Monday 13 October 2014

Sakit Datang Kembali

Assalamualaikum..hari ini tak boleh nak buat kerja berat-berat..gerak sikit je bahu kiri ni sakit..sakit datang kembali..rasanya hari ni takde buat kerja-kerja mengemop pun..cuma tengahari tadi buka botol rempah ratus..memang agak ketat sikit botol tu..banyak guna tenaga tangan belah kiri..inilah akibatnya..

ina google gambar sendi bahu terkeluar jumpa gambar ni..memang sama kes dengan ina..macam ni la sendi bahu ina selepas kemalangan kereta bulan 10 tahun lepas..ngeri plak bila tengok gambar ni..padahal inilah yang berlaku pada sendi bahu kiri ina..

sendi bahu terkeluar
memang betul la kata orang-orang tua..tangan patah cepat baik tetapi kalau sendi memang lambat baik..tak boleh nak bersukan bagai..esok nak kena urut ni..orang Tapah meh komen sikit tukang urut kawasan Tapah ni..tak daya dah ni..rasa macam baru-baru lepas kemalangan aritu..bergerak sikit sakit..

malam ni nak kena telan 4 biji ostematrik..harap-harap esok beransur baik..bila sakit datang kembali ina percaya ada hikmah kan di sebalik semua ni..Allah sayang ina..sebab tu Allah beri ujian sebegini..

tak dapat nak taip panjang-panjang malam ni..guna tangan belah kanan je ni..doakan ina semoga cepat sembuh ye..terima kasih semua..

with love,
ibu riana

No comments:

Post a Comment