!!
ada tak orang Jengka yang nak ESP dan Vita C Plus..ready stok tau 2 barang ni..baru je sampai hari ni..panas-panas lagi ni..riana tu sibuk nak selfie dengan ESP dan vita c..hehe

pengedar shaklee tapah

yang mana dah booking ESP dengan vita c ina dah pos yer tadi..minta tolong encik suami pergi pos..esok atau rabu insyaAllah barang sampai..

bagi orang Jengka dah tak payah nak pos lagi..ina hantar terus sampai depan pintu rumah..ina ada di Jengka 15 sampai hari sabtu ni 1/11..boleh mesej atau whatsapp ye..

boleh hubungi ina untuk penghantaran ke rumah bagi kawasan Jengka..untuk penghantaran 1 Malaysia bila-bila masa pun boleh..(^-^)


cuma kalau nak beli ESP dengan harga promosi hanya untuk oktober sahaja tau..last 31/10 ni..lepas pada tu harga macam biasa semula..jangan lepaskan peluang..

kenali saya,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Jambu Batu Turunkan Kolestrol

Assalamualaikum..sekarang ni kat alam maya makanan paling glamour adalah jeruk pelam asam boi..apa kata kali ini kita tukar buat jeruk jambu batu asam boi..hehe..macam sedap je bunyinya..

jambu batu sedap dimakan begitu sahaja

jambu batu kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk badan..memberikan kesan yang efektif dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah..

kalau makan sebiji je tidak mencukupi..kena makan sebiji setengah sehari bagi memastikan ia dapat memberi tindak balas yang berkesan pada badan..kalau hantu asam macam ina ni jap je abis..

jangan buang kulit buah jambu..kulit buah jambu mempunyai khasiat yang tinggi..selain pada makan buah jambu begitu sahaja boleh juga buat jus..tapi jangan campur dengan gula atau bahan perisa kerana boleh mengurangkan khasiat buah jambu..

jika diambil secara berterusan dalam masa seminggu, jambu batu dapat menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8 peratus..

jambu batu turunkan kolestrol

haa pasni kurangkan makan makanan yang berlemak dan makanan ringan..banyakkan makan buah-buahan terutama buah jambu yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam badan..

with love,
ibu riana
0175262669

Sunday 26 October 2014

Cara Masak Beras Herba Faiza

Assalamualaikum..hari ni ina nak cerita topik best ni..cara masak beras herba faiza..pagi tadi ina beli beras herba faiza ni..beli untuk ayah ina..nak kurangkan kanji..memang elok untuk pesakit diabetes..

beras herba faiza

cadangnya nak masak nasi untuk makan tengahari guna beras herba faiza ni..tapi macam tak pasti macam mana cara masak yang betul..risau pula jadi bubur..kalau nasi dah jadi bubur dah tak boleh buat apa lagi..huhu

lepas makan tengahari ina pun cuba cari maklumat cara masak beras herba faiza..macam-macam versi ada..jadi untuk makan malam hari ini ina masak nasi guna beras herba faiza..masak untuk semua yang ada kat rumah ayah..

tak ramai pun malam ni..semua dah balik ke rumah masing-masing..adik ina yang bongsu dah balik UPM Serdang pagi tadi..pukul 10 pagi dah naik bas..adriana sedih hantar maksu naik bas..adriana ingat dia pun nak naik bas juga..

malam ni kami berlima termasuk si kecil riana ni..ina masak 2 cawan beras herba faiza..ada lebih lagi lebih kurang untuk 2 orang makan..haha tak pandai nak bajet lagi masak nasi guna beras herba ni..cubaan kali pertama..

cara masak beras herba ni berbeza dengan beras biasa..beras herba kena lebihkan air..cara masak beras herba faiza senang je..1 cawan beras bersamaan 3 cawan air..comfirm tak lembik dan tak terlalu keras..

ina guna cawan minum teh tu..haha..bila dah masak dan dah makan..eh sedap juga nasi faiza ni..lembut je dan tak berkanji..nasinya berderai sebiji-biji..sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan orang yang nak diet..

ada yang kata tak sedap beras herba faiza sebab tak ada kanji..bagi ina sedap je..haha..nanti bolehla tukar pakai beras herba faiza juga kat rumah..hidangan yang sihat untuk seisi keluarga..mencegah lebih baik daripada mengubati..

with love,
ibu riana
0175262669

Zat Makanan Yang Diperlukan Ibu Hamil

Assalamualaikum..mengandung memang mengujakan terutama sekali bagi ibu yang pertama kali merasakan saat-saat kehamilan buat kali pertama..

apabila dah mengandung, kita perlu pikirkan untuk diri sendiri dan bayi di dalam kandungan..adakah makanan yang kerap kita ambil berkhasiat dan tidak membahayakan bayi di dalam kandungan..

ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan sihat..terdapat beberapa zat makanan yang diperlukan ibu hamil dalam setiap menu hidangan..

Kalsium
- penting bagi memastikan perkembangan tulang dan gigi bayi anda..
- ibu hamil perlukan dua kali ganda kalsium daripada biasa..
- sumber : keju, susu, dadih dan sayur-sayuran berdaun hijau..

Protein
- keperluan protein semakin meningkat seiring usia kehamilan..
- elakkan pengambilan telur separuh masak..
- sumber : ikan, daging, kekacang dan hasil tenusu..

Vitamin C
- diperlukan setiap hari kerana vitamin c tidak dapat disimpan dalam badan..
- membina plasenta yang kuat..
- mengelakkan jangkitan penyakit..
- membantu penyerapan ferum..
- sumber : buah-buahan dan sayur-sayuran segar..

Serat
- mengatasi sembelit semasa hamil..
- sumber : buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, kismis, apriko kering, roti serat tinggi, pasta gandum penuh, rasberi, daun bawang, kucai..

Asid Folik
- perkembangan sistem saraf utama bayi..
- sumber : bayam, brokoli dan kacang tanah..

Ferum
- untuk mengangkut oksigen
- elakkan memakan berasaskan hati kerana mengandungi vitamin A yang tinggi..
- sumber : daging, kekacang

set lengkap ibu hamil

semua zat-zat makanan di atas lengkap dalam set hamil shaklee..bila ambil set ini ibu-ibu hamil dah tak perlu risau lagi makanan yang diambil cukup zat atau tidak..hehe..

dapatkan set hamil shaklee dengan segera bagi memastikan anda membekalkan zat-zat makanan yang lengkap pada bayi di dalam kandungan..

ibu sihat, anak cergas..

hubungi:
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Saturday 25 October 2014

Tip Penting Sebelum Beli Kereta

Assalamualaikum..malam ni layan bola lagi..tetapi tak sokong mana-mana..hanya tengok sebab nak tahu siapa yang akan lawan dengan Pahang dalam final..haha..jaga-jaga yer Pahang..JDT dengan Felda dua-dua main kurang lembut..(^-^)

nak kongsi dengan semua pengunjung blog ina tentang tips beli kereta..kalau ikut kehendak hari ini juga terus nak pergi booking kereta..betul tak?kita kena tengok juga keperluan..jangan terlalu ikutkan nafsu semata-mata..


jom kita sama-sama fahami tip penting tersebut:

1) kenal pasti tujuan asal

- apa sebabnya untuk beli kereta?adakah hanya ingin menambah koleksi kereta atau memang keperluan perlu ada kereta..perlu kira untuk apa kegunaan kereta..adakah perlukan kereta hanya untuk ulang alik ke tempat kerja atau perjalanan yang jauh..

2) tentukan belanjawan yang berkaitan

- merangkumi bayaran bulanan, penggunaan petrol, servis, alat ganti, insurans..tip untuk ansuran bulanan..jumlah bayaran bulanan mestilah tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan anda..


3) kemudahan mendapatkan alat ganti

- biasanya alat ganti untuk kereta tempatan lebih mudah untuk dicari dan harganya lebih murah..

4) jaminan dan khidmat selepas jualan

- pilih syarikat kereta yang menawarkan pakej servis dan alat ganti..jadi anda tidak perlu rungsing tentang kos pembaikna atau servis berjadual untuk beberapa tahun..

5) cari maklumat tambahan

- dapatkan maklumat tambahan daripada individu yang sedang atau pernah memakai model kereta yang anda hendak beli..catat kelebihan dan keburukan..

daripada tip-tip di atas, kita buat keputusan kereta apa yang sesuai dengan pendapatan bulanan kita satu keluarga..semoga dapat membantu..

with love,
ibu riana
0175262669

Vivix Untuk Darah Tinggi

Assalamualaikum..hari ini ina rasa seronok sangat..minggu lepas sebelum balik bercuti ina dapat whatsapp dari anak Shaklee mengatakan tekanan darah suami terlalu tinggi..masa tu kami rasa vivix adalah jalan penyelesaiannya..

tekanan darah tinggi

suami puan ana buat pemeriksaan kesihatan untuk rekod di tempat kerja baru..bila buat pemeriksaan tengok-tengok tekanan darah masa tu 190/120..tinggi kan tekanan darah suami puan ana ni..

apakah tahap tekanan darah tinggi?

bacaan darah tinggi


masa mula-mula baca whatsapp dari puan ana memang ina terkejut juga..eh tinggi betul ni..kalau berdasarkan jadual peringkat tekanan darah kat atas..tekanan darah suami puan ana ni dah hipertensi tahap 3..

kasih sayang seorang isteri kan..tahu je suami ada darah tinggi cepat-cepat order vivix..bertuah la badan encik ariff ni..hehe..dapat seorang isteri yang penyayang dan prihatin terhadap kesihatan suami..

hari ini dah seminggu suami puan ana ambil vivix..hanya satu sudu kecil sehari sebelum tidur..alhamdulillah dah turun tekanan darah..hari ini buat pemeriksaan tekanan darah 138/80..dah berada di tahap pra-hipertensi..

vivix untuk darah tinggi

semoga suami puan ana terus mengamalkan vivix setiap hari..harap-harap tekanan darah kembali normal seperti biasa..gembira sangat ina hari ini bila dapat kongsi kebaikan vivix pada semua..

vivix untuk darah tinggi

vivix adalah hadiah terbaik untuk ayah dan ibu..ina baru je beli vivix untuk ayah ina..kandungan gula dalam darah pada kadar yang tinggi..hadiah untuk ayah dari ina dan adik beradik yang lain..kami semua sayangkan ayah..

apa yang bestnya bila beli vivix online penghantaran percuma sahaja terus ke pintu rumah kita..tiada bayaran pos dikenakan untuk vivix walaupun jumlah belian tidak cukup RM800 dalam satu invois..berbaloi kan..

nak dapatkan vivix untuk orang yang tersayang,
boleh hubungi ina,

0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Friday 24 October 2014

Makanan Yang Mudaratkan Pesakit Diabetes

Assalamualaikum..sambil layan bola Pahang lawan Kedah bersama keluarga di Pahang..mata pandang televisyen..tangan duk menaip ni..hehe..4 jaringan dah Pahang malam ni..terbaiklah..

Pelbagai makanan yang sedap sama ada makanan tradisional atau makanan barat..seronoknya dapat menikmati makanan yang sedap dan lazat..tetapi kalau penyakit mula muncul kita terpaksa melepaskan nikmat kesedapan tersebut..



penghidap diabetes terpaksa menukar gaya pemakanan dengan sendirinya secara tidak langsung..kandungan gula dalam darah perlu berada di tahap yang baik bagi mengelakkan kemudaratan..cara yang paling berkesan ialah diet yang betul..

antara makanan-makanan yang perlu dielakkan:


kurangkan nasi dalam menu diet

Nasi Putih
- zat tepung dan indeks glikemik yang tinggi dalam nasi putih boleh membawa kepada penyakit diabetes..gantikan nasi putih dengan sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan lain yang sesuai..

elakkan ubi kentang
Ubi Kentang
- pengambilan ubi kentang dalam menu diet seharian perlu dielakkan kerana ubi kentang mampu meningkatkan tahap gula dalam darah pada kadar yang cepat..


elakkan sos tomato terlalu banyak dalam hidangan

Sos Tomato
- rasanya yang masam membuatkan orang ramai terkeliru sedangkan kandungan gula di dalam sos tomato adalah tinggi..


kadar gula dalam darah tidak stabil

Roti
- rotti juga memberikan kesan yang buruk kepada pesakit diabetes kerana dihasilkan dari tepung putih..kurangkan pengambilan roti dalam menu harian..


elakkan pemanis tiruan
Pemanis Tiruan
- kurangkan atau tidak mengambil terus pemanis tiruan bagi mengawal gula dalam darah..


Jus Buah
- jus buah tidak sesuai dijadikan minuman dan gantikan dengan air kosong sahaja..


yogurt ada pemanis tiruan

Yogurt Rendah Lemak
- kandungan lemak dikurangkan tetapi digantikan dengan pemanis tiruan..cuba elakkan yogurt dalam menu anda..


alternatif lain untuk mengurangkan kadar gula dalam darah:

Pesakit diabetes perlu mengelakkan makanan-makanan yang boleh memudaratkan..boleh juga ambil set diabetes shaklee..klik SINI untuk maklumat lanjut tentang set diabetes shaklee serta testimoni daripada kawan ina merangkap pengguna dan juga ahli shaklee sendiri..

with love,
ibu riana
0175262669

Petua Dapur

Assalamualaikum..hari ini ina nak kongsi beberapa petua dapur untuk semua..semoga dapat memberi manfaat dan ilmu baru buat semua..

bawang besar

1) bawang kisar tahan lebih lama

- letakkan sedikit minyak masak ketika bawang dikisar untuk tahan lebih lama..

mentega

2) hilangkan bau nasi hangit

- ambil satu sudu mentega letak dalam nasi..kacau rata dan tutup semula..

hilangkan bau kapur pada mi

3) hilangkan bau kapur pada mi

- rendam seketika mi dengan gula dan kacau rata..

hapuskan bahan kimia pada sayur


4) mencuci bahan kimia pada sayur

- rendam sayur dalam air garam..campurkan sedikit cuka sebelum dibilas sekali lagi dengan air yang bersih..

amalkan petua dapur yang sihat supaya anda menghidangkan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk seisi keluarga..

with love,
ibu riana

0175262669