Thursday 11 December 2014

Kuasa Istighfar

Assalamualaikum..

Ceritera semalam siaran TV9 tanyalah ustazah dengan tajuk yang cukup-cukup menarik iaitu "kuasa istighfar"..disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa


ina kongsi dalam blog supaya semua pengunjung dapat menghayati kuasa istighfar yang disampaikan oleh ustazah..sekarang memang masih ingat lagi tetapi manusia mudah lupa jadi ina masukkan dalam blog..(^-^)

peranan utama istighfar menghindari azab dari Allah SWT..
istighfar membersihkan diri kita daripada segala sifat-sifat mazmumah..
jangan hanya bersihkan tubuh badan sahaja tetapi bersihkan hati dgn cara istighfar..


hati ada 6 keadaan:

hidup
mati
sihat
sakit
jaga
tidur

jgn biarkan hati tidur,sakit dan mati..
lebih kurang maksudnya jangan biarkan tak ada supplemen untuk hati..biarkan hati kosong..tak istighfar untuk bersihkan hati..

Nabi Muhammad SAW istighfar 70 kali sehari..
ada hadis yang menyatakan Nabi Muhammad istighfar 100 kali sehari..
Nabi yang maksum pun boleh tawadduk 100 kali istighfar..

cuba renung-renung diri kita..darabkan dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan..agak-agak berapa kali kita perlu istighfar setiap hari..
kalau istighfar sikit-sikit tak rasa terkesan dlm hati..
jadi istighfarlah sehingga lumat..sehingga sebati dalam jiwa..

hari-hari kita janji macam-macam dengan Allah dalam solat tetapi 5 minit kemudian selepas selesai solat kita berubah kembali menjadi seperti biasa..tiada perubahan pun yang kita lakukan dalam diri..

barangsiapa selalu istighfar, Allah jamin akan beri jalan keluar bagi setiap kesempitan hidup orang yang selalu beristighfar..
Allah beri kesenangan bagi setiap kesusahan yang dialami..

satu kisah hamba Allah bernama nasuh..muka dan perwatakan seperti perempuan..kerja mendandan perempuan..semua orang menyangka nasuh seorang perempuan..suatu hari raja panggil nasuh untuk mendandan puterinya..

semua pintu bilik puteri ditutup kerana raja tidak mahu orang lelaki melihat aurat puterinya..sedangkan nasuh seorang lelaki..dengan kuasa Allah sebiji berlian hilang semasa nasuh mendandan puteri..

nasuh yang ketakutan beristighfar kepada Allah memohon pertolongan daripada Allah..jika pengawal memeriksa badan nasuh dikhuatiri pengawal dapat mengesan nasuh seorang lelaki..kalau raja dpt tau abislah kena pancung..

dgn kuasa istighfar, Allah buka jalan keluar untuk nasuh..belum sempat pengawal nak periksa badan nasuh berlian dah dijumpai..selepas itu nasuh kembali menjadi lelaki sebenar dan bertaubat..

muhasabah diri tengok siapa kita 10 tahun yang dulu..
menyesal aku dah siakan usia umurku..dah siakan amanah anak-anakku..terlampau banyak dosa..hanya dosa yang ku gendong utk bertemumu ya Allah..

dimana silapnya jika saya sudah istighfar tetapi masih belum diberikan rezeki?
Allah memberi pada masa yg Allah kehendaki dan terbaik utk kita bukan masa yg kita kehendaki tapi tidak terbaik untuk kita..


bagaimana nk wujudkan rasa dlm hati bila istighfar dah jadi mainan bibir?


4 tahap istighfar:

mulut istighfar tapi hati tidak

mulut tak istighfar tapi hati istighfar

mulut dan hati sama-sama istighfar

seluruh hidupnya istighfar

jika istighfar 100 kali  tapi tak ada air mata berdoa supaya Allah lembutkan hati..istighfar lagi sehingga istighfar kita beserta dengan air mata..


6 ciri-ciri org yang bijak:

bila sebut nama Allah dia bangga

bila sebut tentang diri sendiri dia rasa hina

bila renung ayat-ayat Allah dia ambil pengajaran

bila muncul rasa nak buat maksiat dia cegah

bila mohon doa dia sangat teruja

bila ingat dosa-dosa segera istighfar

semoga perkongsian ina malam ini dapat memberi manfaat buat semua..jom kita hayati kuasa istighfar..

with love,
ibu riana
0175262669

No comments:

Post a Comment