Monday 3 November 2014

Panduan Merawat Jaundis

Assalamualaikum..hampir semua bayi baru lahir pada masa kini akan mengalami jaundis..Jaumdis pathologic berlaku dalam tempoh 24 jam kelahiran..peningkatan dalam pemecahan sel darah merah mahupun jenis darah ibu dan bayi tidak sesuai..


jaundis biasanya berlaku selepas hari kelima dan berpanjangan sehingga 10 minggu atau lebih..penyusuan ibu perlu diteruskan seperti biasa tanpa campur makanan lain seperti air, susu kambing dan lain-lain..

Panduan merawat jaundis:

susu ibu terbaik

1- susukan bayi selepas lahir dengan kerap..kolostrum bertindak sebagai laksatif dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin..


2- elakkan memberi air..ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan bayi kurang menyusu susu ibu..

3- galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap 2 jam..jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto..


4- dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu memecahkan bilirubin di bawah kulitnya..


5- ibu perlu elakkan dari mengambil ubat-ubtan seperti aspirin dan sulfa..berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif yang lain..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment