Friday 21 November 2014

Aktiviti Di Waktu Petang

Assalamualaikum..hari ni hari ketiga main badminton..oklah kan ada juga aktiviti di waktu petang..bagus juga kalau teruskan boleh juga keluarkan peluh..kalau tak duduk rumah tengok televisyen..sambil duk tengok tu mesti mulut mengunyah apa-apa makanan..hehe..


kami main sempoi-sempoi je..berselipar jepun main belakang blok je..haha..geng selipar jepun..sambil main mata perhati anak-anak..ada yang berlari sana sini..ada yang memanjat..riuh rendah jadinya..


hari ni ramai yang turun main..gilir-gilir main sambil jaga anak..seronok juga ada aktiviti sukan sempoi-sempoi macam ni..bolehlah mengeratkan silaturrahim sesama kita..salah satu aktiviti yang sangat berfaedah..


esok dah start cuti sekolah makin meriahlah belakang blok 13 ni..siapa-siapa yang nak join mehla turun je petang-petang..isnin hingga jumaat yer..sabtu dengan ahad kalau tak kemana-mana boleh je main..hehe..


orang kuat di sebalik aktiviti kami hari ini..orang yang bertanggungjawab tolong pasangkan jaring dan juga tolong ambik shuttlecock yang tersangkut di atas bumbung garaj kereta..terima kasih abang-abang askar semua..(^-^)

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment