Tuesday 28 October 2014

Ikan Masak Stim Halia

Assalamualaikum..dah makan tengahari semua..hari ini ina masak ikan masak stim halia..ayah ina masih pantang makan..baru-baru ni buat pembedahan kecil untuk buang bisul..hari-hari makan ikan bakar je..boring juga kan..

ikan masak stim halia

macam kita la berpantang selepas bersalin..44 hari makan makanan yang lebih kurang sama je..hehe..jadi hari ni tukarla menu berpantang untuk ayah..buat ikan masak stim halia..

lama tak masak menu stim ni..senang je..basuh ikan bersih-bersih..letak dalam bekas untuk stim..potong cili, tomato, bawang besar, bawang putih dengan halia..tabur je atas ikan..letak garam secukup rasa..perah buah lemon atau limau nipis..

siap semua..stim sehingga ikan masak..siap untuk dimakan..bagus juga menu ni untuk yang nak kurus..kurang lemak dan kurang minyak..amalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan yang baik untuk keluarga tersayang..

with love,
ibu riana
0175262669

No comments:

Post a Comment