Friday 31 October 2014

Atasi Kaki Berbau

Assalamualaikum..salam jumaat..hari ini nak kongsi bagaimana cara untuk atasi kaki berbau..hehe masalah ni kalau tak atasi malulah setiap kali nak pergi rumah jiran..haha

masalah kaki berbau

kaki berbau memang malulah kan..nak masuk rumah jiran mesti risau nak buka kasut..takut bau kaki yang busuk tu mencemarkan suasana..haha..cepat atasi tau..

sesetengah orang mudah berpeluh pada bahagian kaki..ini normal sebab setiap orang mempunyai kelenjar peluh yang berbeza..tak sama kan..

ada yang jenis duduk dalam bilik ada penghawa dingin pun berpeluh-peluh..ada juga yang berpeluh disebabkan masalah psikologi atau penyakit tertentu..

ikuti panduan untuk atasi kaki berbau:

rendam kaki

rendam dengan air garam
- lakukan sekali seminggu dengan merendam kaki di dalam campuran satu liter air hangat bersama 60 gram garam laut..

pakai bedak khusus
- bedak deodoran khas untuk kaki bagi mencegah bau kaki..gunakan bedak sebelum memakai stokin atau kasut..


stokin serap peluh
- pilih stokin daripada jenis kain yang serap peluh dan selesa pada kaki..

hindari alas kasut dari plastik
- alas kasut jenis plastik menyukarkan pori-pori kaki untuk bernafas..rajin-rajinlah basuh alas kasut supaya tidak menjadi sarang bakteria..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment