Thursday 26 December 2013

Atasi Tumit Merekah


Tumit Pecah...? Petanda Kulit Kering


Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Faktor penyebab
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Solusi
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa. 

p/s: TAPI HARUS DI INGAT KAUM ADAM JUGA RAMAI YANG MEMPUNYAI MASALAH TUMIT MEREKAH NI DISEBABKAN OLEH FAKTOR2 YANG HAMPIR SAMA.
ATASI MASALH KULIT KERING, KUSAM & TUMIT KAKI MEREKAH ANDA DENGAN SOLUSI TERHEBAT DARI SHAKLEE



~ Shaklee Herbal Blend ~

Untuk penjagaan luaran, anda boleh sahaja membeli berus (untuk menyental sel & kulit mati) dan krim kaki bersesuaian (untuk melembapkan) yang khas untuk penjagaan kaki, terutama tumit kaki. Di Shaklee, anda juga boleh menggunakan Shaklee Herbal Blend Cream.



Mengapa Eu-Four Pack Set?

Vita-Lea: Multivitamin & multimineral, lengkap dengan formula zat besi.
B-Complex: Mengekalkan kelembapan kulit. 
Vitamin-C: Sumber kolagen kulit & anti-oksidan.
OsteMatrix: Merawat masalah pecah-pecah di telapak kaki & rekahan di tumit kaki.

ESP juga membantu memperbaiki struktur kulit yang merekah

Share maklumat dari SINI

Hubungi:
Ibu Riana
0175262669

Wednesday 25 December 2013

Keahlian PERCUMA Shaklee

Assalamualaikum..ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana nak daftar shaklee kan..ada yang mesej ina tanya kalau nak dapatkan keahlian PERCUMA Shaklee plak macam mana..nak kena beli barang harga ribu-riban ker?Haa meh ina nak citer..senang je..

ada 2 pilihan nak daftar keahlian Shaklee..pertama anda bayar RM75..bayaran ni sekali sahaja..tiada renew bulanan atau tahunan..pastu ina akan daftar dan bagi anda ID Shaklee..proses pendaftaran ni sekejap je..10 minit siap..dah dapat ID anda dah boleh mula jual produk-produk Shaklee atau beli produk dengan harga ahli..walaupun beli untuk kegunaan sendiri anda dah boleh kumpul point..

pilihan kedua..anda beli barang berharga RM600 ke atas bersamaan dengan 200 point..anda layak untuk dapat keahlian PERCUMA Shaklee..barang ni anda boleh pilih..asalkan cukup 200 point..untuk december promosi omegaguard shaklee..


so anda boleh beli 6 botol omegaguard dan anda akan dapat:

(1) percuma 1 botol omegaguard
(2) percuma keahlian shaklee
(3) bonus RMXX

mudah kan? semuanya online..x perlu bersua muka..dekat dihati..cheewahhh..

hubungi:
ibu riana 0175262669

Tuesday 24 December 2013

Kepentingan OMEGA 3 (DHA & EPA) Untuk Ibu Mengandung

Apa itu OMEGA 3?

Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.



Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Kenapa ibu mengandung perlukan OMEGA 3?

Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.

Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.

Dari mana nak dapatkan OMEGA 3?


Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

Ramai orang berfikir bahawa flaxseed atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Jadi tidak hairanlah ibu-ibu mengandung memilih Omegaguard Shaklee sebagai sumber DHA dan EPA untuk ibu dan bayi di dalam kandungan..

Hubungi ina untuk keterangan produk dan harga:
0175262669

Monday 23 December 2013

AWAS!! Hati-hati guna DEBIT CARD

Assalamualaikum..baru jer daftar seorang lagi anak bizness shaklee..dah siap daftar tiba-tiba je terlintas nak share dengan kawan-kawan pasal penggunaan DEBIT CARD..sebab urusan shaklee semua ina guna DEBIT CARD..jom kita tengok temubual dari sindiket penipuan dengan seorang pengguna..

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!

Hati-hati yer kawan-kawan..sekarang ni ramai sangat nak dapatkan duit dengan cara menipu..
sebarkan kepada semua..supaya lebih berhati-hati..

Saturday 21 December 2013

kenduri kendara



assalamualaikum..cuti sekolah semua sibuk dengan kenduri kan..ina pun hari ni ade kenduri di rumah kakak..kenduri anak buah bersunat..adik beradik berkumpul kat rumah kakak ramai-ramai..best..sekali-sekala kumpul..macam2 aktiviti ada..


semua 9 beradik..yang ada ayah dengan 6 beradik..esok adik yang bongsu sampai..penuh rumah mak long hari ni..dengan suara-suara budak manja..hehe..termasuklah riana ni ha..

esok kita bakar sate dan makan buah durian kat the nahara kalumpang..sambil2 mandi manda di sungai inki..riana dah standby pelampung..

jom tido..ngantuk sudah..esok nk mandi manda plak..have a nice weekend yer semua..

Friday 20 December 2013

3C dalam Shaklee

Assalamualaikum semua pengunjung blog ibu riana onlineshop..ramai yang bertanya kita dapat apa kalau join shaklee..jom ina cerita 3C dalam shaklee..apa dia 3C yang orang duk heboh sangat tu yer..meh tengok..

(1) CASH

setiap barang yang kita beli ada UV/point..so bila kita jual barang dan point ni terkumpul dari 1hb - 31hb setiap bulan..point yang terkumpul dalam tempoh sebulan ni akan convert jadi cash..yang nila bonus yang shaklee bagi tiap-tiap bulan..setiap orang yang berdaftar layak untuk dapat cash bonus..ina seorang surirumah sepenuh masa..alhamdulillah ada gaji dari shaklee tiap-tiap bulan..cash bonus terus masuk akaun bank yang kita pilih..best kan..ala-ala bekerja tetap gitu..tapi gaji shaklee tengah bulan..

(2) CAR BONUS

bila kita dah naik rank supervisor ke atas kita layak untuk dapat car bonus..car bonus ni bukan shaklee bagi voucher diskaun beli kereta..tapi kita dapat cash untuk beli kereta..dapat tiap-tiap bulan untuk bayar kereta..ikut suka kita nak beli kereta ke..rumah ke..tanah ke..keretapi sekalipun boleh..shaklee tak tetapkan syarat..cuma shaklee bagi car bonus je..pandai-pandailah nak beli apa..setiap orang mesti ada impian nak pakai kereta apa kan?so ambil peluang rebut car bonus dari shaklee..

(3) CONVENTION
wow percutian percuma ditaja sepenuhnya oleh shaklee..setiap orang yang naik rank supervisor ke atas layak untuk dapat percutian percuma shaklee..percutian di dalam negara atau luar negara..


untuk luar negara anda boleh pilih samaada nak menunaikan umrah atau bercuti ke London/Paris..percutian ni bukan biasa-biasa ye..5 bintang punya..VVIP..bestnye..ngah usaha mengumpul point ni..jom kita sama-sama pergi bercuti nak..



Ingin sertai kami join shaklee..boleh pm or whatsapp ina ok..insyaAllah ina akan beri panduan dan tunjuk ajar..sebarang pertanyaan boleh hubungi:

0175262669

Thursday 19 December 2013

Tekanan DARAH TINGGI

Assalamualaikum..dah baca kan entry ina semalam..ni kesinambungan entry 18/12/13 pasal hipertensi..mesti yang berkerut-kerut dahi pikir apa itu hipertensi..hari ni ina nak kupas hipertensi dengan lebih mendalam..dalam erti kata lain tekanan darah tinggi..haa yang ni mesti semua orang tahu..betul tak?


tekanan darah berubah dari semasa ke semasa sama ada ketika kita bersenam, resah gelisah..keadaan ini akan buat tekanan darah menjadi tinggi  ini adalah perkara biasa..yang menjadi luar biasa apabila tekanan darah sentiasa di paras yang tinggi sepanjang masa..ini dipanggil TEKANAN DARAH TINGGI..


