Wednesday 10 July 2013

Turunkan tekanan darah dengan teh bunga raya

 
Keindahan  bunga raya sememangnya tidak boleh dipertikaikan..Namun begitu,tahukah anda,bukan sekadar cantik..bunga raya mempunyai kuasa untuk menyembuhkan dengan dijadikan minuman.Kajian terbaru menunjukkan manfaat teh bunga raya adalah pada jantung.
 
Saintis mendapati bunga raya berwarna gelap mampu menurunkan tekanan darah tinggi.Kandungan bahan anti diuretik (membantu badan menyingkirkan lebihan air) dan antosianin yang berfungsi menyekat angiotensin (bahan yang menyebabkan salur darah mengecut) - sama seperti preskripsi lisinopril dan hydrochlorothiazide lakukan,pada kadar yang lebih sederhana dan tanpa sebarang kesan sampingan.
 
Resepi Teh Bunga Raya
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan bunga raya kering atau bunga raya segar
  • 1 sudu makan gula putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji oren (ambil jus sahaja)
Cara penyediaan:
  • Didihkan air dan setelah mendidih campurkan bunga raya dan kulit kayu manis..
  • rendam dan biarkan selama 20 minit.
  • tapis dan keluarkan bunga raya dan kulit kayu manis.
  • tambah gula dan jus oren.
  • hidangkan sama ada panas atau sejuk..

No comments:

Post a Comment