Sunday, 12 October 2014

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum..apa khabar semua?hari cuti ni buat ape kat rumah?ada yang bawa anak-anak keluar jalan-jalan..hati-hati memandu yer..awasi anak anda selalu..sekelip mata anda terlepas pandang..mungkin ada orang lain yang mengawasi anak anda 24 jam..

hari ini ina nak kongsi ceritera tentang pengalaman ina berpantang..Alhamdulillah pada 7 Mei 2011, ina selamat melahirkan seeorang bayi perempuan yang diberikan nama Adriana Aqmar..

hari pertama

memang satu pengalaman yang sangat berharga bagi insan bergelar wanita..tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ina masa tu..yerlah pertama kali melahirkan anak..saat-saat yang ditunggu akhirnya tiba juga..dapat menatap permata hati yang dah berbulan-bulan ina tunggu..

pengalaman berpantang macam ibu-ibu yang lain juga..masa berpantang adriana ina tak kenal lagi dengan Shaklee..tak pernah dengar pun..ina ambil set pantang produk lain..masa seminggu tu memang adriana ada kuning..jadi ina tak berani nak makan apa-apa jamu atau herba..

permata hati ayah dan ibu

masa dalam pantang ni susu badan ok..cuma ina kurang minum susu..siang adriana tidur..malam berjaga nak menyusu..kadang-kadang sampai menangis-menangis masa tengah menyusu adriana pukul 2 atau 3 pagi..rasa stress sebab menyusu lama..pastu letak sekejap jaga balik nak menyusu..

masa tu lenguh badan tak payah cakaplah..lenguh sangat..rasa nak tercabut pinggang..sampaikan ada satu malam tu dah tak larat sangat suruh suami beli buaian elektrik..huhu..tak silap masa tu adriana umur 2 minggu lebih..ha dapat naik buai seronok bukan main lagi adriana..dengan ina sekali seronok dapat tidur lena..

dah masuk buai kadang-kadang adriana jaga pun ina tak sedar..nasib baik la masa tu ayah riana cuti sebulan..dialah banyak berjaga juga bila riana berjaga malam..gilir-gilir dengan ina..bagi suami kita rasa sikit berjaga malam kan..hehe..kes dera gitu..kami cuba bagi susu formula..tapi adriana reject..

bagi susu formula bukan sebab susu badan tiada..tetapi sebab tak larat nak bangun menyusukan adriana..punyalah stress sampai gitu sekali pikiran ina..tetapi masa duk sumbat botol susu kat adriana tu memang sedih sangat-sangat..percaturan Allah tu hebat..nasib baik adriana reject botol susu..so ina teruskan menyusu badan..

berpantang di Kedah sebulan..bila suami habis cuti ina pun sambung berpantang kat Tapah sampai habis 44 hari..masa kat Tapah adik ina datang jaga kejap 2 minggu..berpantang sendiri..kadang-kadang kelam kabut juga kalau tiba-tiba adriana meragam..makan pun ringkas-ringkas je..tak tahu menu makanan berpantang yang best pun masa tu..

muka masa dalam pantang ni pucat je..macam tak cukup zat..muka tidak bermaya..kurus memang kurus tapi nampak lesu..kakak ina yang duduk di Nilai datang Tapah melawat ina..dia kata beli vitamin..muka pucat sangat..masa tu tak tahu pun apa pentingnya vitamin-vitamin ni..rasa macam biasa je..huhu

adriana aqmar

sedar tak sedar adriana dah 3 tahun 5 bulan..kejap je masa berlalu..dah besar dah anak ayah dan ibu..tahun depan dah nak hantar ke sekolah..semoga adriana aqmar berjaya di dunia dan akhirat..

with love,
ibu riana