Sunday, 23 November 2014

Yeay Cuti Sekolah

Assalamualaikum..cuti persekolahan dah bermula..ramai ibu dan ayah yang merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti kan..pilihlah tempat yang bersesuaian dengan usia anak serta selamat untuk dikunjungi..



awasi anak-anak anda selalu ketika bercuti..jangan leka tau..seminit anda leka padahlah akibatnya..sekarang ni terlalu banyak kes culik anak..sasaran adalah anak-anak kecil..tak salah kalau kita berwaspada selalu kan..


hujung-hujung tahun ni musim banjir dan musim tengkujuh..elakkan membawa anak-anak bercuti ke pantai atau sungai..bagi kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir..awasi anak anda supaya tidak bermain air banjir..


macam-macam penyakit berjangkit berlaku pada musim banjir..antaranya cirit-birit, demam denggi, penyakit kencing tikus, jangkitan pernafasan dan penyakit kulit..jaga kebersihan ketikan musim banjir dapat mengelakkan penyakit berjangkit..

semoga semua anak-anak kita berada di bawah lindungan Allah serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang cuti persekolahan ini..Aamiin..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com