Saturday 25 October 2014

Tip Penting Sebelum Beli Kereta

Assalamualaikum..malam ni layan bola lagi..tetapi tak sokong mana-mana..hanya tengok sebab nak tahu siapa yang akan lawan dengan Pahang dalam final..haha..jaga-jaga yer Pahang..JDT dengan Felda dua-dua main kurang lembut..(^-^)

nak kongsi dengan semua pengunjung blog ina tentang tips beli kereta..kalau ikut kehendak hari ini juga terus nak pergi booking kereta..betul tak?kita kena tengok juga keperluan..jangan terlalu ikutkan nafsu semata-mata..


jom kita sama-sama fahami tip penting tersebut:

1) kenal pasti tujuan asal

- apa sebabnya untuk beli kereta?adakah hanya ingin menambah koleksi kereta atau memang keperluan perlu ada kereta..perlu kira untuk apa kegunaan kereta..adakah perlukan kereta hanya untuk ulang alik ke tempat kerja atau perjalanan yang jauh..

2) tentukan belanjawan yang berkaitan

- merangkumi bayaran bulanan, penggunaan petrol, servis, alat ganti, insurans..tip untuk ansuran bulanan..jumlah bayaran bulanan mestilah tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan anda..


3) kemudahan mendapatkan alat ganti

- biasanya alat ganti untuk kereta tempatan lebih mudah untuk dicari dan harganya lebih murah..

4) jaminan dan khidmat selepas jualan

- pilih syarikat kereta yang menawarkan pakej servis dan alat ganti..jadi anda tidak perlu rungsing tentang kos pembaikna atau servis berjadual untuk beberapa tahun..

5) cari maklumat tambahan

- dapatkan maklumat tambahan daripada individu yang sedang atau pernah memakai model kereta yang anda hendak beli..catat kelebihan dan keburukan..

daripada tip-tip di atas, kita buat keputusan kereta apa yang sesuai dengan pendapatan bulanan kita satu keluarga..semoga dapat membantu..

with love,
ibu riana
0175262669

No comments:

Post a Comment