Saturday 5 July 2014

Didik Anak Berpuasa

Ramadan Al Mubarak. Satu bulan yang penuh keberkatan. Kedatangannya sering dinantikan dengan penuh gembira. Selain berpeluang untuk menghimpunkan banyak pahala dengan 1,000 keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh ALLAH SWT, bulan mulia ini juga satu cara untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Menjelang bulan penuh keberkatan ini, si kecil juga mula sibuk hendak berpuasa. Malahan mereka juga tidak ketinggalan bangun bersahur. Pada waktu ini, ibu bapa perlu mengambil peluang terbaik untuk mendidik si kecil erti sebenar berpuasa.

Konsultan Laktasi Bertauliah dari International Board Certified Lactation Consultants (IBCLC), Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, anak kecil bagaikan kain putih dan lukisannya dicorakkan oleh ibu bapanya.

“Seawal usia lima tahun, si kecil sudah boleh dilatih untuk menjalani ibadah puasa walaupun mereka belum diwajibkan untuk melakukannya. Elakkan memberitahu anak bahawa mereka masih kecil dan tidak perlu berpuasa,” katanya pada Sinar Harian.

Tambahnya, kata orang ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Justeru, ibu bapa wajar mendidik anak untuk belajar mematuhi rukun Islam yang ketiga ini sejak kecil walaupun puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh.

“Mereka perlu dilatih secara perlahan-lahan sebagai persediaan dan pengertian tanggungjawab seorang Muslim agar apabila dewasa dan telah baligh kelak, mereka sudah biasa dengan kewajipan tersebut,” katanya.

Menurut Siti Nur Suraya, sebagai persediaan asas, setiap ibu bapa perlu mula beritahu si kecil mengenai erti berpuasa iaitu sebulan sebelum Ramadan menjelang tiba.

“Beritahu mereka dengan intonasi dan bahasa yang mudah difahami mengenai apa yang akan dilakukan ketika Ramadan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Tunjukkan sifat keterujaan anda dan pastinya si kecil juga tidak sabar untuk turut serta berpuasa dan memeriahkan lagi Ramadan tahun ini,” jelasnya.

Beliau menambah, apabila Ramadan disambut dengan penuh keterujaan, pastinya anak akan mula beranggapan bahawa puasa itu tidak pernah menyusahkan dan tidak memudaratkan.

Rasa dihargai

Siti Nur Suraya yang juga Pengarah Urusan Lunatots berkata, ibu bapa harus mengajak si kecil menyertai aktiviti bersahur dan berbuka puasa.

“Kejut mereka ketika anda bersahur. Tidak perlu risau waktu tidur si kecil terganggu kerana anak akan berasa dihargai apabila dilibatkan dalam aktiviti orang dewasa. Sebaliknya tukar waktu tidur mereka lebih awal,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga disarankan untuk memilih aktiviti yang sesuai bagi si kecil tetapi sebelum itu perlulah mengajak si kecil berehat atau tidur sebentar pada waktu tengah hari.

Katanya, dengan rehat yang mencukupi, anak akan lebih bertenaga untuk menyambung puasa mereka sampai ke waktu berbuka.

“Berpuasa sementara tidak mengganggu sistem tubuh anak kecil sebaliknya ia mencergaskan sistem impuls dan menggalakkan mereka supaya berkelakuan baik.

“Kadar tenaga yang rendah sepanjang siang hari juga membuatkan mereka boleh fokus dengan lebih baik. Oleh itu, pilih aktiviti yang sesuai seperti aktiviti dalaman untuk mereka sepanjang siang hari,” katanya.

Selain itu, katanya, seboleh-bolehnya jauhkan makanan dan minuman daripada pandangan si kecil pada siang hari.

“Kasihan perasaan anak kecil terganggu dengan imej makanan dan minuman yang menduga. Jadi, elakkan daripada membawa mereka keluar membeli belah di pasar raya,” katanya sambil tersenyum.

Teladan baik

Beliau berkata, ibu bapa seharusnya memilih teladan yang baik untuk anak selain mereka sendiri. Bagi si kecil yang sudah mempunyai rakan, elakkan mereka berkawan dengan rakan yang malas berpuasa.

Tunjukkan contoh rakan mereka yang baik untuk mereka teladani. Ibu bapa juga boleh luangkan masa dengan bercerita kisah teladan Nabi dan Rasul bagi mempamerkan teladan yang baik. Mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

"Apabila anak sudah mula diperkenalkan dengan agama dan ibadah, hati anak akan lebih mudah dibentuk membawa ke usia remaja,” katanya.

Seterusnya, katanya, ibu bapa digalakkan untuk membawa si kecil bertarawih dan membaca al-Quran bersama.

“Beritahu mereka bahawa Ramadan adalah bulan yang perlu dimeriahkan dengan ibadah. Pastinya mereka berasa suatu kelainan dan keistimewaan dalam bulan ini berbanding bulan lain,” katanya.

Akhir sekali, jelasnya, berikan ganjaran yang berupa bahan pendidikan kerana ia turut merangsang minda separuh sedar mereka untuk berusaha mendapatkan apa yang mereka mahukan.

“Kata pada si kecil, ganjaran orang berpuasa adalah sangat besar dan datangnya daripada ALLAH SWT. Pendidikan awal mengenai puasa dapat membentuk peribadi si kecil dari awal," katanya.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia enam tahun ke atas, sudah tentu mengambil peluang mendidik si anak untuk mengenal erti berpuasa. Sememangnya didikan awal ini sangat digalakkan agar jiwa muda mereka terdidik kea rah ibadah yang mulia.

Beberapa strategi tersebut mungkin boleh membantu anda dalam usaha mendidik si manja untuk berpuasa.

Secara berperingkat
Bagi anak yang baharu belajar berpuasa, anda boleh benarkan mereka berpuasa secara berperingkat. Misalnya minggu pertama, berpuasa sehingga pukul 10 pagi dan seterusnya hingga minggu terakhir sampai waktu berbuka.

Sabar
Selain daripada memberi sokongan, papa dan mama juga mesti bersabar menghadapi kerenah awal si manja. Jangan cepat marah atau memaksanya jika dia mengadu lapar atau dahaga.

Kerap bercerita
Dengan bercerita tentang apa itu puasa, walaupun masih kecil dan belum mengerti sedikit sebanyak dia dapat gambaran awal dan akan menyimpan maklumat tersebut dalam kotak memorinya.

Buat aktiviti
Melakukan aktiviti yang boleh melekakan si kecil dapat membantu mengalih tumpuannya daripada lapar dan dahaga. Anda boleh mengajaknya membantu menyediakan juadah berbuka puasa, mengaji al-Quran, bermain komputer atau membaca buku cerita.

Makanan kegemaran
Menyediakan makanan kegemaran anak anda untuk berbuka puasa secara tidak langsung mendorongnya untuk terus berpuasa. Mungkin dengan bertanya apa yang dia inginkan untuk berbuka puasa membuatkan mereka merasa dihargai.

Friday 4 July 2014

Atasi Gastrik Dengan Shaklee

Assalamualaikum..alhamdulillah enam Ramadhan kita hari ini..macam mana puasa..ok tak?syukur sangat kenal dengan Shaklee..bersahur dengan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) betul-betul terbaik..selalunya kalau sahur makan nasi..siang nak sampai ke tengahari mesti rasa pedih perut..padahal sahur dah makan nasi..ni dah masuk 6 Ramadhan hanya bersahurkan ESP..alhamdulillah tak rasa pedih perut..rileks je..seronok berpuasa..tak sedar dah masuk 6 Ramadhan..
Energizing Soy Protein

Bagi yang selalu gastrik dan tak dapat nak teruskan berpuasa..boleh cuba minum ESP ketika sahur..jika anda memang tak boleh tak makan nasi waktu sahur..anda boleh minum ESP sebelum makan nasi..hasilnya gastrik segan silu nak muncul..silap-silap berat pun turun tau..raya sakan la mak jemah..

kebaikan ESP Shaklee

kebaikan ESP ketika bersahur ni bukan ina sorang je yang rasa..rata-rata pelanggan yang mengamalkan ESP pun beritahu perkara yang sama..tak kenal maka tak cinta kan..dah cuba order bertong-tong plak nanti..bukan fantasi yer..memang realiti berlaku pada pelanggan-pelanggan ina..seterusnya terus jadi ahli..sebab nak beli ESP dengan harga ahli terus..tu yang order terus bertong-tong..

ESP untuk semua

Selain minum ESP boleh juga ambil ostematrix dan peppermint ginger plus untuk mengatasi gastrik ketika berpuasa..mencegah lebih baik dari mengubati..jangan biarkan gastrik mengganggu anda menghayati Ramadhan al-Mubarak..bila dah sakit semua ibadat terganggu..betul tak..hehe

set gastrik Shaklee

untuk keterangan lanjut boleh hubungi ina yer..ina sedia membantu setakat yang termampu..insyaAllah..

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Thursday 3 July 2014

Jom Tadarus Al-Quran

Assalamualaikum..jom kawan-kawan pagi-pagi Ramadhan ni kita mulakan hari kita dengan aktiviti yang berkat..riana pagi ni bangun awal dah..tapi duk layan upin ipin la plak..ajak mandi taknak..itulah masalahnye dengan budak kecik ni..payah mandi..

jap lagi kena paksa la jawabnya..8:30 pagi dah start tadarus..seronok bertadarus..sambil tadarus sambil betulkan bacaan kita..kat mana nak panjang..mana nak dengung..mana nak berhenti..

Lagi-lagi bertadarus di bulan Ramadhan..pahala berlipat kali ganda..rugi kan kalau kita tak buat..Allah nak bagi pahala berganda tapi kita buak tak tahu je..

teringat satu video..ustaz tu kata orang lain di bulan puasa berlumba-lumba ke rumah Allah..solat lima waktu berjemaah..pecut lah selagi boleh..tak ada saman ekor..ada yang pecut 140km/j..ada yg pecut 160km/j..ada yang terbalik meter pun ada..tapi kita duk bawak kereta 60km/j...dek dek dek mati tengah jalan..

oh sangat terkesan tengok video tu..kaya di dunia tapi miskin di akhirat..jom sama-sama kita tambah pahala dan perbaiki kelemahan diri...Wallahua'lam....

Wednesday 2 July 2014

Keahlian Shaklee Percuma Dengan Pembelian Vivix

Assalamualaikum..hari ini ina nak share dengan semua macam mana nak dapatkan keahlian Shaklee dengan pembelian Vivix..Alhamdulillah bulan julai ni Shaklee menawarkan percuma satu botol vivix dengan pembelian 6 botol vivix..

bila beli 6 botol vivix ni memang anda akan dapat keahlian Shaklee percuma terus..automatik..anda jimat RM65 untuk yuran keahlian..harga vivix anda akan dapat beli dengan harga ahli terus..jimat kan..

harga runcit vivix RM475..kalau nak jimat dan dapatkan vivix dengan harga ahli kenalah daftar ahli kan..jom rebut peluang keahlian percuma dengan pembelian vivix..

vivix ni untuk ape yer? pelbagai kebaikan yang kita perolehi dari sebotol kecil vivix..anda boleh klik link sini untuk lihat kebaikan vivix Shaklee

macam mana plak dengan testimoni kan..vivix ni dah ramai ke yang guna..mujarab tak..nak tahu mujarab atau tak anda boleh hubungi ina atau lihat testimoni vivix disini..

testimoni yang paling ina suka bila vivix dapat mengatasi dan mengubati tabiat perokok tegar..jom baca sini..post ina yang terdahulu berkenaan sayang isteri tinggal-tinggalkan..bagaimana seorang suami yang sayangkan isteri tinggalkan tabiat merokok demi untuk isteri dan anak-anak tersayang..

jangan malu untuk hubungi ina yer..
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

Tuesday 1 July 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan buat semua..masih belum terlambat untuk ina mengucapkan selamat berpuasa..alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini..macam mana puasa ketiga kita hari ini..mesti ibu-ibu tengah sibuk pikir menu untuk berbuka dan bersahur kan..

ina dah dua hari bersahur dengan segelas ESP sahaja..sorang-sorang bersahur tiada selera nak makan nasi..ESP sangat membantu..bancuh 3 sudu dengan air suam..terus minum..bertenaga sepanjang hari..tak rasa penat dan lapar..bulan puasa ni abislah ESP ina yang tinggal separuh tu..nak kena restock lagi untuk diri sendiri..

anda pula bagaimana cerita sahur..seronok kan kalau berpuasa di kampung..masa sahur tu yang best..kejut sorang-sorang bangun..ada yang terkedip-kedip mata tengok nasi..masih di alam mimpi..

hurm hari ni nak berbuka apa yer..(^-^)