Saturday 11 October 2014

Menu Makanan Berpantang

Assalamualaikum..ramai yang sudah selamat melahirkan bayi kan..bagi yang pantang kali pertama mungkin berpantang bersama mak atau mak mertua..tetapi jika berpantang kali kedua atau ketiga..kebiasaannya ibu-ibu memilih untuk berpantang sendiri di rumah..

mesti kelam kabut sikit yer tak..nak tengok yang kecil..yang besar pulak meragam..yerla baru dapat adik baru..mungkin ada rasa persaingan sikit..berebut perhatian ayah dan ibu..dalam kelam kabut tu mungkin ada yang terpikir-pikir menu manakan berpantang..

apa nak masak hari ni..kalau silap makan nanti merana badan..merana bayi kecil tidak tidur malam kerana kembung perut..eh kita yang makan kenapa pula anak yang meragam..kan anak menyusu badan..dah tentu-tentu anak pun dapat apa yang kita makan..

hari ini ina nak kongsi satu menu makanan berpantang untuk ibu-ibu berpantang..semoga menu kali ni dapat membantu ibu-ibu yang tengah pening nak masak apa semasa berpantang..

**************************************

*Ayam Panggang Selera Pantang*

Bahan-bahan

- ayam
- 1 batang serai (dititik)
- 1 sudu jintan manis (dikisar)
- 1/2 sudu jintan putih (dikisar)
- 1cm kunyit hidup (dikisar)
- 1cm lengkuas (dikisar)
- 1cm halia (dikisar)
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- garam
- air asam jawa
- 1/2 cawan air

Cara-cara

- ayam dilumur dengan garam dan 1/3 daripada bahan-bahan yang dikisar
- panggang ayam (pemanggang ajaib)
- tumis 2/3 bahan-bahan yang dikisar tadi, masukkan air asam jawa, serai dan garam..masukkan air untuk sedikit berkuah..
- siram kuah di atas ayam yang sudah dipanggang..
- sedia untuk dimakan..(^-^)

sedapnya..ina yang tak dalam pantang pun kecur air liur duk taip menu ni..macam mana menu makanan berpantang kali ini..mudah kan..selamat mencuba..kalau dah cuba nanti komen yer..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment