Sunday 26 October 2014

Cara Masak Beras Herba Faiza

Assalamualaikum..hari ni ina nak cerita topik best ni..cara masak beras herba faiza..pagi tadi ina beli beras herba faiza ni..beli untuk ayah ina..nak kurangkan kanji..memang elok untuk pesakit diabetes..

beras herba faiza

cadangnya nak masak nasi untuk makan tengahari guna beras herba faiza ni..tapi macam tak pasti macam mana cara masak yang betul..risau pula jadi bubur..kalau nasi dah jadi bubur dah tak boleh buat apa lagi..huhu

lepas makan tengahari ina pun cuba cari maklumat cara masak beras herba faiza..macam-macam versi ada..jadi untuk makan malam hari ini ina masak nasi guna beras herba faiza..masak untuk semua yang ada kat rumah ayah..

tak ramai pun malam ni..semua dah balik ke rumah masing-masing..adik ina yang bongsu dah balik UPM Serdang pagi tadi..pukul 10 pagi dah naik bas..adriana sedih hantar maksu naik bas..adriana ingat dia pun nak naik bas juga..

malam ni kami berlima termasuk si kecil riana ni..ina masak 2 cawan beras herba faiza..ada lebih lagi lebih kurang untuk 2 orang makan..haha tak pandai nak bajet lagi masak nasi guna beras herba ni..cubaan kali pertama..

cara masak beras herba ni berbeza dengan beras biasa..beras herba kena lebihkan air..cara masak beras herba faiza senang je..1 cawan beras bersamaan 3 cawan air..comfirm tak lembik dan tak terlalu keras..

ina guna cawan minum teh tu..haha..bila dah masak dan dah makan..eh sedap juga nasi faiza ni..lembut je dan tak berkanji..nasinya berderai sebiji-biji..sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan orang yang nak diet..

ada yang kata tak sedap beras herba faiza sebab tak ada kanji..bagi ina sedap je..haha..nanti bolehla tukar pakai beras herba faiza juga kat rumah..hidangan yang sihat untuk seisi keluarga..mencegah lebih baik daripada mengubati..

with love,
ibu riana
0175262669

No comments:

Post a Comment