Wednesday 22 October 2014

Solat Sunat Musafir

Assalamualaikum..bulan ni ina banyak musafir..musafir dari Perak ke Pahang..nanti musafir dari Pahang ke Kedah pula..musafir lagi dari Kedah ke Perak..memang dikategorikan bulan yang paling kerap musafir..

jadi hari ini ina nak kongsi dengan semua pengunjung blog ina tentang solat sunat musafir..pernah dengar tak?kalau tak pernah dengar jom baca apa yang ina nak kongsi ye..

apa itu solat sunat musafir?

solat sunat musafir dikerjakan apabila seseorang hendak keluar musafir atau berjalan jauh lebih dari dua marhalah iaitu lebih 89.6 km..solat sunat musafir ini dikerjakan sebanyak dua rakaat satu salam..

apakah tujuan solat sunat musafir?

tujuan solat ini untuk memohon keselamatan kepada Allah SWT sepanjang tempoh musafir atau perjalanan pergi dan balik..


**************************************************************

Lafaz niat solat sunat musafir:


solat sunat musafir

Sahaja aku sembahyang sunat kerana bermusafir dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bacaan Surah:

bacaan pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah, boleh dibaca surah-surah pilihan sendiri.

**************************************************************

Selepas salam bacalah doa berikut:


doa selepas beri salam

Ertinya: Wahai Allah! Engkaulah yang menjadi teman di dalam perjalanan, penjaga/pengawal kepada kaum keluarga, harta benda, anak pinak dan sahabat handai. Peliharalah kami serta mereka semua (yang tinggal) dari segala penyakit dan mala petaka. Wahai Allah! aku berlindung dengan-Mu dari kesesatan atau disesatkan, dari tergelincir (menyeleweng) atau digelincirkan, dari bersikap zalim atau dizalimi, dari kebodohan atau diperbodohkan..

**************************************************************

Apabila masuk ke dalam kenderaan bacalah doa ini:


doa setelah masuk kenderaan


Ertinya: Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah; Maha Suci Allah yang mempermudahkan ini untuk kami; pada hal kami tidak ada kesanggupan untuk menundukkannya dan bahawanya kami pasti kembali kepada Tuhan kami.

**************************************************************

dah tau apa itu solat sunat musafir dan cara-cara nak lakukan, selepas ni kalau nak bermusafir bolehlah amalkan solat sunat musafir..semoga perjalanan kita dilindungi Allah SWT..Aamiin..

With Love,
Ibu Riana
0175262669

No comments:

Post a Comment