Monday 24 March 2014

Lapan Hari Lagi!!!

Assalamualaikum..tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma..ESP Shaklee paling best kalau ambil masa kita berpuasa..ambil masa berbuka dan sahur..memang bertenaga sepanjang hari..tak rasa penat..segar je.. 

bagi ibu-ibu yang masih menyusu memang akan rasa lapar sepanjang hari berpuasa..so tambah ESP dalam minuman waktu bersahur..


sempena bulan mandi ESP ni apakata anda buat stok siap2 untuk bulan puasa nanti..jangan risau expired 2015 tau..so memang berbaloi beli ESP bulan ni..nak terus jadi ahli pun boleh..sambil minum dan makan produk Shaklee sambil jana pendapatan..kongsikan kebaikan bersama orang lain..

siapa yang belum cuba ESP..meh pm atau whatsapp ina untuk keterangan lanjut..ESP ready stock yer..nak datang rumah pun boleh..

ibu riana
0175262669

Monday 17 March 2014

Risiko Kurang Darah Ketika Hamil

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
Ibu yang kerap bersalin
Jangkitan cacing
Pendarahan dari faraj atau buasir
Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

Kelihatan pucat
Sentiasa rasa letih lesu
Rasa mahu pitam bila bangun
Sentiasa rasa pening
Bengkak kaki dan muka
Kebas kaki dan tangan
Rasa mengah dan hati berdebardebar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

Anda mungkin mengalami keguguran
Melahirkan anak tidak cukup bulan
Anak mati dalam perut
Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
Keluaran susu badan akan berkurangan
Mudah mendapat penyakit lemah jantung
Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:

Menjaga kebersihan diri
Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
Rehat dengan cukup
Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah... berikut testimoni yang mengamalkan Vitalea..



Shaklee BERBEZA sebab...
Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
menguatkan fungsi otak
membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

IBU RIANA
0175262669

Saturday 15 March 2014

UMRAH atau ITALY?

Assalamualaikum..selamat hari sabtu..apa agenda kita hari ni..duk umah je la yer..cik abe busy..sambil layan hindustan kat tv3 jom kita terbang gi buat UMRAH atau gi ITALY..pejamkan mata..kalau dapat pergi FREE best jugak kan..jejakkan kaki ke tanah suci..wah tak terjangkau rasanya..


dengan Shaklee semua ni tak mustahil..sambil jual produk Shaklee kita kumpul point untuk pergi jalan-jalan..tahun 2014 boleh pilih sama ada nak pergi UMRAH atau ITALY?bagi yang beragama Islam dan masih belum menjejakkan kaki ke tanah suci mestila pilih umrah kan..


banyak yang Shaklee tawarkan kepada pengedar-pengedar yang aktif..sama ada NAK atau TAKNAK je..kita sendiri yang pilih..


bestnya kalau dapat pergi..ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee..5 star..di kesempatan hari sabtu ni nak ucapkan tahniah pada "MAK" Shaklee ina Mamaa Adamia yang berjaya mengumpul point cycle tahun lepas..layak 2 tiket untuk free trip by Shaklee..Umrah bersama suami tercinta untuk tahun ini..doakan anakmu ini menjejakkan kaki ke sana juga yer..doakan kami semua berjaya di dunia dan akhirat..amin..

ina dah nampak peluang yang ada dalam Shaklee..ina nak kongsi dengan anda-anda di luar sana..ilmu yang ina dapat dalam group Shaklee sangat-sangat membantu merealisasikan hidup sebagai seorang surirumah yang bergaji..ilmu-ilmu yang ina dapat ni ina nak share dengan orang yang nak sahaja..siapa yang rasa dia betul-betul nak buat..bolehla pm atau whatsapp ina yer..

Ibu Riana
0175262669

Friday 14 March 2014

Keahlian PERCUMA Shaklee

Assalamualaikum..keahlian percuma Shaklee..bila kita cerita pasal percuma..mesti ramai yang nak tahu kan..nak la kalau percuma..akak bukan nak biznes pun..tapi kalau percuma akak pun nak..betul tak?keahlian percuma ni kita dapat kalau kita beli barang 200 point bersamaan dengan nilai barang berharga RM650 ke atas..haa barulah dapat keahlian percuma kak..

untuk bulan MAC ni kalau nak keahlian percuma beli 6 ESP..anda dapat 1 ESP percuma..jadi ahli percuma..jimat yuran ahli RM75 semenanjung..RM85 Sabah dan Sarawak..pastu bulan april dapat bonus..menarik kan?sape taknak kan..

gila ke apa akak nak beli ESP sampai 6 siapa plak nak minum banyak-banyak dik?x gila kak..bulan ni memang mandi ESP..pakat borong sampai berkotak-kotak..xdepun orang kata dia gila..kalau macam ina ni yang order online..abang GDex hantar ke rumah sehari sampai 3 kotak kak..xde plak orang kata abang GDex tu gila angkat 3 kotak besar-besar naik tingkat 4..hehe..sangat-sangat berterima kasih kepada servis GDex Kampar..double thumb ups..

bukan suh akak mandi ESP..kongsilah dengan adik beradik..kawan-kawan..jiran-jiran..ESP ni semua orang boleh minum..

- nak kurus
- nak cantik
- nak tambah susu badan
- nak tambah berat badan
- orang yang ada diabetes
- ibu hamil
- ibu berpantang
- nak hamil
- orang yang baru lepas operate
- orang yang busy kerja x sempat sarapan

haa macam-macam lagi kak..macam-macam ada..
macam mana nak beli?boleh pm atau whatsapp ina..ina pengedar Shaklee yang sah..ID Shaklee 921124..

ibu riana
0175262669

Thursday 13 March 2014

Kenapa Wanita Perlukan Protein?

Wanita mempunyai keperluan nutrisi khas di pelbagai peringkat kehidupan mereka. Samada di saat kehamilan atau senggugut, keperluan kalsium atau zat besi yang rendah, alahan sewaktu mengandung atau saat hampir putus haid. Wanita di semua peringkat umur perlukan pemakanan khas yang sesuai dengan kondisi mereka.

Mengapa wanita memerlukan protein?
Protein di kalangan wanita adalah kritikal bagi fungsi-fungsi penting seperti: 

*pertumbuhan dan pembaikan otot dan tisu
*menyediakan tenaga apabila sumber karbohidrat tiada
*pembentukan enzim atau sub-unit enzim
*mengawal pH dalam darah
*mengawal proses metabolisme berkaitan dalam badan; dan
*membina sistem imun melalui antibodi protein.

Dalam erti kata lain, protein adalah penting untuk segalanya samada untuk tumbesaran anda, untuk membina sistem imun, untuk melindungi diri dari penyakit, dan juga untuk memastikan rambut, kuku, kulit, tulang dan organ-organ dalaman anda sihat.

Berapa banyakkah protein yang wanita perlukan?
Jumlah protein yang wanita perlu setiap hari bergantung kepada tahap aktiviti mereka. Wanita yang terlibat dalam sukan akan memerlukan lebih banyak protein dan nutrisi. RDA (Recommended Dietary Allowances) yang normal untuk pengambilan protein adalah ditentukan mengikut berat badan bagi wanita berumur 15 tahun ke atas, iaitu 0.40 gram bagi setiap 0.45kilogram berat badan.

Anda boleh mendapatkan vitamin, protein, mineral dan lain-lain nutrien melalui diet yang sihat. Sayur-sayuran, telur, daging, buah-buahan, produk susu. Semua makanan berkhasiat ini membolehkan badan kita menjadi sihat dan kuat. 

Tetapi kadang-kadang ianya tidak cukup. Disebabkan kesibukan bekerja, sebagai ibu, isteri, rakan-rakan, dan pelbagai aktiviti lain setiap hari, jadual boleh menjadi sibuk dan mungkin tidak meluangkan masa untuk membuat hidangan lengkap untuk diri sendiri. 

Tergesa-gesa pada waktu pagi, samada untuk siapkan anak-anak ke sekolah, menyediakan sarapan atau bersiap ke tempat kerja, anda hanya makan apa yang sempat sahaja. Tetapi adakah ini memberi badan anda protein, mineral dan vitamin yang anda perlukan untuk hari tersebut? 

Tidak, tetapi tidak mungkin setiap hari kita sempat untuk bangun awal dan menyediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat. 

Disinilah dimana protein ESP Shaklee boleh menjadi pilihan. Bukan sahaja pantas, tetapi menarik untuk melengkapkan diri anda dengan protein, vitamin yang diperlukan oleh badan.



Bulan Mac adalah bulan untuk borong ESP..ada yang beli 2 can..ada yg 4 can malah ada yang borong 7 can terus dan terus jadi ahli shaklee..keahlian percuma dengan setiap pembelian 6 can bulan ini..


dapatkan dari pengedar tapah,
ibu riana
0175262669

Wednesday 12 March 2014

Kenapa Pilih Shaklee?

Assalamualaikum..hari ni ina nak cerita kenapa ina pilih Shaklee..ina start buat biz online ni dari riana lahir lagi..ada modal beli baju baby sikit buat jual..masa tu buka akaun facebook yang baru IBU RIANA dengan facebook page IBU RIANA ONLINESHOP..

tak tahu nak buh nama ape..so sempena sambut orang baru dalam hidup ina..letakla nama ni..hehe..kalau nak dikira barang jualan masa tu macam-macam..beli borong barang ni sikit..borong yang tu sikit..pastu jual..dapatlah untung runcit dalam RM5-RM10 atas 1 barang..tupun bukan untung bersih pun..tolak duit minyak pergi pos..duit nak bungkus..adelah untung sikit..

tapi masa buat biz pelbagai barang ni pun dah rasa seronok..sebab dapat beli barang-barang riana dengan harga borong..baju..cloth diapers..mainan..kasut..masa tu pikir nak beli barang riana je..ada untung sikit buat pusing modal..

Biz ina berterusan macam tu dari 2011 sampailah awal tahun 2013..mula pikir nak buat biz yang terjamin sikit..bukan dapat untung buat belanja abis macam tu je..so masa tu ada 3 pilihan..E-cosway, Agen Prudential dengan Shaklee..sebelum tido malam duk lakar la atas kertas..buat kontra antara 3 biz ni..last-last kemenangan berpihak pada biz Shaklee..

SEBAB:

yuran ahli hanya RM75 sekali bayar sahaja..xde renew tu yang penting

tak perlu keluar modal kita..ada customer nak barang terus order dengan Shaklee..segala urusan bungkus membungkus dan pos semua Shaklee buat..wah menarik kan bagi surirumah macam ina ni..ala-ala dropship gitu..

pastu ina tertarik dengan point barang..point ni akan convert jadi cash money..haa tu yg paling best tu..biasanya point barang ni kita tukar dgn barang kan..macam bonuslink..tukar dgn payung.tuala, botol air or apa-apa barang yang cukup point..hehe

So..kalau nak buat biz apa pun..kita buat perbandingan antara biz-biz yang kita nak buat..bila kita buat apa yang kita suka..so kita takkan ada alasan lagi untuk beralasan..kan?

pengedar sah Shaklee,
Ibu Riana
0175262669

Tuesday 11 March 2014

Pengedar Shaklee Tapah

Assalamualaikum..

saya NOR ZARINA MOHD NAIM atau lebih dikenali dengan nama IBU RIANA dalam facebook, whatsapp dan weechat..Ina merupakan pengedar sah Shaklee..bagi warga Tapah yang nak beli produk Shaklee bolehla mesej atau whatsapp ina..tak perlu nak bayar duit kos pos..barang terus sampai depan rumah yer..

pembayaran boleh pilih sama ada nak bank in atau cash on delivery (COD)..inform jer..barang ready stock..nak datang rumah tengok-tengok barang pun boleh..lagi puas hati..kalau nak datang bagitahu awal yer..kadang-kadan ina pergi pos atau COD barang..so bagitahu nak datang leh ina kuar pos awal..

ada yang tanya pukul berapa ina balik keje..hehe..ina keje dari rumah je..so kalau tak kuar pos atau COD barang memang sentiasa ada je kat umah..

Ibu Riana
0175262669

Monday 10 March 2014

Adakah BUAH PINGGANG Anda SIHAT?

INFO SIHAT HARI INI

1 daripada 10 orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang..


penyakit buah pinggang atau ginjal adalah kerap..ianya merbahaya tetapi boleh dirawat..

apakah penyakit buah pinggang kronik?
penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat oleh pelbagai faktor..

penyakit buah pinggang kronik boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat..pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang tanda kepada pesakit tetapi dapat dikesan dengan melakukan ujian saringan..

Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang kronik berlaku?

* terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh duania yang mengalami penyakit buah pinggangh kronik.

* secra umumnya, 1 daripada 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang

* terdapat lebih daripada 20000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2010.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik?

Golongan yang mempunyai:
*darah tinggi
* diabetes (kencing manis)
* kehadiran protein/darah di dalam air kencing
* kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/ akar-akar kayu / herba/ tradisional
* Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang )
* jangkitan kuman yang kerap pada saluran genito urinari
* batu karang pada sistem buah pinggang
* talian persaudaraan rapat dengan pesakit yang mengalami penyakit kegagalan fungsi ginjal kekal
* SLE (Systemic Lupus Erythematosus)
* dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja.

Tanda dan gejala penyakit :
* badan berasa mudah letih
* hilang selera makan, rasa loya dan muntah
* kerap kencing terutamanya pada waktu malam
* bengkak kaki dan muka
* sukar bernafas
* gatal seluruh badan
* pucat
* tekanan darah yang tinggi

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal?


* dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan kesan dan tanda-tanda berlaku kerosakan pada buah pinggang

Apakah akibat jika tidak dikeasan awal:

* risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan hanya menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Perhatian
Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu yang berisiko tinggi iaitu:

*pesakit diabetes
* pesakit darah tinggi
* perokok
* berat badan berlebihan
* mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit bauh pinggang
* pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain

Lanhkah-langkah Pencegahan
* jangan makan sembarangn ubat tanpa mendapat arahan daripada doktor
* mengurangkan berat badan berlebihan atau obesiti
* memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik (optima)
*berhenti merokok
* menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah
* mengawal gula dan kolestrol dalam darah
* mengamalkan cara pemakanan yang sihat
* bersenam

Saturday 8 March 2014

Proses Pembelajaran Adriana Hari Ini

Assalamualaikum..rasa lawak plak hari ni..adriana 2 tahun 10 bulan..bulan 5 ni cukup 3 tahun..hari ni proses pembelajaran yang adriana aplikasikan adalah meniru gaya ayah dan ibu..


awal-awal naik kereta ibu dengan ayah pakai tali pinggang..riana pun nak pakai jugak..bila dah sampai simpang nak masuk tempat yang dituju ayah buka tali pinggang..riana pun terus kata nak buka ni..ayah larang..ayah kata belum sampai lagi..ayah terkena balik bila riana kata tuu ayah buka..haha..ibu kat belakang gelakkan jela 2 beranak ni duk borak..ibu hari ni jadi mem besar..haha..



cuma nak share dengan semua..anak yang sedang membesar memang dia akan tiru gaya kita..apa yang kita buat..cara percakapan..riana sekarang memang dah pandai..bila kita cakap..dia ajuk balik..siap jeling2 lagi tau..geram sungguh ibu tengok jelingan manja riana..dengan bulu mata yang panjang macam ayah tu..



lagi satu nak share pasal kuasa zikir YA WAHAB..kami pergi taman polo ipoh..nak pi pekena laksa..ya Allah ramainya manusia..memang xde parking langsung..nampak gaya kena pusing dan balik terus la macam ni..aduh laksa..tak dapatla makan..kalau ada pun parking jauh sangat..

bila pusing balik..dalam hati Ya Allah, berilah kami parking yang dekat-dekat dengan van laksa..Engkaulah yang Maha Memberi..dalam duk cari parking tu zikir YA WAHAB..YA WAHAB..riana pun duk zikir sama..tengok tiru lagi apa yang ibu duk buat..sampailah ayah riana cakap ha ada parking..eh tadi tengok takde pun..dekat dengan orang jual laksa..yeay..

memang hebat betul kuasa zikir YA WAHAB..kawan-kawan cuba amalkan..mesti akan rasa perubahan kalau kita sentiasa amalkan..INSYAALLAH...


JANGAN MINTA DENGAN MANUSIA..MINTALAH DENGAN ALLAH APA YANG MANUSIA TAK MAMPU BERI

Friday 7 March 2014

WORK VS HOME




kalau orang suruh pilih memang ina akan pilih dua2..
tapi bukan WORK dan tinggalkan HOME..
ina pilih WORK at HOME..
dari riana lahir ina WORK at HOME..
cuma dengan SHAKLEE baru 11 bulan..
alhamdulillah sedang mendaki tangga-tangga kejayaan

anda bagaimana?
berminat nak WORK at HOME macam ina..
tak perlu modal yang besar..
cuma RM75 semenanjung & RM85 Sabah Sarawak..
tak pandai nak biznes..jangan risau ina akan guide anda..

support group yang sangat supportive..kami nak anda semua yang join group kami berjaya..insyaAllah..

PILIHAN DI TANGAN ANDA SEMUA!!!

WORK at HOME,
ibu riana
0175262669

Thursday 6 March 2014

DIABETES

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ni..dah minum..kurangkan GULA yer..satu sudu cukup..bila orang duk sebut DIABETES..kita pun angguk kepala..angguk tahu atau saje-saje angguk..yer tak..kadang-kadang ada jugak orang tak tahu yang diabetes ni adalah kencing manis..ingat lain..jom kita tambah ilmu..sangat berguna ok..lagi berguna untuk ibu-ibu hamil yang nak kena minum air gula tu..haa standby yer..kalau air gula perisa oren macam gambar ni memng sedap..dulu masa pregnant riana ina minum air gula perisa oren..yummy..hehe


Kencing manis atau diabetes adalah suatu keadaan kesihatan di mana glukosa (gula ) dalam darah kita berada di paras yang tinggi..keadaan ini berlaku apabila hormon insulin tidak dapat berfungsi sepenuhnya untuk menukar glukosa dalam darah kepada sumber tenaga bagi kegunaan sel-sel kita.. 


Faktor Risiko: 
seseorang itu ada beberapa faktor yang mendorong berisiko tinggi antaranya adalah:- 

* berat badan berlebihan atau obes (gemuk) 
* tidak aktif secara fizikal dan tidak bersenam
* tabiat pemakanan yang tidak sihat dan pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi 
* faktor umur yang semakin meningkat 
* wanita hamil yang mengalami hormon juga berisiko untuk mendapat diabetes
* pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti steroid 
* mempunyai sejarah keturunan keluarga yang menghidap diabetes 


Tanda-Tanda Diabetes: 

*kerap dahaga dan kerap kencing 
* hilang berat badan secara mendadak 
* kerap berasa letih dan lesu 
* mudah terkena jangkitan kulit 
* luka yang lambat sembuh 
* gatai-gatal terutamanya di bahagian kemaluan 

Apakah Komplikasi Diabetes? 

kerosakan melalui salur darah besar: 
* serangan jantung 
* strok 
* gangrin 

kerosakan melalui slaur darah kecil: 
* buah pinggang 
* katarak 
* saraf 

Mengawal Diabetes: 

* pengambilan ubat secara betul 
* pemakanan yang sihat dan seimbang 
* pengurusan stres 
* lakukan senaman setiap hari 
* pemeriksaan sendiri ujian darah, tekanan darah dan penjagaan kaki 
* amalan cara hidup sihat ( tidak merokok atau minum arak) 


Selain daripada mengamalkan cara hidup sihat, anda juga boleh mengambil set bajet diabetes Shaklee..dalam set bajet ni ada B complex dan Zinc complex..jom kita fahami bagaimana set bajet ni berfungsi: 

B complex : 
- menukarkan gula kepada tenaga 
- memperbaiki intoleransi glukosa dalam badan 
- membantu mengurangkan rasa kebas dan kesemutan yang disebabkan oleh kerosakan saraf 
- menghilangkan rasa letih dan tidak bermaya 

Zinc complex: 
- menurunkan paras glukos dalam darah
- menggalakkan luka supaya cepat sembuh 
- menghasilkan insulin dalam tisu pankreas 
- membantu badan menggunakan insulin
- dalam zinc ada alfafa yang membantu menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan
- menyembuhkan luka dengan cepat


KURANGKAN GULA, TAMBAHKAN SENYUMAN DALAM HIDUP ANDA!!!

0175262669

Wednesday 5 March 2014

Bermasker dengan ESP Shaklee

Assalamualaikum..
penggemar ESP..tahu tak selain minum ESP untuk kecantikan kulit..kita juga boleh buat masker dengan ESP ni tau..siapa yang dah ada ESP kat rumah tapi belum try test lagi...jom kita bermasker ok..tak perlu nak bayar mahal-mahal pergi buat facial..kita facial kat rumah jer..homemade yer..


bahan-bahannya adalah..chewah macam chef la plak..

1) ESP
2) Yogurt perisa asli..
(xnak yang ada buah)



cara-cara buat masker :
1) ambil dua sudu besar yogurt ke dalam bekas
2) masukkan satu sudu besar ESP dan gaul sehingga sebati
3) sapukan masker keseluruhan muka (elakkan mata)
4) biarkan kering selama setengah jam
5) bilas dengan air bersih


waktu terbaik untuk bermasker adalah selepas mandi pagi dan sebelum tidur..ulang setiap hari untuk hasil yang lebih cepat..


yang belum ada ESP di rumah apalagi ditunggu..Promosi beli 6 percuma 1 bulan ni..jom serbu Ibu Riana Onlineshop..terus jadi ahli dengan keahlian percuma..siap dapat cash bonus lagi bulan april..best kan..

dapatkan ESP dari pengedar sah anda,
0175262669

Tuesday 4 March 2014

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum..ina harap entry ina hari ini dapat memberi panduan untuk ibu bapa dan penjaga berkenaan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)..


Penyakit tangan,kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun..

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak..

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit..

Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius..namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung..

setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan..


Tanda dan gejala penyakit:

- Ruam dan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin (ulser di tekak dan mulut)

- Demam (sakit kepala dan hilang selera makan)


Langkah-langkah pencegahan:

-cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak..

- tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk..

- jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, sudu dan garfu..

- mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil

- cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak..

- elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas..

sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

- bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran

- jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah

- lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu..

Pengalaman ina sendiri masa riana kena penyakit ni tapi tak banyak..sikit je merah-merah kat tangan, kaki dan mulut..masa kena ni memang kena pantau demam..sebab demam tiba-tiba suhu tinggi..kejap-kejap macam tak demam tapi merengek jela riana..ina x bagi ubat demam..ina just bagi nutriferon Shaklee..alhamdulillah serasi..

SAYANGI ANAK ANDA#CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

UTAMAKAN KESIHATAN SEPANJANG MASA

Monday 3 March 2014

Sayang Isteri Tingal-Tinggalkan

Wow, topik hangat hari ni..nape plak nak tingal-tinggalkan isteri..yer tak..kalau dah sayang takkan nak tinggal..pergi operasi ker?hehe..OPS! jangan salah faham yer..meh nak explain..Kalaula cik abe kat luar sana sayangkan isteri maka tinggal-tinggalkanlah perkara yang tidak elok..atau perkara-perkara yang kita suka buat tetapi isteri tak suka kita buat..

ina nak sentuh bab merokok..wahai cik abe si perokok tegar..sayang isteri tak? sayang anak-anak tak..kalau mereka-mereka ini insan yang cik abe sayangi..tingal-tinggalkan la tabiat merokok tu..tahukah cik abe orang yang menghidu asap rokok tu lebih terdedah kepada bahaya daripada cik-cik abe yang duk sedut asap rokok tu..tergamaknye cik abe memberikan persekitaran yang tidak selamat kepada isteri dan anak-anak..

TAHUKAH ANDA?
kalau isteri sedang hamil..anak di dalam kandungan tu yang berisiko tinggi mendapat segala kesan negatif..nak ke dapat anak yang tak normal hasil dari kepulan asap rokok anda yang berkepul-kepul tu..

SEDARKAH ANDA SITUASI INI??

maybe yang baca post ina hari ni terdetik di dalam hati nak berhenti merokok tetapi tak tahu macam mana nak berhenti..BETUL TAK wahai insan yang bergelar PEROKOK TEGAR..meh ina kongsi dengan semua video testimoni seorang perokok tegar yang berhenti merokok dengan pengambilan VIVIX SHAKLEE


Luangkan sedikit masa anda untuk menonton video testimoni ini..


Sedikit ulasan dari video di atas..

kenapa VIVIX terbaik sehingga dapat memberi kesan yang begitu impresif dalam masa yang singkat..VIVIX bertindak dari tahap sel (sellular level)..VIVIX buang nikotin yang ada pada DNA menyebabkab DNA kita pulih kepada keadaan yang asal..DNA itu tersendiri menolak rasa nikotin yang tak natural yang sepatutnya tak ada dalam badan kita..VIVIX bukan terapi pengganti nikotin tetapi terapi BUANG nikotin..

terapi pengganti nikotin ni terlalu banyak di pasaran sedia ada..kat pasar malam pun ada jual..

Wahai isteri-isteri yang sayangkan suami..tinggal-tinggalkan la tabiat shopping tu..meh guna duit shopping tu beli VIVIX untuk suami..suami sihat, isteri sayang, anak-anak ceria..(^-^)

VIVIX TERBUKTI BERKESAN!!!

Dapatkan dari pengedar sah Shaklee,
0175262669

Saturday 1 March 2014

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Assalamualaikum..hari ni ina nak kongsi tentang pedih ulu hati yang sering dialami oleh ibu hamil..luangkan masa anda sekejap untuk tambah ilmu..semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana..

Ketidakcernaan atau pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil..walaupun menyakitkan, pedih ulu hati ialah perkara biasa dalam proses kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi dia dalam kandungan..pedih ulu hati ni bila kita rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada..ini berlaku apabila asid perut naik bahagian esofagus..asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit..perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan ketika hamil..

peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam rahim..pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut..ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui saluran tersebut dan menyebabkan rasa terbakar..hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab..

pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas..ini menyebabkan proses penngosongan perut menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.. 

akibatnya anda akan berasa seperti kembung, pedih ulu hati,loya atau memuntahkan sisa makanan..kesan ketidakcernaan tidak menjejaskan bayi..sistem pencernaan anda yang perlahan mungkin berfaedah bagi bayi kerana ia memberikan lebih masa kepada badan untuk menyalurkan nutrien melalui plasenta yang akan disalurkan kepada bayi atau janin..

cara melegakan pedih ulu hati:

anda mungkin terpaksa bertahan dengan masalah ini semasa hamil, tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melega atau mengelakkan kembung iaitu mengelak dari memberi tekanan berlebihan kepada perut anda semasa ia sedang mencernakan makanan selepas makan..

Duduk tegak, pakai pakaian yang longgar dan selesa, dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas makan sebelum anda baring..jika anda perlu membongkok, bengkokkan lutut dan bukannya pinggang..minuman yang mengandungi kafein atau alkohol juga boleh memburukkan lagi ketidakcernaan..

ATASI PEDIH ULU HATI DENGAN ESP SHAKLEE

sempena promosi ESP untuk mac 2014 anda layak dapat harga promosi yang jatuh tergolek..

ibu riana
0175262669