Friday, 19 December 2014

Malam Gala Night Fenomena Shuttle

Assalamualaikum..malam ni ada aktiviti gala night untuk kelab badminton kami..fenomena shuttle..kesibukan yang melanda hari ini..huhu..

macam-macam makanan ada malam ni..kami sponsor mee goreng..made by chef aedrol akhmar..ina tukang sedia bahan je..

bermula malam ini rasmilah kelab badminton kami..

posted from Bloggeroid

Thursday, 18 December 2014

Petua Merawat Kulit Terkena Minyak Panas

Assalamualaikum..biasanya ina kalau tekena minyak panas..ina cepat-cepat sapu ubat gigi kat tempat yang terkena minyak panas..semalam masa menggoreng tiba-tiba terpercik pula minyak kat tangan..

masa tengah sakit dan pedih tu dah tak ingat nak letak ubat gigi tapi ina sapu herbal blend shaklee..masa mula-mula sapu tu rasa pedih sekejap..lepas tu terus ok..tempat yang terkena minyak panas tu tak melecur or melepuh pun..

alhamdulillah herbal blend ni memang dah buktikan yang ia sememangnya krim serbaguna yang perlu ada di setiap rumah..

boleh hubungi ina untuk membeli produk shaklee ataupun bertanyakan sebarang soalan..

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Wednesday, 17 December 2014

Customer's Feedback

Assalamualaikum..hari ni ina mesej customer yang ambil nutriferon dan vitamin c shaklee dua minggu lepas..customer mengalami tonsil dan kerap demam..biasanya demam akibat tonsil memang sakit bila nak telan makanan pepejal..

contoh dari google
customer reply beritahu ok sangat-sangat..tonsil dah semakin pulih..memang bagus produk shaklee ni..nanti dia nak order lagi..alhamdulillah seronok dengar bila produk shaklee yang ina jual memberikan kesan yang terbaik buat semua..


kalau nutriferon dengan vitamin c ni memang tak diragui lagi..stok nutriferon dan vitamin c memang sentiasa ada untuk ina sekeluarga..bila ada yang selsema dan demam terus bagi nutriferon dan vitamin c..

semalam suami ina asyik bersin je..kena hujan masa main badminton..ina terus bagi dua biji vitamin c yang ina patahkan dua..hari ini alhamdulillah dah tak jadi selsema..terima kasih ya Allah, kau temukan kami sekeluarga dengan produk yang bagus dan selamat..

nak dapatkan produk-produk yang terbaik dari shaklee boleh terus hubungi ina yer..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Tuesday, 16 December 2014

Lirik Lagu Mirai Kiroro


Assalamualaikum..teringat pula belajar Bahasa Jepun masa diploma dulu..lagu mirai kiroro ni la yang duk selalu dengar hari-hari..jom kita nyanyi sama-sama..

*******************************************
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran 
Are ga anata no mirai 

Haha ga kureta takusan no yasashisa 
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita 
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai 
Sonna watashi no te wo nigiri 

Issho ni ayundekita 
Yume wa itsumo sora takaku aru kara 
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no 
Jibun no sutoorii dakara koso akirametakunai 

Fuan ni naru to te wo nigiri 
Issho ni ayundekita 
sono yasashi wo toki ni wa iyagari 
Hanareta haha e sunao ni narezu 

Hora ashimoto wo mitegoran 
Kore ga anata no ayumu michi 
Hora mae wo mitegoran 
Are ga anata no mirai 

Monday, 15 December 2014

Herblax Power

Assalamualaikum..bercerita pasal herblax memang puas hati..herblax power sungguh..kalau makan 4 biji sebelum tidur esok pagi mesti membuang dengan jayanya..


agen detox yang terbaik dan harga masuk akal..hehe harga herblax sebotol memang mampu milik tau..sebotol ada 120biji untuk penggunaan sebulan..

bagi sesiapa yang mengalami masalah sembelit yang teruk bolehlah ambil 4 biji herblax setiap hari untuk melancarkan pembuangan serta mencuci usus dari lemak-lemak yang terkumpul..

dapatkan herblax daripada pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669

Sunday, 14 December 2014

Makan Kenduri Di Ipoh

Assalamualaikum..hari ni makan kenduri di Ipoh..adik jiran kahwin..peluang pergi Ipoh boleh jalan-jalan cari makan..

turun tol Jelapang Ipoh dalam pukul 12 tengahari kami terus pergi tengok rumah yang kami sewakan di Sungai Siput..borak-borak dengan penyewa tak sedar masa berjalan..

sesat jugalah sekejap dalam nak mencari taman chepor impian..kami sesat ke desa chemor impian..last-last ada seorang abang motor yang sangat baik hati nak tolong hantarkan..kesian tau hujan-hujan abang tu masih nak tunjukkan jalan..

sampai tempat kenduri dah 3 petang rasanya..bila dah siap makan hujan pun mula lebat..duduk-duduk sambil borak dengan kak mazni sekeluarga..pukul 4 kami bertolak balik..kebetulan waktu melawat hospital..kami terus menuju Hospital Ipoh untuk melawat suami jiran yang sedang dirawat di Hospital Ipoh..

balik dari Hospital tekak ni tiba-tiba je mengidam laksa dekat taman polo..haa apalagi check in situ sekejap mskan laksa, keropok lekor dengan pisang goreng cheese..rosak diet hari ini..huhu esok kena main badminton lama sikit daripada biasa..(^-^)

lepas maghrib kami check in kinta riverfront pula..teman encik suami naik onewheel..entah macam mana nak naik..kayuh pun bukan..tolak pun bukan..benda bulat berdiri kat atas tu terus jalan..kena imbang badan..bila badan ke depan benda tu gerak ke depan..bila badan kita kebelakang benda tu gerak ke belakang..macam best je tengok encik suami naik..huhu

berdekatan dengan tempat onewheel ni kedai 21grilled..hish duk tahan je ni..ada juga yang pergi order monster burger ni..memang ke laut la diet dibuatnya..mau esok kena training pagi, petang dan malam..hehe..hari ni tak dapat nak naik basikal..ina pakai jubah hari ni..lain kali ye riana kita naik..

with love,
ibu riana
0175262669

posted from Bloggeroid

Saturday, 13 December 2014

Hilangkan Parut Jerawat

Assalamualaikum..bulan promosi vitamin e ni jom kita teroka entry ina malam ni..bagaimana nak hilangkan parut jerawat..meh nak kongsi tips hilangkan parut jerawat..



Tomato :
hiris tomato kemudian tampal pada parut jerawat..cara ni sangat mudah kerana menggunakan buah tomato yang senang dicari..

Minyak Zaitun :
urut lembut muka menggunakan minyak zaitun terutama pada bahagian parut jerawat..boleh juga mengecutkan jerawat jika kerap dilakukan..

Jus Mentimun :
Jus ini merupakan toner kulit semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit..mentimun dapat mengurangkan radang kulit, menghaluskan kulit serta menyembuhkan luka akibat jerawat..

Putih Telur :
sapukan putih telur pada jerawat dan biarkan seketika sebelum dibasuh..boleh juga campur putih telur dengan madu..

Kunyit :
dapat mengurangkan luka parut jerawat..

Lidah Buaya :
sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya pada parut jerawat..


Pelbagai petua yang anda boleh buat di rumah untuk hilangkan parut jerawat..anda juga boleh guna masker vitamin e untuk hilangkan parut..sapu vitamin e pada jerawat atau parut jerawat ketika hendak tidur..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Friday, 12 December 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
DAN KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

credit to Rahsia Hawa

Thursday, 11 December 2014

Kuasa Istighfar

Assalamualaikum..

Ceritera semalam siaran TV9 tanyalah ustazah dengan tajuk yang cukup-cukup menarik iaitu "kuasa istighfar"..disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa


ina kongsi dalam blog supaya semua pengunjung dapat menghayati kuasa istighfar yang disampaikan oleh ustazah..sekarang memang masih ingat lagi tetapi manusia mudah lupa jadi ina masukkan dalam blog..(^-^)

peranan utama istighfar menghindari azab dari Allah SWT..
istighfar membersihkan diri kita daripada segala sifat-sifat mazmumah..
jangan hanya bersihkan tubuh badan sahaja tetapi bersihkan hati dgn cara istighfar..


hati ada 6 keadaan:

hidup
mati
sihat
sakit
jaga
tidur

jgn biarkan hati tidur,sakit dan mati..
lebih kurang maksudnya jangan biarkan tak ada supplemen untuk hati..biarkan hati kosong..tak istighfar untuk bersihkan hati..

Nabi Muhammad SAW istighfar 70 kali sehari..
ada hadis yang menyatakan Nabi Muhammad istighfar 100 kali sehari..
Nabi yang maksum pun boleh tawadduk 100 kali istighfar..

cuba renung-renung diri kita..darabkan dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan..agak-agak berapa kali kita perlu istighfar setiap hari..
kalau istighfar sikit-sikit tak rasa terkesan dlm hati..
jadi istighfarlah sehingga lumat..sehingga sebati dalam jiwa..

hari-hari kita janji macam-macam dengan Allah dalam solat tetapi 5 minit kemudian selepas selesai solat kita berubah kembali menjadi seperti biasa..tiada perubahan pun yang kita lakukan dalam diri..

barangsiapa selalu istighfar, Allah jamin akan beri jalan keluar bagi setiap kesempitan hidup orang yang selalu beristighfar..
Allah beri kesenangan bagi setiap kesusahan yang dialami..

satu kisah hamba Allah bernama nasuh..muka dan perwatakan seperti perempuan..kerja mendandan perempuan..semua orang menyangka nasuh seorang perempuan..suatu hari raja panggil nasuh untuk mendandan puterinya..

semua pintu bilik puteri ditutup kerana raja tidak mahu orang lelaki melihat aurat puterinya..sedangkan nasuh seorang lelaki..dengan kuasa Allah sebiji berlian hilang semasa nasuh mendandan puteri..

nasuh yang ketakutan beristighfar kepada Allah memohon pertolongan daripada Allah..jika pengawal memeriksa badan nasuh dikhuatiri pengawal dapat mengesan nasuh seorang lelaki..kalau raja dpt tau abislah kena pancung..

dgn kuasa istighfar, Allah buka jalan keluar untuk nasuh..belum sempat pengawal nak periksa badan nasuh berlian dah dijumpai..selepas itu nasuh kembali menjadi lelaki sebenar dan bertaubat..

muhasabah diri tengok siapa kita 10 tahun yang dulu..
menyesal aku dah siakan usia umurku..dah siakan amanah anak-anakku..terlampau banyak dosa..hanya dosa yang ku gendong utk bertemumu ya Allah..

dimana silapnya jika saya sudah istighfar tetapi masih belum diberikan rezeki?
Allah memberi pada masa yg Allah kehendaki dan terbaik utk kita bukan masa yg kita kehendaki tapi tidak terbaik untuk kita..


bagaimana nk wujudkan rasa dlm hati bila istighfar dah jadi mainan bibir?


4 tahap istighfar:

mulut istighfar tapi hati tidak

mulut tak istighfar tapi hati istighfar

mulut dan hati sama-sama istighfar

seluruh hidupnya istighfar

jika istighfar 100 kali  tapi tak ada air mata berdoa supaya Allah lembutkan hati..istighfar lagi sehingga istighfar kita beserta dengan air mata..


6 ciri-ciri org yang bijak:

bila sebut nama Allah dia bangga

bila sebut tentang diri sendiri dia rasa hina

bila renung ayat-ayat Allah dia ambil pengajaran

bila muncul rasa nak buat maksiat dia cegah

bila mohon doa dia sangat teruja

bila ingat dosa-dosa segera istighfar

semoga perkongsian ina malam ini dapat memberi manfaat buat semua..jom kita hayati kuasa istighfar..

with love,
ibu riana
0175262669

Wednesday, 10 December 2014

Collagen Powder Shaklee - Beli 3 Percuma 1

Assalamualaikum..

wow penghujung tahun 2014 ni memang best sangat tau..Shaklee bermurah hati buat promosi untuk collagen powder..bermula hari ini hingga 31 disember 2014..bermakna untuk bulan ini ada 3 produk yang shaklee buat promosi..


wah-wah sangat sayang shaklee dengan pelanggan-pelanggan yang setia bersama shaklee sejak dulu..bagi pengguna-penguna collagen powder inilah masanya untuk anda menambah stok collagen powder yang sudah makin menyusut tu..

ambil peluang beli 3 percuma 1 kotak collagen powder anda jimat sehingga rm298 tau..sangat-sangat berbaloi untuk kesihatan dan kecantikan anda..


buat suami-suami yang penyayang inilah masanya nak hadiahkan isteri tercinta collagen powder supaya isteri anda bertambah ceria, sihat, bertenaga dan awet muda..


dapatkan daripada pengedar sah anda,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Tuesday, 9 December 2014

Cara Makan Dan Simpan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum..wah-wah semua orang tak lepaskan peluang dapatkan vitamin c shaklee bulan disember kan..almaklumlah bulan ni shaklee buat promosi untuk vitamin c..haa sesiapa yang masih belum dapatkan vitamin c ni apa tunggu lagi..


meh sini nak bagi harga terbaik..hanya untuk bulan disember 2014 sahaja tau..sebotol vitamin c ada 180 tablet..ada 2 cara pengambilan dan jangka hayat sebotol vitamin c..wah jangka hayat tu serius dengar kan..

1) ambil sebiji sehari selepas sarapan tahan selama 6 bulan..

2) ambil 2 biji sehari selepas sarapan tahan selama 3 bulan..

kebiasaannya untuk pengambilan secara konsisten boleh ambil sebiji sehari..jika demam atau selsema boleh terus ambil 2 biji sehari..


cara simpan vitamin c shaklee mudah je..tutup kemas penutup botol selepas mengambil vitamin c..jika botol vitamin c rosak atau pecah..boleh gantikan dengan bekas yang kedap udara supaya vitamin tidak rosak..tak perlu simpan di dalam peti sejuk sebab vitamin c bukan jenis gel..

nak dapatkan vitamin c dengan harga promosi untuk bulan disember, boleh terus hubungi:

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Monday, 8 December 2014

Fenomena Shuttle

Assalamualaikum..hari ni baru berkesempatan nak update pasal geng fenomena shuttle kami..hehe..seronok bila masing-masing semangat turun main badminton petang-petang di stadium rsat..haha stadium yang diberi nama oleh coach kami..


alhamdulillah memang keluar peluh la hari-hari main..amalkan gaya hidup yang sihat..sejak join geng fenomena shuttle ni rasa kurang sikit waktu makan..diet la konon..haha..jangan muntah ok..

kalau tak turun main badminton memang mengunyah jelah kerja kat rumah..ada je makanan yang nak dikunyah sambil-sambil tengok rancangan di televisyen..lepas makan terus baring depan televisyen..wah bahagianya hidup..

bertambah bahagia bile lemak kat badan ni pun bahagia juga ajak kawan-kawan masuk dalam badan ina..siap buat joget lambak lagi..dah macam kenduri kahwin tau..sangat-sangat berterima kasih kepada coach fenomena shuttle yang sudi melayan karenah ahli-ahli kelab..huhu

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Sunday, 7 December 2014

Basic H Shaklee

Assalamualaikum..malam ni terlebih rajin..lepas makan malam tadi terus kemas-kemas sikit dapur yang dah bersepah-sepah ni..minyak-minyak yang terpercik kat dinding dan yang tumpah dekat tepi-tepi dapur gas..


sangat senang bila ada basic h shaklee ni..lap dengan basic h..tak payah nak sental-sental beria sangat..lap sekali lalu..angin lalu membawa basic h..menyental minyak-minyak yang ada..haa nyanyi sikit malam-malam minggu ni..

kenapa ina pilih basic h?
- organik
- tidak bertoksik
- tanpa gas beracun
- tanpa bahan kimia
- tanpa bahan pewangi
- lembut pada tangan
- pH seimbang
- tanpa klorin

haa inilah sebabnya..ina ni jenis tak tahan sangat kalau guna sabun yang ada bahan kimia..nak tahu sabun tu ada bahan kimia tak..bila guna kejap je tangan ni merah-merah dan pedih..macam kulit tangan ni terhakis..ala-ala alergik kot..

selain ina cuci barang-barang dapur guna basic h..ina juga guna basic h untuk basuh botol susu riana, mop lantai, cuci buah dan sayur-sayuran..yang penting guna bahan pencuci daripada bahan semulajadi tau..

sila hubungi ina untuk membuat pesanan atau bertanyakan sebarang soalan..

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Saturday, 6 December 2014

Scary Movie

Assalamualaikum..boring malam-malam ni tak ada cerita yang menarik kan..encik suami pun kerja hari ni..layan scary movie yang tak berapa nak scary tu..haha..


kemas-kemas laci kabinet tadi baru jumpa sijil ssm yang ina cari dari hari tu..haha nasib baik buat untuk 5 tahun terus..2017 baru expired..

ina peniaga online yang berdaftar tau..jangan ragu-ragu untuk membeli dengan ina..barang comfirm sampai..hehe..sekarang ni macam-macam hal yang berlaku..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..(^-^)

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Friday, 5 December 2014

Vitamin C Shaklee Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum..malam ni nak cerita tentang vitamin c shaklee untuk kanak-kanak..ada yang ingat shaklee hanya keluarkan vitamin c untuk dewasa je kan..ada tau vitamin c khas untuk kanak-kanak..ha ini rupa vitamin c tu..


sebotol vitamin c shaklee ni ada 90 biji..sehari makan sebiji sahaja..jadi sebotol vitamin c kanak-kanak ni tahan untuk 3 bulan..untuk kanak-kanak hanya sebiji sahaja sehari..kalau orang dewasa nak makan pun boleh juga ambil 5 biji sehari..


vitamin c shaklee untuk kanak-kanak ni tak perlu telan terus..boleh dikunyah dan dihisap macam gula-gula..anak-anak anda mesti suka..daripada bagi anak-anak makan gula-gula yang manis tu lebih baik bagi makan vitamin c kan..(^-^)

jika berminat untuk membuat sebarang pesanan atau pertanyaan berkaitan produk, sila hubungi saya seperti dibawah:

Ibu Riana
Shaklee ID : 921124
SMS/Whatsapp : 0175262669
Email : zarina.naim@yahoo.com
Facebook : Ibu Riana
Facebook Page : Ibu Riana Onlineshop

Thursday, 4 December 2014

Pengedar Shaklee Perak

Assalamualaikum..Orang Perak meh datang dekat meh..sesiapa yang mencari pengedar shaklee kawasan Perak..ate teman la orangnya..hehe..

boleh dapatkan barang secara penghantaran menggunakan poslaju atau boleh datang ambil sendiri di rumah atau ina yang hantar berang ke rumah..

penghantaran ke rumah ni mengikut kesediaan stok yang anda nak..boleh terus hubungi ina dulu untuk pengesahan produk yang ada..

kalau nak tengok atau pegang-pegang dulu produk shaklee ni boleh je datang rumah..ina duduk di Tapah..orang Tapah jangan segan silu nak hubungi ina yer..hehe

bagi sesiapa yang teringin nak tambah pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi ina untuk keterangan lanjut..boleh tanya apa-apa yang anda nak tahu..

with love,

ibu riana
0175262669
Pengedar Perak

Wednesday, 3 December 2014

Jom Layan Dil Hai Tumhaara

Assalamualaikum..apa aktiviti semua malam ni..ina malam ni layan hindustan la..kat rumah ni semua peminat hindustan..malam ni pula cerita hindustan Dil Hai Tumhaara..lama tak layan cerita ni..hehe


kena standby tisu la banyak-banyak buat lap air mata..ada yang cadangkan letak baldi depan televisyen..haha..macam-macam idea yer..macam-macam pengajaran kita boleh dapat daripada cerita ni..macam-macam konflik ada..


dah macam pengulas bollywood pula..yang mana belum tengok buka tv2 sekarang yer..masih belum terlambat untuk join ina layan hindustan..hehe..bye

Tuesday, 2 December 2014

Set Cantik Paling Bajet

Assalamualaikum..berikutan dengan promosi berganda disember yang melibatkan vitamin c dan vitamin e..jadi bulan disember ni anda dapat beli set cantik paling bajet tau..

sebab apa ina cakap macam tu..sebab dua-dua produk ni ada dalam set cantik..wah beruntungnya bagi sesiapa yang memang mengamalkan set cantik shaklee..bulan ni comfirm beli untuk stok terus kan..berbaloi-baloi tau beli bulan disember..

kenapa perlu ambil vitamin c dan vitamin e?

bila anda ambil gabungan vitamin c dan vitamin e ni akan memberikan kesan yang lebih berkesan..muka akan nampak sentiasa muda kerana vitamin e melambatkan proses penuaan..wajah lebih berseri dan tidak kusam..


pengambilan vitamin c dan vitamin e secara konsisten sangat membantu untuk mendapatkan tekstur kulit yang cantik..membantu menghilangkan parut dan jeragat..vitamin e juga dapat mencegah pertumbuhan abnormal seperti kanser..

vitamin c dengan vitamin e juga boleh dibuat masker..anda juga boleh membaca kelebihan vitamin e DISINI..pelbagai testimoni-testimoni daripada pengguna yang telah berpuas hati setelah mengambil vitamin c dan vitamin e..





dapatkan daripada pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Monday, 1 December 2014

Promosi Berganda Disember 2014

Assalamualaikum..alhamdulillah dah masuk bulan disember kita hari ini..bulan terakhir sebelum masuk tahun baru..bulan ini juga shaklee buat promosi berganda yang sangat berganda-ganda tau..rugi kalau tak rebut peluang..


kebiasaannya setiap bulan shaklee akan buat promosi untuk satu produk sahaja..tetapi bulan ini ada dua produk..vitamin c dengan vitamin e berganding bersama-sama..khas untuk semua pelanggan shaklee..


bukan promosi ini sahaja tau..ada lagi promosi yang shaklee sediakan untuk semua pelanggan setia..dapat 5% diskaun jika beli 2 botol vitamin c atau 2 botol vitamin e..haa apa tunggu lagi..jangan lepaskan peluang tau..

cepat-cepat mesej ina segera untuk dapatkan vitamin c dan vitamin e dengan harga promosi berganda untuk bulan disember sahaja..boleh terus hubungi ina yer..

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Sunday, 30 November 2014

ATV Offroad Kalumpang

Assalamualaikum..aktiviti terakhir family day hari ni sebelum masing-masing balik rumah..tengahari main badminton di Dewan Cina Kalumpang..sebelah petang layan ATV Offroad Kalumpang..



sekali sekala buat aktiviti lasak macam ni seronok juga..tapi tak boleh la nak ambik jalan yang adventure sangat sebab ada kanak-kanak Ribena..5 buah ATV untuk kami petang tadi..alhamdulillah semua dapat naik..tak ada yang tertinggal..hehe









tengah duk naik ATV adriana boleh tidur..ada ke patut anak aedrol akhmar ni..buat lawak je tau..main selut kita hari ni..dah abis selut lalu dalam sungai pula...hai risau je jatuh
.hehe..sejam juga perjalanan tadi..naik lenguh juga punggung..bila dah nak balik adriana nak selfie plak..layankan aje..hehe..



with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

posted from Bloggeroid

Saturday, 29 November 2014

Family Day 2014

Assalamualaikum..family day kecil-kecilan minggu ni untuk.tahun 2014..bermula malam semalam..semua adik beradik yang dapat sertai family day 2014 berkumpul di rumah kakak yang sulong di kalumpang Selangor..

hari ni aktiviti kami di hotspring sg klah sungkai Perak dari pagi hingga petang..puas mandi manda seharian..berbelang-belang muka masing-masing..kami sampai paling awal..sempatlah naik go-kart dulu seround..apalagi selfie la kita..





habis mandi balik rumah masing-masing dah kepenatan..malam sambung pula sesi bbq..macam-macam ada..ayam,sotong,udang dan sosej..makan sampai tak larat nak jalan..(^-^)







tauke buah nangka pun ada malam ni..nangka madu yang sangat sedap..bertambahlah penuh perut ni..sampai ada yang kena telan pil chi ki teck aun..huhu



last sekali pencuci mulut..ada pula yang bagi idea nak bakar pisang..maka tercetuslah idea nak buat pisang bakar coklat..hadoi rosak diet hari ni..memang kelaut sungguh..esok kita bakar lemak dengan game badminton pula yer..selamat malam semua..



with love,
ibu riana
0175262669

posted from Bloggeroid

Friday, 28 November 2014

Panggilan Akhir

Assalamualaikum..hehe serius benar tajuk entri malam ni..panggilan akhir untuk dapatkan omegaguard dengan harga promosi bulan ini..promosi daripada shaklee berakhir 30 november..ahad ni hari terakhir untuk order..


ada sesiapa lagi yang nak dapatkan omegaguard..antara kebaikan omegaguard adalah:

- untuk pesakit asthma
- untuk anak-anak sekolah bagi mudah hafal
- untuk pesakit jantung
- untuk merawat buasir
- untuk bakar lemak
- untuk anak yang kerap demam dan batuk
- untuk pesakit gout
- pesakit darah tinggi

dapatkan dari pengedar sah anda,

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com


Thursday, 27 November 2014

Pakaian Lebih Wangi

Assalamualaikum..ada yang bertanya dalam satu facebook group..macam mana nak buat supaya baju kita tu wangi je..dari kita basuh, sidai, angkat dan pakai wangian tu masih lagi melekat pada baju..


haa meh nak kongsi satu tips..tips sangat mudah je ni..semua orang boleh buat..beli pewangi daia tu..hehe..masa bilasan kali terakhir pause sekejap mesin..masukkan pewangi daia dan biarkan sekejap supaya pewangi meresap ke dalam baju..

sambung bilas dan dah siap untuk disidai..wangian yang berpanjangan..

with love,
ibu riana
0175262669

Wednesday, 26 November 2014

Performance Drink - Minuman Elektrolit Untuk Ahli Sukan

Assalamualaikum..hari ni tiba-tiba teringat dekat air performance drink ni..tengok warna pun dah menggoda kan..performance drink ni minuman elektrolit untuk ahli sukan..sangat sesuai untuk orang yang aktif bersukan..


minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat..elektrolit berfungsi mengawal keseimbangan bendalir dalam sel badan dan juga menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf dan otot badan..


selain itu performance drink juga meningkatkan daya ketahanan badan, kurangkan kehausan, melembabkan kulit, awek muda serta mengekalkan paras gula yang normal..sebab itu sangat sesuai untuk orang yang aktif bersukan..

aduhai dah terbayang ni air performance drink yang sejuk..nyamannye minum masa betul-betul kehausan..esok nak bawa bekal performance drink la masa main badminton..hehe..nak order boleh terus hubungi ina yer..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com


Tuesday, 25 November 2014

Sotong Kangkung Versi Ibu Riana

Assalamualaikum..cerita tengahari tadi..nak masak sotong kangkung..cuba cari dalam google ada macam-macam versi resepi..baca sekali imbas je pastu cuba cipta resepi sendiri..haha..


dalam peti sejuk ada sotong kembang..beli dekat pasaraya TF 2 ekor sotong enam ringgit..mahal juga kau wahai encik sotong..cari lagi dalam peti doraemon jumpa sang kangkung..apalagi terjadilah sotong kangkung versi ibu riana..


cara-cara nak buat senang je..ina basuh sotong..rebus sehingga sotong lembut..dah siap rebus sejukkan dan potong nipis..agak-agak je jangan nipis sangat..kiranya potong sesedap rasa untuk digigit dan dikunyah..

tumis cili boh sehingga agak garing..awas jangan sampai terlalu hangit yer..masukkan sos tiram, kicap dan sos cili..masuk garam secukup rasa..terus masukkan sotong dan kangkung..sekejap je terus boleh tutup api dapur gas..


taraa inilah hasilnya..ni separuh je yang tinggal..lagi separuh dah masuk perut tengahari tadi..bolehlah ada rasa la sotong kangkung..sotong tak liat dan sangat lembut..cuma tak ada bijan atau kacang je..ala-ala paprik plak kalau tengok gambar kan..selamat mencuba resepi orang malas..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Monday, 24 November 2014

Kebaikan Asid Folik Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum..bila sebut pasal asid folik mesti ibu-ibu terbayang vitamin-vitamin yang terpaksa diambil semasa hamil kan..ibu-ibu ambil tak asid folik ni atau main-main..kejap ambil kejap tinggal..

ada yang ambil asid folik sebagai persediaan hamil..kadang-kadang ada yang keliru bila tengok orang makan asid folik mesti kita ingat dia hamil..sedangkan pelbagai kebaikan asid folik yang diperlukan untuk semua lapisan umur..

asid folik untuk persediaan hamil

asid folik merupakan vitamin daripada kumpulan vitamin B..asid folik wujud secara semulajadi dalam makanan harian kita seperti kekacang, buah-buahan dan juga sayur-sayuran..

apakah kebaikan asid folik untuk ibu hamil?
- membantu perkembangan janin
- melindungi bayi daripada mengalami kecacatan saraf spina bifida
- mengurangkan kebarangkalian untuk mengalami keguguran atau kelahiran bayi pra-matang

bila asid folik sesuai diambil?
bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil disarankan mengambil asid folik 3 hingga 6 bulan sebelum disahkan hamil..mesti pening kan..mana la kita nak tahu bila Allah nak bagi kita rezeki hamil..


penyelesaiannya bila ibu-ibu merancang untuk hamil boleh terus ambil asid folik..pengambilan asid folik sebelum hamil menyediakan rahim yang mempunyai nutrien-nutrien penting untuk keperluan janin..

pengambilan perlu diteruskan sehingga 12 minggu kehamilan bagi memastikan keperluan asid folik untuk ibu hamil mencukupi..


bagaimana nak pastikan pengambilan asid folik yang cukup?
anda boleh mengambil makanan-makanan yang kaya dengan asid folik setiap hari..atau ada cara yang paling senang iaitu dengan mengambil B Complex Shaklee setiap hari..


B complex dilengkapi dengan asid folik..hanya satu tablet sehari sebelum hamil, semasa hamil dan juga semasa pantang..B Complex membekalkan tenaga dan juga mengelakkan tekanan atau meroyan ketika di dalam pantang..

nak dapatkan asid folik shaklee, boleh terus hubungi ina:

call atau whatsapp ina 0175262669
add FB Ibu Riana untuk terus berhubung dengan ina
Like Fanpages Ibu Riana Onlineshop untuk terus dapatkan pelbagai info daripada ina serta konsultasi secara percuma..

Sunday, 23 November 2014

Yeay Cuti Sekolah

Assalamualaikum..cuti persekolahan dah bermula..ramai ibu dan ayah yang merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti kan..pilihlah tempat yang bersesuaian dengan usia anak serta selamat untuk dikunjungi..



awasi anak-anak anda selalu ketika bercuti..jangan leka tau..seminit anda leka padahlah akibatnya..sekarang ni terlalu banyak kes culik anak..sasaran adalah anak-anak kecil..tak salah kalau kita berwaspada selalu kan..


hujung-hujung tahun ni musim banjir dan musim tengkujuh..elakkan membawa anak-anak bercuti ke pantai atau sungai..bagi kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir..awasi anak anda supaya tidak bermain air banjir..


macam-macam penyakit berjangkit berlaku pada musim banjir..antaranya cirit-birit, demam denggi, penyakit kencing tikus, jangkitan pernafasan dan penyakit kulit..jaga kebersihan ketikan musim banjir dapat mengelakkan penyakit berjangkit..

semoga semua anak-anak kita berada di bawah lindungan Allah serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang cuti persekolahan ini..Aamiin..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com