Tuesday 27 August 2013

Set Hamil Shaklee


Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Sebab:
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan

 ~ Multivitamin (Vita-lea) ~

mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

 ~ B Complex ~

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
 

~ Vitamin C (Sustaine Realese Vita-C) ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

 
~ Omega -3 (Omega Guard) ~

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

~ Kalsium (Ostematrik) ~

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

 Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.

~ Protein (Energy Soy Protein) ~Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Testimoni mereka yang mengamalkan Set Kehamilan:



 
 
 
Ibu riana ~ SID 921124
0139661471/0175262669
FB ~ Ibu Riana
 



 

Tuesday 13 August 2013

FAQ - Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Sempena promosi ogos 2013 Advanced Joint Health Tablet (AJHT) jom kita sama-sama ketahui soalan & jawapan2 yang popular tentang AJHT..




Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Hubungi ibu riana untuk dapatkan AJHT dengan harga promosi merdeka raya..
Ibu Riana SID 921124
Call/SMS 0139661471 @ 0175262669

Shaklee untuk gout

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
 

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda-tanda Gout

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
-Kegemukan
-Darah tinggi
-Hiperlipidemia
-Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

-Rawatan serangan akut
-Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN

-Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
-Ikan bilis, kembung, sardin -Daging cincang -Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging -Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang -Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam -Peanuts, lentil, beans and peas -Poultry -Roti jagung dan bijirin
Pencegahan

Rehatkan sendi semasa serangan gout.

Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang

Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

Mengelakkan minuman keras

Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

Minum banyak air

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
 
Antara supplimen Shaklee yang dicadangkan untuk pesakit gout:
 
- Alfafa ~
detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

- Performance Drink ~
memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.
 
- Omegaguard ~ Mengelakkan keradangan sendi.

Nak dapatkan supplimen shaklee untuk gout,boleh hubungi:

Ibu Riana SID 921124
Call/SMS 0139661471/0175262669

Monday 5 August 2013

HB rendah semasa mengandung

HB (Hemoglobin) rendah semasa mengandung amatlah ditakuti oleh setiap ibu hamil..semestinya ibu-ibu mencari pelbagai produk untuk meningkatkan paras HB kan..Jom kita tambah ilmu kenapa HB rendah dan apakah kesan-kesan HB rendah kepada ibu dan bayi di dalam kandungan..
 
PUNCA HB RENDAH:
  1. Peningkatan dalam isipadu darah
  2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  3. Penurunan kadar HB normal
  4. Kurang pengambilan zat besi dalam diet
  5. Kekurang folic acid
  6. Pendarahan gastrointestinal
  7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH:
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Meninggal dunia  ketika dilahirkan atau stillbirth


 
KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL:
KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
 
CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti 
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping 
  • Daging ayam: bahagian dada 
  • Kerang: 20 biji 
  • Ikan bilis 

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin .

- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan

HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.
 
Shaklee ada vitamin yang boleh meningkatkan paras HB iaitu Vitalea..sebotol ada 120 biji untuk penggunaan 2 bulan..
 
 
Hubungi Ibu Riana
0139661471/0175262669
COD area TAPAH

Thursday 1 August 2013

Kurus Selepas Raya

Alhamdulillah kita sudah berada di 23 ramadhan..mood raya pun dah semakin dekat..masing-masing mesti dah sibuk siapkan persediaan hari raya kan..baju raya,kasut raya,kuih raya,langsir raya..mesti complete dah?betul x?
 
Hari raya jangan buat main-main tau..masa ni lah badan akan naik dengan mendadak..mana tidaknya semua makanan kita nak makan..almaklumlah puasa sebulan..so hari raya rasa nak makan semua..hehe..
 
Selain baju,kuih,langsir,kasut raya jangan lupa LECITHIN & ALFAFA tau..pergi beraya bawak dua beradik ni letak dalam handbag..
 
 
Mesti ada yang tertanya-tanya kan..apa yang bestnyer dua beradik ni kan..haaa meh nak story mory..Lecithin berfungsi bakar lemak-lemak degil dalam badan..so jgn biarkan lemak-lemak yang kita makan masa hari raya tu tersimpan lama-lama yer kawan2..kalau dibiarkan lama2..maka lama jugaklah lemak tu nak hilang dari badan..
 
Alfafa pula berfungsi untuk mengangkut lemak-lemak degil yang telah dibakar oleh lecithin tadi..so kalau x ambik alfafa maka sia-sialah kerja lecithin..duk bakar lemak tetapi tiada yang tolong angkut keluar lemak ke proses pembuangan..nanti merajuk pula lecithin tu..hehe
 
Esok sempat lagi pos untuk dapat sebelum hari raya..berminat nak dapatkan 2 beradik ni dengan harga yg kebabom boleh hubungi ibu riana..sempena aidilfitri ni ibu riana berada di Alor Setar,Kedah..org Alor Setar kalau nak COD inform awal yer..TQ
 
call/sms/whatsapp 0175262669
COD area TAPAH
COD area ALOR SETAR (Aidilfitri)