Wednesday 3 September 2014

Pap Smear Penyelamat Kanser Serviks

Assalamualaikum..salam hari rabu..fuhh tarik nafas sekejap..baru sahaja naik tangga..baru balik dari RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera)..hari ni dekat klinik ibu dan anak ada buat ujian saringan pap smear..hurm dah lama dengar pasal pap smear ni tetapi tak ada rasa kesedaran untuk ambil tahu..sedangkan pap smear penyelamat kanser serviks yang seringkali terjadi pada wanita terutamanya wanita yang pernah melahirkan anak..



Sampai kat RSAT tadi dah ramai rupanya yang berdaftar..masing-masing ada yang kali ketiga..kali kedua..huhu..ina baru kali pertama nak buat..takut pun ada..tetapi disebabkan rasa sayang diri sendiri dan rasa bertanggungjawab ke atas diri sendiri kuatkan semangat start motosikal pergi RSAT..bagi sesiapa yang macam ina..belum pernah buat..cepat-cepatlah pergi klinik yang berhampiran..jom ina cerita sedikit sebanyak apa yang ina faham pasal pap smear...

gambarajah ujian pap smear

Apakah pap smear ni?..apa yang ina faham pap smear ni ujian saringan yang dijalankan melalui sampel atau cairan yang diambil dari serviks..bagi wanita-wanita kat luar sana yang merasa takut untuk buat pap smear..jangan risau tak menyakitkan pun..sekejap je dah siap..tidak sampai 5 minit pun..hehe..ina ingat sakit macam doktor-doktor nak periksa bukaan serviks masa kita nak bersalin..haha..ternyata anggapan ina selama ini salah sama sekali..kalau tahu begitu senang dah lama ina buat pap smear..


tahap-tahap kanser

Pap smear penyelamat kanser serviks..betul ker?macam mana peranan pap smear ni..meh tengok sini..ina bukan buat-buat cerita yer..ni betul punya cerita..apa yang ina faham dari sesi borak-borak tadi dengan jururawat-jururawat di RSAT..ujian saringan ni dilakukan untuk mengesan terjadinya sesuatu benda yang tidak normal di pangkal rahim..benda dalaman kan kita tidak tahu apa yang ada kat dalam..

untuk anda

kenapa penting sangat nak kena buat pap smear..memang penting sangat sebab jika terdapat jangkitan atau pra-kanser pangkal rahim..rawatan awal boleh dibuat untuk mengelakkan terjadinya perkara yang lebih serius..biasanya pesakit-pesakit kanser serviks terlambat membuat ujian pap smear..kanser serviks sudah berada di tahap 4..jadi wanita-wanita tersayang..sayangilah diri anda..mencegah lebih baik daripada mengubati..ada salah silap sila betulkan yer..ina kongsi apa yang ina faham tentang pap smear..
(^-^)

hanya ingatan daripada wanita untuk wanita

ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment