Tuesday 30 July 2013

Set Bersalin Shaklee

 

Set bersalin Shaklee ini amat sesuai untuk ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan. Ia membantu memberi tenaga, menyembuh luka dengan lebih cepat dan juga membantu melancarkan susu ibu. Sesuai juga untuk ibu bersalin normal sebagai supplement tambahan atau penganti jamu tradisional.
 
Vitalea (120 tabs) :
Mengandungi beta karotena, B12, kalsium, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.mambantu fungsi penghadaman, pertumbuhan sel, penglihatan & pembentukan sel darah merah

B-Complex (120 tabs) :
Mangandungi B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Menggalakkan kesihatan jantung, mengurangkan simpton kemurungan & tekanan.

Zinc Complex (120 tabs):
Membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Menghalang rambut gugur, meningkatkan sistem imun, membantu penyembuhan luka & masalah jeragat, kesihatan prostat, meningkatkan daya sensual. Produk ini mengandungi ALFAFA (Medicago sativa).
 
Vita C Chewable (90 tabs):
membantu untuk menyembuhkan luka,membina tisu penghubung untuk mencantumkan semula tisu yang koyak semasa proses kelahiran,mengelakkan ibu daripada mendapat jangkitan kuman dari luka bersalin serta memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan..

 * Set Shaklee ini boleh diteruskan sehingga habis tempoh berpantang. Juga sesuai untuk lelaki dan wanita seisi keluarga yang mementingkan kesihatan dalaman.
 
Boleh juga tambah ESP dan alfafa untuk penyusuan dalam pantang.
 

 
Energizing Soy Protein (ESP):
Pengambilan ESP yang konsisten dapat membantu penghasilan susu ibu, membekalkan tenaga sesuai untuk mereka yang baru pulih dari sakit, baik untuk kanak-kanak, menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
 


 Alfalfa (330 tabs) :
Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Bertindak sebagai milk booster, kaya dengan nutrisi dan mineral, mengurangkan toksin, melegakan rasa kebas & sakit sendi, melancarkan pelawasan, merendahkan kolestrol.
 
*Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
 
Berminat nak cuba set bersalin shaklee tapi x cukup bajet..Ibu Riana ada jalan penyelesaian..Dapatkan set bersalin shaklee mengikut bajet anda,hubungi:
 
Ibu Riana ~ Shaklee Independent Distributor (SID)
ID ~ 921124
H/P ~ 0139661471/0175262669

Sunday 21 July 2013

Protein untuk wanita

Kenapa Wanita Perlukan Protein?
Wanita mempunyai keperluan nutrisi khas di pelbagai peringkat kehidupan mereka. Samada di saat kehamilan atau senggugut, keperluan kalsium atau zat besi yang rendah, alahan sewaktu mengandung atau saat hampir putus haid. Wanita di semua peringkat umur perlukan pemakanan khas yang sesuai dengan kondisi mereka.

Mengapa wanita memerlukan protein?

Protein di kalangan wanita adalah kritikal bagi fungsi-fungsi penting seperti:

  • pertumbuhan dan pembaikan otot dan tisu
  • menyediakan tenaga apabila sumber karbohidrat tiada
  • pembentukan enzim atau sub-unit enzim
  • mengawal pH dalam darah
  • mengawal proses metabolisme berkaitan dalam badan; dan
  • membina sistem imun melalui antibodi protein.
Dalam erti kata lain, protein adalah penting untuk segalanya samada untuk tumbesaran anda, untuk membina sistem imun, untuk melindungi diri dari penyakit, dan juga untuk memastikan rambut, kuku, kulit, tulang dan organ-organ dalaman anda sihat.
 
Berapa banyakkah protein yang wanita perlukan?

Jumlah protein yang wanita perlu setiap hari bergantung kepada tahap aktiviti mereka. Wanita yang terlibat dalam sukan akan memerlukan lebih banyak protein dan nutrisi. RDA (Recommended Dietary Allowances) yang normal untuk pengambilan protein adalah ditentukan mengikut berat badan bagi wanita berumur 15 tahun ke atas, iaitu 0.40 gram bagi setiap 0.45kilogram berat badan

Anda boleh mendapatkan vitamin, protein, mineral dan lain-lain nutrien melalui diet yang sihat. Sayur-sayuran, telur, daging, buah-buahan, produk susu. Semua makanan berkhasiat ini membolehkan badan kita menjadi sihat dan kuat.

Tetapi kadang-kadang ianya tidak cukup. Disebabkan kesibukan bekerja, sebagai ibu, isteri, rakan-rakan, dan pelbagai aktiviti lain setiap hari, jadual boleh menjadi sibuk dan mungkin tidak meluangkan masa untuk membuat hidangan lengkap untuk diri sendiri. 

Tergesa-gesa pada waktu pagi, samada untuk siapkan anak-anak ke sekolah, menyediakan sarapan atau bersiap ke tempat kerja, anda hanya makan apa yang sempat sahaja. Tetapi adakah ini memberi badan anda protein, mineral dan vitamin yang anda perlukan untuk hari tersebut? Tidak, tetapi tidak mungkin setiap hari kita sempat untuk bangun awal dan menyediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat. 

Disinilah dimana protein ESP Shaklee boleh menjadi pilihan. Bukan sahaja pantas, tetapi menarik untuk melengkapkan diri anda dengan protein, vitamin yang diperlukan oleh badan.


esp

Credit

Berminat nak tahu lebih lanjut,anda boleh hubungi:
Ibu Riana ~ SID ID 921124
H/P ~ 0139661471/0175262669
Page ~ Ibu Riana Onlineshop
Email ~ iburianaonlineshop@gmail.com

Thursday 18 July 2013

Resepi ESP Shaklee

Produk HOT shaklee bulan ramadhan semestinya ESP ~ Energizing Soy Protein ...ramai yang dah cuba tetapi tak tahu nak buat resepi lain..dah boring asyik minum dengan milo je...kali ini Ibu Riana nak kongsi resepi-resepi yang best untuk lebih menikmati ESP dengan cara kita sendiri..ESP BOLEH diminum oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas, lelaki dan perempuan dewasa.
 
sebelum tu mesti kena tahu asas untuk bancuh ESP ni yer..ESP TIDAK BOLEH dibancuh dengan air panas..guna air sejuk atau suam. TIDAK BOLEH diambil lebih dari 3 sudu besar..TIDAK BOLEH dicampur dengan kopi atau teh.
 
Resepi-resepi yang boleh dicuba:
1- ESP + air suam (rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula)
2- ESP + fresh milk
3- ESP + fresh milk + kurm (blend)
4- ESP + meal shakes shaklee
5- ESP + performance drink shaklee
6- ESP + mealshakes + performance drink
7- ESP + Nesvita 3in1
8- ESP + Tropicana Twister
9- ESP + Ribena
10- ESP + Jus buah (tembikai,epal,lobak,pegaga)
11- ESP + Milo/Horlicks
12- ESP + Sirap bandung
13- ESP + mealshakes + aiskrim
14- ESP + sunquick orange
 
ini antara resepi yang boleh anda cuba..lain2 resepi boleh dibuat ikut kreativiti anda..ingat yer perlu elakkan teh dan kopi yer..
 
Jangan lupa klik Like Ibu Riana Onlineshop untuk dapatkan ESP dengan harga istimewa..semestinya mampu milik untuk anda..
 
Hubungi:
Ibu Riana ~ ID 921124
Call/sms ~ 0139661471/0175262669
Whatsapp/Wechat ~ 0175262669
 

Wednesday 17 July 2013

Hamil dengan Shaklee

Alhamdulillah, dah ramai yang berjaya hamil dengan GLA complex shaklee..memang betul kita hanya merancang..Allah s.w.t yang menentukan segalanya..tapi kalau tidak usaha macam mana nak membuahkan hasil..macam duk tengok buah rambutan kat atas pokok..tapi tak usaha nak panjat atau kait buah tu..duk tunggu luruh jer..hurm memanglah dapat jugak buah kalau tunggu jer kat bawah pokok..tapi dapat buah yang busuk dan hitam..silap2 jatuh atas kepala..hehe..(^-^)
 
 
Bulan ni promosi GLA complex tau..harga biasa RM91.25..promosi beli 6 percuma 1..kongsi beli dengan kawan-kawan dan adik-beradik..harga jatuh merudum..bergolek2..dup dup bunyinyer..
 
Yang merancang untuk hamil,anda mesti kena tahu apa masalah kesuburan yang dihadapi..boleh rujuk doktor untuk ketahui punca masalah kesuburan ini sama ada berpunca dari isteri atau suami,atau kedua-duanya sekali..kajian  menyatakan bahawa 40%masalah kesuburan terjadi akibat perempuan, 40% terjadi akibat lelaki  dan 30% akibat kedua-duanya.
 
Selain daripada masalah kesuburan,anda juga perlu mengetahui cara untuk tentukan waktu subur bagi membantu anda mengetahui waktu subur dan memberikan peluang yang tinggi untuk hamil..jangan malu untuk berjumpa dengan doktor atau bertanya kepada yang lebih arif..
 
Macam-macam testimoni GLA dari pelanggan dan pengedar shaklee sendiri..semua berjaya hamil..kulit muka cantik,makin slim,period pain hilang,jerawat takut nak dekat..wah bestkan..takkan nak tengok jer..jom cuba sementara harga tangah murah..promosi bulan julai 2013 sahaja.. 
 
Berminat nak dapatkan set kesuburan dengan harga special..
Hubungi:
 
Ibu Riana ~ ID 921124
H/P ~ 0139661471/0175262669
WhatsApp ~ 0175262669

JAWATAN KOSONG!!!

Ibu Riana nak open jawatan kosong ni..ade tak yang nak apply..hehe..mari dekat..mari dekat..kalau lambat rugi tau..
 
Syarat-syarat:
~ ada komputer/laptop/hp yg boleh internet
~ internet yang stabil
~ tahu guna internet
 
Siapa yang layak:
semua orang yang berumur 18 tahun ke atas
 
Tawaran Gaji:
anda pilih sama ada 2,3,4,5 atau 6 angka sebulan
 
Cara nak mohon:
bayar yuran RM75 seumur hidup
 
hantar permohonan anda:
Ibu Riana ~ ID 921124
H/P ~ 0139661471/0175262669
 
 
haa..senang je nak mohon kan..bila dah bayar rm75 dah boleh start keje dah..cepat2 jangan lepaskan peluang..yang menganggur tu sampai bilan nk tanam anggur dlm mimpi..jom kita tanam anggur real punyer..DREAM BIG..

Monday 15 July 2013

Kenapa ESP Shaklee Best

Assalamualaikum..alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nafas untuk sama2 kita berpuasa di bulan ramadhan..hari ni dah 6 ramadhan..kejap jer waktu berlalu..pejam celik pejam celik abis 29 ramadhan..insyaAllah..
 
Hari ni ibu riana nak kongsi tentang satu produk yang sangatlah digemari ramai untuk bulan puasa ni..ape lagi kalau bukan Energizing Soy Protein (ESP)..bagi yang dah tahu dan dah pernah cuba mesti terbayang kesedapan ESP kan..bagi yang belum cuba dan tak tahu macam mana rupa ESP..ni ibu riana nak bagitahu semua..inilah rupa ESP tu..satu can ade 850gm..tahan sebulan lebih untuk penggunaan seorang..
 
 
Mesti ramai yang nak tahu apa itu ESP kan..ESP adalah Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino yang perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Kebaikan ESP Shaklee:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
 
Dah ramai yang cuba,pelanggan ibu riana onlineshop pun dah ramai yang repeat order...alhamdulillah..gembira bila dapat tindakbalas yang positif daripada pelanggan..Antaranya susu memang jadi banyak,bertenaga walaupun menyusu bayi di bulan puasa,gastrik hilang,kulit makin lembut & pelbagai lagi komen yang positif..alhamdulillah bersyukur dapat membantu orang yang memerlukan bukan memanipulasikan kebaikan ESP tau..
 
Stok ESP memang macam "Pisang goreng panas"..sentiasa hot..bila restock ESP memang akan habis..kenapa laku sangat???? sebab ramai dah tahu kebaikan ESP..testimoni2 pengguna bukan hanya sekadar nak promosikan ESP tetapi memang betul2 HOT..
 
Nak dapatkan ESP dengan harga yang HOT & SPECIAL...
Hubungi Ibu Riana ~ ID 921124
Call/SMS ~ 0139661471/0175262669
Whatsapp ~ 0175262669

Saturday 13 July 2013

Set Kesihatan Optimum Shaklee

SET A ~ Kesihatan Optimum


Set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan..Set ini terdiri daripada Vita-Lea,Vita-C & B complex..

Vita-lea (Multivitamin) 
Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
Penting bagi prosess pertumbuhan.
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.

2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk...wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?.....

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamna mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Multivitamin & Multimineral 
Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

• Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
• Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
• Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
• Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

B Complex
Ada segelintir yang mengatakan vitamin b-complex boleh menyebabkan kegemukan kerana selera makan juga akan naik, sebenarnya ini adalah mitos semata2 kerana dgn pengambilan vitamin yg betul, b complex sebaliknya mempunyai byk kebaikan utk sistem dalaman kita

B- Complex terkenal sebagai supplemen anti-stress, dengan mengambilnya sebiji sehari terutama pada wanita selepas pantang dapat mengurangkan tekanan dan mengelakkan masalah depresi

Kandungan dalam vitamin b complex shaklee:
Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada: 

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Vitamin C
1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
4. Membina kolagen untuk menguatkan tisu dalam badan.
5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
7. Menjadikan Kulit lebih anjal,halus dan cerah

Hubungi ibu riana untuk dapatkan set A dengan harga yang istimewa:
Ibu Riana (ID 921124)
Call/SMS/WhatsApp: 0175262669
Email: iburianaonlineshop@gmail.com

Friday 12 July 2013

Bagaimana Nak Jadi Ahli Shaklee?

FAQ tentang menjadi ahli Shaklee:

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee


Anda boleh mendaftar dengan menbuat pembayaran untuk registration fee, ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670 Semenanjung & RM850 Sabah/Sarawak) untuk mendapat keahlian percuma.

Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 921124 sebagai sponsor.


Yuran keahlian Shaklee

 

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Maksimum registration ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).
 

Maintain point dan keahlian

 

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Tak perlu.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 921124 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee.
.

Apa nak buat jika saya dah daftar dengan orang lain tapi nak join bisnes Shaklee?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula2 mendaftar (step paling atas tadi). Anda boleh menggunakan ID saya sebagai sponsor anda, 921124.

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.

Dengan menjadi ahli di bawah saya (menggunakan ID saya 921124 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di iburianaonlineshop@gmail.com untuk maklumat lanjut.


sms@whatsapp ibu riana 0175262669


Credit to Mamaa Adamia

Cara untuk tentukan waktu subur

Setiap bulan anda mempunyai kira-kira 20% peluang untuk hamil 
(bergantung kepada umur).Lagi meningkat umur, lagi rendah la peluang hamil(rendah 
je bukan bermakna tak berpeluang langsung okey). Jom ikuti panduan berikut untuk 
membantu anda mengenal pasti hari-hari subur dan insyaAllah akan membantu anda 
hamil dengan cepat! 

1. Tentukan purata panjang kitaran haid

Saya dapati ramai yang menganggap kitaran haid yang normal ialah 28 hari.
Kitaran haid yang normal bermakna setiap bulan haid datang secara tetap.
Sebenarnya purata kitaran haid yang normal adalah diantara 26-32 hari ya.
Jenuhla kalau cycle 30 hari nak paksa jadi 28 hari kan? hehe. 

Ini cara tentukan panjang kitaran haid anda. Tandakan di kalendar hari pertama 
datang haid  (kalendar poket lebih sesuai). Tunggu hingga haid seterusnya 
bulan hadapan,
tanda hari pertama datang haid juga.
Dari situ anda boleh kira dari tarikh haid pertama hingga haid seterusnya.
Contoh: Hari pertama haid 24 Mei, haid seterusnya 21 Jun, itu bermakna 
kitaran haid anda ialah 28 hari. Jika haid bermula 23 Jun, itu bermakna kitaran haid 
anda 30 hari.Teruskan mencatat kitaran haid anda selama beberapa bulan untuk 
mengetahui kitaran
haid anda.

Personally, saya lebih suka guna web ini http://www.mymonthlycycles.com/.
Setiap bulan saya masukkan data dan web ini akan kira purata kitaran saya, waktu 
ovulasi, dan jangkaan tarikh haid seterusnya!

2. Kenal pasti "fertile window" anda

Anggapan hari subur jatuh pada hari ke 14 sebenarnya adalah tidak tepat. Wanita 
yang kitaran haidnya tetap 28 hari mungkin subur pada hari ke 14, tetapi tidak bagi
wanita yang kitaran haidnya lebih pendek atau panjang. Cara kiraan 14 hari dari 
tarikh mula haid juga adalah tidak tepat. Sebenarnya anda perlu tolak 14 hari dari 
jumlah hari kitaran haid. 

Contoh:

Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

14 hari terakhir dalam kitaran haid dipanggil 'luteal phase'. Menurut babymed.com,
fasa luteal harus berlangsung sekurang-kurangnya selama 12 hari untuk memastikan 
bahawa telur yang disenyawakan mempunyai masa yang cukup untuk implantasi. 
Fasa luteal yang kurang dari 12 hari adalah dianggap tidak normal dan perlukan 
rawatan doktor.

Cara paling mudah menentukan "fertile window" ialah dengan mengunakan
kalendar ovulasi. Kalendar ini akan memberi jangkaan tarikh bila waktu anda 
paling subur. Kaedah ini tidak setepat carta kesuburan atau 'ovulation test kit', 
tetapi ia boleh memberi anggaran waktu dengan syarat kitaran anda adalah tetap.

3. Perhatikan tanda-tanda subur
Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin subur termasuk: 
keinginan libido meningkat, rasa kembung, sakit kepala, peningkatan lendir serviks 
dan lain-lain. 



4. Gunakan 'basal thermometer'

Jika anda mahu mengetahui dengan tepat waktu ovulasi, cara terbaik ialah dengan menggunakan carta kesuburan. Setiap pagi, sejurus terjaga dari tidur (sebelum 
bangundari katil) ambil suhu badan anda. Adalah penting anda mengambil suhu 
pada waktu yang sama setiap hari.


Teruskan mencatat suhu badan secara konsisten dan anda akan mula perasan satu 
corak di mana suhu badan anda sebelum ovulasi adalah rendah, tetapi sejurus selepas 
anda ovulasi suhu badan akan meningkat dan anda akan nampak perubahan ini di 
dalam carta. Tetapi ianya tidak tepat jika anda mahu mengagak waktu ovulasi, kerana 
apabila suhu badan berubah itu bermaksud anda telah pun berovulasi. 




 PREGNANCY TEST



5. Gunakan kit ujian ovulasi

Ujian ovulasi direka supaya dapat mengesan hormon yang dikenali sebagai 
'luteinizing hormon' (LH). Hormon ini akan meningkat mendadak sejurus sebelum 
ovulasi. Ovulasi boleh berlaku antara 12 hingga 48 jam selepas ujian ovulasi positif. 
Jika anda mendapat keputusan yang positif, anda perlu merancang untuk mengadakan hubungan pada hari yang sama dan sehari atau dua hari berikutnya. Terus bersama 
selagi masih ada lendir serviks yang subur. Apabila lendir sudah kering, sudah pastinya anda sudah berovulasi. Jika pada masa yang sama anda menggunakan carta kesuburan 
anda boleh lihat suhu anda akan kekal tinggi selepas ovulasi.

Cara guna ujian ovulasi ini sama dengan ujian kehamilan, cuma anda perlu tentukan 
tempoh kesuburan anda dahulu (guna carta atau guna kiraan haid) dan buat ujian 
setiap hari dua kali sehari sehingga dapat keputusan positif


contoh ujian ovulasi 



6. Tentukan waktu untuk mengadakan hubungan intim

Sebaik sahaja anda boleh mengagak bila anda ovulate, sama ada dengan 
menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, anda boleh menentukan masa 
yang terbaik untuk melakukan hubungan intim. 

Menurut kajian, peluang terbaik anda untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum 
ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak 
boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum 
ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi 
juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim 
dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung. 

Selain tu terdapat juga supplement yang dapat membantu untuk kesuburan..nak tahu 
lebih lanjut..

Hubungi:
Ibu Riana ~ Shaklee Independent Distributor (921124)
Call/sms/whatsapp 0175262669

Credit to: Shud Shuhadahttp://rindubertaut.blogspot.com/

Thursday 11 July 2013

Masalah Kesuburan

Masalah kesuburan merupakan suatu hal yang sangat mengganggu bahkan bisa mengancam hubungan rumah tangga. Masalah kesuburan terjadi akibat terganggunya sistem reproduksi pada wanita dan terjadinya penurunan kualiti dan kuantiti sperma pada seorang lelaki. Sebuah kajian  menyatakan bahwa 40%masalah kesuburan terjadi akibat perempuan, 40% terjadi akibat lelaki  dan 30% akibat kedua-duanya.

Masalah
Kesuburan atau infertilitas dapat dielakkan jika sebuah pasangan suami isteri dalam jangka waktu 2 tahun masih belum juga hamil sedangkan mereka tidak menggunakan alat kontrasepsi. Jika hal ini terjadi, jelas terjadi masalah kesuburan yang cukup serius yang harus segera  berjumpa dengan doktor untuk mengetahui siapa yang memiliki masalah kesuburan dan melakukan rawatan atau terapi untuk penyembuhan.
 
Antara set kesuburan yang boleh dicadangkan kepada pasangan yang masih tidak berjaya hamil adalah:
  •  GLA complex (isteri)
  •  B complex (isteri)
  •  Vitamin E (suami)
  •  Zinc complex (suami)
 
Set kesuburan shaklee untuk membantu anda memperbaiki hormon dan kualiti sperma..InsyaAllah kita hanya berusaha,semunya terserah pada Yang Maha Mengetahui..untuk keterangan lanjut boleh hubungi Ina:
 
Call/SMS : 0139661471/0175262669
WhatsApp: 0175262669
 

Wednesday 10 July 2013

Berpuasa dengan Shaklee

Alhamdulillah dah selesai 1 ramadhan kita hari ini..kali pertama berpuasa dengan Shaklee..malam tadi kul 12 am baru sampai kem tapah dari kedah..sahur dengan ESP + Meal shakes...hari ni sepanjang hari tak rasa lapar & kering tekak..bersyukur kenal dengan produk-produk hot Shaklee sebelum puasa..
 
Hari ni juga dapat call dari kakak..kakak ina ni selalu gastrik..dia try ambik ESP sahur pagi tadi..alhamdulillah x rasa pedih perut dan boleh bertahan puasa sampai berbuka..dia try ESP dari kawan..so terus nak order ESP..hehe..alhamdulillah rezeki ramadhan kan..
 
Bulan ni juga set mighty 3 gems Shaklee memang laris...semua orang ambik buat stok untuk bulan puasa..kebanyakan yang dah try set 3 mighty gems ni memang repeat order..
 
Ibu menyusu pun bagus ambik..ni bukan sekadar nak iklan barang yer..memang bagus sebab ina pun menyusu dan dah cuba sendiri...bila dah cuba dan dah rasa kebaikan produk Shaklee baru berani nak kongsi dengan kawan-kawan semua..
 
Set 3 mighty gems ni ready stock yer bagi yang nak dapatkan set ni area Tapah..
Penghantaran seluruh Malaysia..
 
Boleh hubungi ina:
Call/SMS: 0139661471/0175262669
WhatsApp: 0175262669
 
 


Turunkan tekanan darah dengan teh bunga raya

 
Keindahan  bunga raya sememangnya tidak boleh dipertikaikan..Namun begitu,tahukah anda,bukan sekadar cantik..bunga raya mempunyai kuasa untuk menyembuhkan dengan dijadikan minuman.Kajian terbaru menunjukkan manfaat teh bunga raya adalah pada jantung.
 
Saintis mendapati bunga raya berwarna gelap mampu menurunkan tekanan darah tinggi.Kandungan bahan anti diuretik (membantu badan menyingkirkan lebihan air) dan antosianin yang berfungsi menyekat angiotensin (bahan yang menyebabkan salur darah mengecut) - sama seperti preskripsi lisinopril dan hydrochlorothiazide lakukan,pada kadar yang lebih sederhana dan tanpa sebarang kesan sampingan.
 
Resepi Teh Bunga Raya
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan bunga raya kering atau bunga raya segar
  • 1 sudu makan gula putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji oren (ambil jus sahaja)
Cara penyediaan:
  • Didihkan air dan setelah mendidih campurkan bunga raya dan kulit kayu manis..
  • rendam dan biarkan selama 20 minit.
  • tapis dan keluarkan bunga raya dan kulit kayu manis.
  • tambah gula dan jus oren.
  • hidangkan sama ada panas atau sejuk..

Friday 5 July 2013

20 Amalan Murah Rezeki...

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]Firman-Nya lagi:"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]Nabi S.A.W. bersabda:"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.