Sunday 9 November 2014

The Carnivall Water Park Sg Petani

Assalamualaikum..seperti yang dijanjikan..hari ini ina nak up entri tempat mandi manda di Sungai Petani..nama tempat ni the carnivall water park..berdekatan dengan cinta sayang resort..wah romantik nama resort..sape nak bulan madu boleh datang cinta sayang ni..



dekat je dengan rumah kakak ipar..lebih kurang 10 minit dari taman batik..anak kakak ipar yang kecil demam..jadi kami bawa yang besar..buat teman adriana mandi..ramai juga yang datang hari ni walaupun hari ahad..kebanyakannya datang dari luar Kedah..ahad kan Kedah kerja dan sekolah..





pergi kaunter tiket..tanya-tanya harga tiket..wah mahal juga hari ni..tapi encik suami ada kad 1 Malaysia dapatlah diskaun..special gitu..bagi sesiapa yang tak ada kad 1 Malaysia ni boleh datang hari isnin,selasa dengan khamis..untuk 3 hari ni harga tiket dewasa dan kanak-kanak hanya RM15 sahaja..jangan datang hari rabu tau..hari rabu the carnivall tutup..





harga tiket untuk hari jumaat,sabtu dan ahad mahal sedikit dari hari biasa..untuk 3 hari ni dewasa RM28 manakala kanak-kanak RM23..kami guna kad 1 Malaysia..harga tiket selepas diskaun RM13 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak..1 kad boleh beli 6 tiket..syarat untuk guna kad kena sediakan photostat ic pemegang kad 1 Malaysia..




kami datang berlima sedang elok boleh dapat diskaun..adriana seronok nak masuk..dia suka sangat nak pakai gelang water park tu..hehe..layankan ajelah budak kecik ni
.dua-dua budak frozen..dah boleh jadi elsa dengan anna dah adriana dengan kak maisarah..



masuk kat tempat mandi..wah banyak pelampung dalam kolam..untung dah ni..harga tiket pun dapat murah..pelampung pun dah tak payah sewa..pihak water park sediakan pelampung secara percuma..bagus mesra pengunjung..haha..ombak buatan pun kuat..melambung-lambung adriana dan maisarah atas pelampung..





puas la adriana dengan kak maisarah mandi kolam..naik turun papan gelongsor dari yang rendah sampailah yang tinggi-tinggi..ibu tukang sambut kat bawah..haha..buble spa pun ada..ala buih-buih air je pun..haha..









nak tengok wayang pun ada..7D cinemotion..macam-macam cerita ada..seram..kanak-kanak..roller coaster..nak tengok wayang bayar asing pula..dewasa rm10 manakala kanak-kanak rm7..nak makan jangan risau..kat dalam water park ni macam-macam ada jual..sediakan duit je..huhu..





bagi yang berdekatan dengan sungai petani bolehlah bawak keluarga datang mandi manda kat sini..luangkan masa bersama keluarga..yang jauh nak datang pun boleh tapi tak berbaloi la pula datang jauh-jauh..hehe..tak kisahlah pergi mana-mana water park..janji anak-anak seronok dan dapat luang masa bersama keluarga..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment