Tuesday, 7 October 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum..cuba post melalui facebook..gagal la plak..nampak gaya dah kena block la untuk post di wall facebook sendiri..nasib baik ada blogger ni..leh cerita kat sini kan..bulan lepas 3 september ina ada buat ujian pap smear di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Kem Tapah..memang hari tu Jururawat Masyarakat (JM) yang bertugas di RSAT beritahu keputusan dalam masa sebulan..jika tidak dapat panggilan daripada pihak RSAT maknanya keputusan ujian pap smear tiada masalah..

Alhamdulillah hari ni terima mesej dari JM..keputusan ujian pap smear bulan lepas tiada masalah..semuanya ok..lega bila baca mesej..tertunggu-tunggu jugak..cuma 3 hari lepas baru teringat dah sebulan buat ujian pap smear..so tiada panggilan dari RSAT..jadi semuanya ok la kan..hari ni dapat plak mesej..so comfirm la keputusan yang ina pikirkan..

bagi sesiapa yang masih belum pernah buat ujian pap smear lagi..pergilah poliklinik yang berhampiran dengan rumah..benda kat dalam kan..kita tak boleh ramal..kalau ada apa-apa masalah kita boleh atasi di peringkat awal..entry hari ni tiada kena mengena dengan sesiapa..hanya sekadar peringatan dari wanita untuk wanita..hehe..

with love,
ibu riana