Monday, 20 October 2014

Satu Hari Di Melaka

Assalamualaikum..hari ni satu hari di melaka..bertolak dari rumah kakak di Tanjung Malim lebih kurang 8:30 pagi..



mula-mula ingat nak singgah nilai rumah kakak ina juga tapi orang nilai pula balik pahang
.hehe..jadi perancangan berubah-ubah..



sampai melaka lebih kurang 11:30 pagi..tak tahu nak pergi mana bila sampai..main redah je ni..




cari dalam internet tempat-tempat menarik di Melaka..ternampak la menara taming sari..ok kita naik yang ni dulu..tengok pemandangan dari atas.

dah naik tengok pemandangan melaka perut plak minta di isi..pekena asam pedas selera kampung untuk makan tengahari..






pusing-pusing kawasan berdekatan menara taming sari..macam-macam ada..ada kapal terbang..keretapi..

adriana buat part time kat sini..bawa beca..huhu..bukan main seronok lagi duk naik basikal dengan sepupu .siap lumba lagi..





abis pusing-pusing..kami ronda naik Melaka River Cruise pula..tengok pemandangan naik cruise pula..macam-macam perkampuangan ada sepanjang sungai..



dah penat ronda bandar..kami terus ke pantai klebang..katanya glamour makan cendol dalam bas..jom kita terjah..





makan mee bandung dengan cendol..boleh tahan juga sedap..sebab makan dalam bas agaknya..siap.ada penghawa dingin..jangan main-main..

sekarang dah dalam perjalanan balik..malam ni singgah bermalam di kemayan pula..rumah kakak ina..pagi esok baru bertolak balik rumah ayah.

ok..bertemu di lain entry..penat dan ngantuk hari ni..bateri dah kong..hehe..adriana dah recharge..dia baru bangun tidur..haha.

with love,
ibu riana
posted from Bloggeroid