90% dari kes-kes darah tinggi sebabnya tidak diketahui..manakal 10% lagi adalah berpunca dari sesuatu jenis pemyakit lain yang dihidapi oleh pesakit misalnya buah pinggang..

faktor-faktor risiko darah tinggi:

(1) keturunan

risiko lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi jika ibu atau bapa mempuyai sejarah atau sedang menghidapi tekanan darah tinggi..

(2) berat badan berlebihan

lemak yang berlebihan dalam badan akan mendap di dalam dinding salurnadi anda..lemak ni jadi lebih tebal, kejang dan sempit..ini akan membebankan jantung anda..

(3) pemgambilan garam berlebihan

kandungan garam yang berlebihan di dalam darah menggalakkan lebih banyak air terkumpul dalam darah yang akan meningkatkan tekanan darah..

(4) tekanan (stress)

tekanan emosi yang keterlaluan dan berulang-ulang..

(5) perokok tegar

biasanya bila seseorang itu merokok..nikotin di dalam asap rokok masuk ke dalam darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat..nikotin juga menyebabkan salurnadi-salurnadi sempit..ini akan memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke salurnadi yang sempit itu..

PERIKSA TEKANAN DARAH ANDA...!!

Ibu riana
0175262669

Wednesday 18 December 2013

Risiko HIPERTENSI semasa hamil

Assalamualaikum semua..apa khabar arini..ramai kawan-kawan update status dah hamil..alhamdulillah gembira dengar..seronok tengok kawan-kawan gembira..

mengandung memang saat-saat yang mengujakan..bila mengandung macam-macam penyakit singgah..betul tak? salah satunya HIPERTENSI..tahu tak ape hipertensi ni..hipertensi semasa hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah wanita hamil meningkat melebihi paras normal..

Siapakah yang berisiko:
(1) pertama kali hamil
(2) umur kurang 20 tahun @ lebih 35 yahun
(3) sejarah hipertensi
(4) kandungan kembar
(5) obesiti sebelum hamil
(6) wanita menghidap hipertensi dan diabetes

Tanda-tanda hipertensi:
(1) sakit kepala yang teruk/kerap
(2) penglihatan kabur
(3) rasa tidak sihat
(4) sakit ulu hati
(5) loya dan muntah
(6) bengkak seluruh badan
(7) sesak nafas

jika ibu-ibu hamil ada tanda-tanda hipertensi cepat-cepat dapatkan pemeriksaan tau..jangan buat-buat tak tahu yer..penting untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan..ibu-ibu tahu tak apa yang akan terjadi sekiranya hipertensi tidak dirawat?

kesan kepada ibu:
(1) sawan
(2) strok
(3) tekanan darah semakin meningkat dan tidak terkawal
(4) sesak nafas
(5) fungsi buah pinggang dan hati terjejas
(6) uri terpisah dari rahim
(7) darah gagal membeku

kesan kepada bayi:
(1) mati dalam kandungan
(2) kurang berat semasa lahir
(3)kelahiran tidak cukup bulan

tekanan darah tinggi juga boleh dirawat dengan pengambilan omegaguard dan garlic dari shaklee..Omegaguard dan garlic menurunkan bacaan kolestrol, menurunkan bacaan tekanan darah tinggi,menurunkan kadar LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolestrol baik).

0175262669

Monday 16 December 2013

HB rendah semasa HAMIL

HB rendah semasa hamil..ibu-ibu hamil jangan anggap perkara ni remeh tau..sangat penting tau..kalau tak jaga boleh jejaskan kesihatan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan..HB rendah boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan atau kematian di dalam perut..
Cadangan terbaik untuk ibu hamil yang mengalami HB rendah adalah vitalea shaklee..apa dia vitalea shaklee ni jom kita tengok..

Multivitamin yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa..

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

ibu riana
0175262669

Saturday 14 December 2013

ipoh mali..

Assalamualaikum semua..penat hari ni ronda-ronda ipoh..hajat di hati nak ke zoo taiping..dah sampai ipoh macam malas plak..rasa tak larat nak ronda zoo..mesti orang ramai kan cuti-cuti sekolah ni..nak gi lost world of tambun pun parking penuh..wah semua ibu bapa ambil peluang bawa anak bercuti yer..xpe riana lum bersekolah lagi..bila-bila pun boleh gi bercuti..hehe..so kita ronda-ronda ipoh je..saje bawa riana jalan-jalan..asyik duk umah je dgn ibu..kena tunggu ayah cuti baru boleh pergi jalan..kesian..kesian..ni ha muka budak yang nama riana..permata hati ayah dan ibu..manja ayah..


hari ni meronda gi tengok umah..tengok kuda..gi gunung lang..adela seekor je burung helang yang duk terbang..apa yang best lagi ek kat gunung lang ni..haaa ada satu gerai kat parking jual burger..macam best jer..macam sedap jer..burger udang untuk riana sebab riana suka udang..burger rusa untuk ayah riana..burger kambing untuk ibu riana..memang sedap..dalam tiga jenis burger ni..burger rusa paling sedap..ibu sempat cilop burger rusa ayah tadi..haha..oh lupa nak ambil gambar sebab terlampau sedap..hihi

tiap kali datang gunung lang ni mesti ada pengantin yang tengah bergambar..cantik juga pemandangan kat sini..ada air terjun buatan..memang dah sinonim kot dengan pengantin..hari ni lagi best pengantin naik bot..huhu..abis cair mekap 3 inci..sampah sarap kat sini bersih pengantin sapu..(^-^)



sekian..abis sudah.yang mana belum sampai gunung lang bolehla pergi bawa keluarga..wah macam menteri pelancongan plak..haha..daaa..ngantuk sudah..zzzz

Friday 13 December 2013

Nak Daftar Shaklee Tak?

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ni?semoga semuanya sihat alhamdulillah..apa khabar anak cucu cicit piut "Just Do It"..senyum panjanglah hari ni kan..bonus shaklee dah masuk..pagi-pagi lagi dah heboh seantero dunia bonus dah masuk..semua pakat bersyukur dengan bonus yang masing-masing dapat..betul tak?

Amacam puas hati tak dengan bonus yang kita dapat..jangan lupa setiap rezeki yang kita dapat tu ada bahagian orang lain juga..orang mana? orang yang memerlukanlah..pandai-pandailah gunakan duit tu untuk kebaikan..kita bagi 1, Allah balas 100..kalau bagi 100 agak-agak berapa?..tak percaya?..cuba buat..renung-renungkan dan selamat beramal yer..

nak panggil semua surirumah, pelajar, penganggur, orang yang nak buat pendapatan sampingan..nak tak ina ajar dan tunjuk jalan jana RM dari rumah..ok bagi yang xde modal anda berada di tempat yang betul sebab bisnes shaklee ni x perlukan modal..just bayar yuran ahli jer RM65..sekali seumur hidup..bukan nak kena renew pun..berbaloi-baloi..xde
 RM65..cuba tengok bawah tilam, korek tabung ayam, bawah bantal..ada x selit-selit RM65..tau tak dengan RM65 ni anda selangkah mencipta kejayaan..

meh ina buat kesimpulan dari bebelan ina kat atas macam mana nak daftar shaklee:

(1) bayar RM65 + kos pos RM10 semenanjung manakala RM20 untuk Sabah dan Sarawak.bayar ke akaun bank ina..
(2) ina akan daftar masuk shaklee guna online je..
(3) dah leh start biznes bila dah dapat ID Shaklee..

mudah kan..mudah sangat macam ABC..semuanya online..x perlu nak jumpa dengan ina atau nak kena pergi cawangan Shaklee pun..lepas dah daftar ina akan add masuk dalam group..dalam group ni macam-macam kita boleh belajar..dari kita tak tahu ape-ape sampailah pandai..

ada yang mesej ina bagitahu berminat nak join..RM65 tu tiada masalah..yang jadi masalah nak iklan, tak tahu pasal produk shaklee..terus terang cakap yer..ina mula-mula join pun tak tahu sangat pasal produk..sekarang ni boleh kata kalau pelanggan tanya terus boleh jawab..silap-silap orang ingat ina ni keje farmasi tau..hehe

jom jana RM dari rumah dengan ina..macam-macam ilmu ina nak kongsi dengan semua..bagi yang ade perkhidmatan internet kat rumah memang rugilah kalau tak jana pendapatan dari rumah..memang rugi besar..banyak peluang yang ada tapi anda sia-siakan..tepuk dada tanya selera yer..

Work at home mom,
Ibu riana
0175262669

Thursday 12 December 2013

Ostematrix atasi SEMBELIT



Wah seksanya kalau sembelit..sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis..sembelit merupakan satu gejala bukannya satu penyakit..setiap orang mesti pernah mengalami sembelit kan..sembelit ni bahaya ker?jom sama-sama kita fahami dan pelajari sebab-sebab sembelit berlaku..

Sembelit juga berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan menyebabkan najis bergerak ke arah kolon terlalu perlahan..akibatnya najis akan menjadi keras dan kering..sebab-sebab biasa mengapa berlakunya sembelit adalah seperti:

(1) kurang serat dalam diet
(2) kurang aktiviti fizikal terutama bagi golongan yang sudah berumur
(3) perubatan
(4) pemilihan susu
(5) gangguan semasa membuang air besar
(6) perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung
(7) penyalahgunaan julap yang berlebihan
(8) menahan untuk membuang air besar
(9) kurang minum air
sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan seseorang mengalami buasir dan kanser usus yang kronik.. jom tengok cara dan tips mengatasi sembelit:

(1) Mengatur pola makan

Makan tepat pada waktunya adalah hal yang mesti anda lakukan, melewatkan makan atau tidak teratur makan akan mengakibatkan kesan buruk bagi perut dan usus anda sehingga menimbulkan masalah sembelit.


(2) Mengambil Buah dan Sayur.
Sembelit juga disebabkan kerana kurangnya serat dalam tubuh, maka anda perlu mengambil buah-buahan yang mengandung banyak serat dan sayur-sayuran yang banyak serat. Buah yang bagus untuk diambil seperti buah epal, pir, pisang, jeruk dan lain-lain. Sementara sayuran hendaklah utamakan sayuran hiijau seperti bayam, kangkung, brokoli dan lain-lain.


3.Minum Air Putih.
Air adalah hal sangat penting dalam kehidupan, bahkan tubuh manusia saja terdiri dari unsur air yang banyak dibandingkan dengan zat padat lainnya. Minumlah air sekitar 8 gelas sehari atau 2 liter/hari. Ini akan mencegah anda dehidrasi dan tubuh kekurangan air.


4.Hindari Kolesterol.
Untuk mengatasi sembelit sebaiknya anda mengambil makanan yan bebas lemak, hindari makan makanan berminyak atau makanan lain yang mmengandung banyak lemak. Hidari juga makan ringan atau junk food, makanan ini boleh menyebabkan terjadi sembelit juga.


5.Olah Raga.
Olah raga adalah salah satu gaya hidup sihat.. Olah raga tidak perlu berat dan tidak harus lama, cukup berolah raga 20 minit dalam sehari dengan jogging atau dengan senam atau dengan lari-lari kecil, dan lain-lain.


6.Hindari Stress. 
stress tidak hanya menyebabkan sakit fisikal seperti sembelit, tetapi juga bisa mengganggu kejiwaan seseorang, hindari stress maka hidup akan sihat baik jasmani ataupun rohani.Demikianlah beberapa cara dan tips mengatasi sembelit. Semoga bermanfaat dan berguna bagi kita semuanya.

Dengan ostematrix shaklee,anda dapat atasi masalah sembelit..serius tau..best betul ostematrix ni..apa yang best jom kita selongkar apa itu ostematrix..tak kenal maka tak cinta kan..


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan..antara kebaikan Shaklee Ostematrix :

(1) Tidur malam lebih lena
(2) Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
(4) Melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya
(5) Badan lebih bertenaga apabila bangun bagi.


Ostematrix sangat-sangat dicadangkan untuk ibu yang baru melahirkan bayi..dalam pantang memang comfirm akan sembelit..luka jahitan masih belum pulih..sembelit lagi..uwaaa seksanya berpantang kan..masa ni ostematrixlah penyelamat..badan pun x lenguh-lenguh..sesuai untuk ibu berpantang yang menyusu badan sepenuhnya..

Dapatkan ostematrix di Ibu Riana Onlineshop,harga yang berpatutan dan mampu milik..

SID 921124
0175262669
0139661471

Wednesday 11 December 2013

Sarapan Segera Shaklee

12:50 AM

Elektrik kejap ada kejap takde kat rumah ni..sambil-sambil kipas guna tangan terasa lapar..membuatkan ina tiba-tiba teringat kat meal shakes..ade je elektrik zass ina nak share sarapan enak meal shakes..mmm perasa vanilla..yummylicious..


esok pagi nak pergi buat rawatan fisioterapi kat hospital tapah..terpikir-pikir nak buat sarapan aper?..tu yg teringat meal shakes..kan meal shakes ni sarapan segera..sangat sesuai untuk ibu-ibu bekerja..

ambil meal shakes dgn milo..sedapnya..kenyang x perlu sarapan makanan lain dah..siapa yang belum cuba meal shakes..jom cuba dengan pelbagai resepi yang enak..antara resepi yang boleh anda cuba..


wow dah terbayang keenakan rasa meal shakes..dengan meal shakes ibu-ibu tak perlu nak pening kepala nak pikir sarapan sihat dan berkhasiat untuk anak anda..bagi meal shakes dah cukup dengan nutrisi-nutrisi yang anak-anak perlukan..psst try buat lempeng meal shakes..macam sedap jer..nanti nak trylah..

Jom bersarapan dengan sarapan yang berkhasiat,hubungi ina untuk keterangan lanjut serta dapatkan meal shakes anda dengan harga istimewa di sini..

0175262669
0139661471

Tuesday 10 December 2013

Testimoni Vivix Shaklee


Assalamualaikum..hari ni tergerak hati nak kumpul testimoni Vivix Shaklee..nak semua orang tahu testimoni-testimoni bukan hanya rekaan semata-mata hanya untuk meraih keuntungan..


adakah kami tipu bila ada ibu dan ayah yang strok dah boleh jalan bila minum vivix?
adakah kami tipu bila darah tinggi yang biasanya sentiasa tinggi dah kembali normal?
adakah kami tipu bila bacaan kencing manis dah kembali normal?
adakah kami tipu bila cancer hilang?




kami akan teruskan sebarkan kebaikan vivix shaklee..siapa tahu anda yang menolaknya sekarang memerlukan vivix satu hari nanti..insyaAllah..

Pelbagai testimoni vivix untuk anda hayati dan fahami..segalanya mungkin..kita berusaha, selebihnya berserah pada Allah S.W.T


Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3
 Testimoni 4
 Testimoni 5

Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8

Testimoni 9


Testimoni 10

Testimoni 11

Testimoni 12

Testimoni 13

Hubungi ina untuk dapatkan vivix untuk insan tersayang:

0175262669
0139661471