Tuesday 14 October 2014

Panduan Memberi Nama Anak

Assalamualaikum..kebiasaannya ibu dan ayah telah memilih beberapa nama untuk bayi mereka dari dalam kandungan lagi..apakah tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu dalam hal memberikan nama anak..dalam entry kali ini ina ada selitkan sedikit panduan memberikan nama anak untuk tatapan ayah dan ibu semua..

adriana 7 bulan

dalam sabda Nabi s.a.w meriwayatkan disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya..

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]

terdapay juga hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah memberikan nama kepada bayi pada hari dilahirkan..

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ
“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabbi s.a.w., maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

tanggungjawab seorang ayah dan ibu untuk memilih nama yang baik untuk bayi mereka..kali ni ina senaraikan beberapa pilihan nama-nama dalam islam sebagai panduan memberi nama anak khusus untuk bakal ayah dan ibu..

Nama anak lelaki:

Aakif - Beriktikaf
Aamir - Memakmurkan
Aathif - Belas kasih
Aatik - pemurah,yang murni
Aali - tinggi

Nama anak perempuan:

Aafiyah - sihat,selamat
Aaminah - aman
Aathifah - belas kasih, perasaan
Aathirah - harum
Aabidah - tekun beribadah

semoga bermanfaat..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment