Thursday, 13 November 2014

Jalan-jalan Penang

Assalamualaikum..hari ni jalan-jalan Penang..cuti encik suami dah nak habis..bawa mama dengan mak saudara (chu) jalan-jalan Penang..Chu teringin nak lalu jambatan baru..kami lalu dah hari tu..hehe



abah pesan lalu jambatan baru siang..sebab orang tak ramai lalu waktu malam..Dari jambatan baru kami terus ke batu feringgi..sebelum sampai batu feringgi singgah solat di masjid terapung..air belum pasang..x nampak terapung sangat..hehe..





selepas solat terus ke kawasan pantai batu feringgi..park kereta berhampiran pantai..masuk parking rm3 hari biasa..kalau hari cuti parking rm5..jalan-jalan tepi pantai nak sewa kerusi malas..alamak mahalnya rm5 satu kerusi..mak datuk..tau tadi bawa kerusi sendiri..hahaha..



kami duduk kat tempat simpan barang je..tumpang..bukan nak duduk lama pun..nak ambil angin pantai dengan tengok pemandangan je..







kuda pun ada tepi pantai ni..bangla tu duk pujuk la suruh kami naik..satu kali naik rm30..haha..terima kasihlah encik bangla..Dari kami bayar rm30 lebih baik kami balik aloq setaq naik boy puas-puas..huhu..percuma je naik boy..









tengok dari jauh awan gelap dah..angin pun kuat..cepat-cepat masuk kereta..masuk je dalam kereta terus hujan turun..pusing-pusing kawasan pantai terus sampai empangan..patah balik ke kawasan bandar..cari komtar tak jumpa..banyak bangunan pencakar langit dah kat kawasan bandar..komtar terlindung..tinggi juga bangunan komtar ni rupanya..



Dari komtar terus pergi padang kota..duduk santai ambil angin..syok angin kuat..ada kapal duk berhenti..cantiknya kapal..bila la dapat naik..dapat ambik gambar pun jadilah..huhu







dah ada kat padang kota tak sah la kalau tak pekena passembor..hari tu datang makan tempat lain..tak berapa sedap..malam ni kami makan di Gani Passembor..sepinggan passembor ni rm35..puas makan..haha..ditambah pula dengan pisang goreng cheese..yummy sedap juga..pisang rangup..sepinggan pisang goreng cheese rm5..







kami dalam perjalanan balik ke alor setar..penat dah jalan-jalan penang..budak kecik ni tak ngantuk sungguh dia..dalam kereta duk main ambil order..ayah nak makan apa..ayah nak makan apa..huhu..

with love,
ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

posted from Bloggeroid