Wednesday 29 October 2014

Jengka Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih kat Jengka ni..hari ni baru berkesempatan pusing-pusing Bandar Jengka..hurm banyak perubahan dah Bandar Jengka sekarang..memang berbeza dari dulu..

sekarang nama Bandar Jengka dah tukar Bandar Tun Abdul Razak..tapi lebih dikenali dengan Bandar Jengka je..dah sinonim dari kecil duk sebut Bandar Jengka..tiba-tiba nak sebut lain tak reti la pula..


Jengka yang dulu bukanlah yang sekarang..ingat lagi dulu-dulu kalau nak makan kfc mesti kena pergi Temerloh..memang tak ada lah kat Jengka ni..pasaraya yang glamour masa dulu pasaraya mohd sapak..

kalau pergi jalan Bandar Jengka situ jelah tempat membeli belah..tadi tengok pasaraya tu dah tutup..banyak pasaraya-pasaraya yang lain..


pusing-pusing lagi selepas balik pos barang..wow macam-macam ada ni..sebut je..semua ada kat Bandar Jengka..baru betul-betul panggil bandar kalau macam ni..hehe

terminal bas dan teksi bandar jengka
Jengka Sentral

hentian teksi
Hentian teksi di jengka sentral

banyak dah bangunan-bangunan yang berubah..terminal bas dah buat baru..dah bertukar nama jadi Jengka Sentral..dah makin luas dan lebih selesa..stadium pun ada..masih lagi dalam pembinaan..

tak jauh mana pun dari rumah..tapi kalau dah balik kampung malas nak keluar rumah..haha..hari ni sebab nak pos barang dan cari beli ubat kat farmasi..tu yang pusing-pusing Bandar Jengka..

with love,
anak kelahiran Jengka 15,Pahang

No comments:

Post a Comment