Monday 27 October 2014

Jambu Batu Turunkan Kolestrol

Assalamualaikum..sekarang ni kat alam maya makanan paling glamour adalah jeruk pelam asam boi..apa kata kali ini kita tukar buat jeruk jambu batu asam boi..hehe..macam sedap je bunyinya..

jambu batu sedap dimakan begitu sahaja

jambu batu kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk badan..memberikan kesan yang efektif dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah..

kalau makan sebiji je tidak mencukupi..kena makan sebiji setengah sehari bagi memastikan ia dapat memberi tindak balas yang berkesan pada badan..kalau hantu asam macam ina ni jap je abis..

jangan buang kulit buah jambu..kulit buah jambu mempunyai khasiat yang tinggi..selain pada makan buah jambu begitu sahaja boleh juga buat jus..tapi jangan campur dengan gula atau bahan perisa kerana boleh mengurangkan khasiat buah jambu..

jika diambil secara berterusan dalam masa seminggu, jambu batu dapat menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8 peratus..

jambu batu turunkan kolestrol

haa pasni kurangkan makan makanan yang berlemak dan makanan ringan..banyakkan makan buah-buahan terutama buah jambu yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam badan..

with love,
ibu riana
0175262669

No comments:

Post a Comment