Saturday 8 November 2014

Gunung Jerai Kedah

Assalamualaikum..selalunya kalau balik Kedah tengok je Gunung Jerai dari jauh..hari ini berkesempatan naik Gunung Jerai..bawa mak mertua jalan-jalan makan angin..

kami dari Alor Setar guna lebuhraya PLUS..keluar tol Gurun untuk pergi ke kaki Gunung Jerai..bila sampai kat kaki gunung..dah ada orang yang menunggu dan melambai-lambai kami untuk naik ke puncak gunung menggunakan van..



pikir punya pikir..nak naik van atau naik guna kereta sendiri..encik suami buat keputusan naik guna perkhidmatan van..bolehla dia rehat sambil tengok pemandangan sepanjang perjalanan..ambil masa 30minit untuk sampai ke atas..ramai juga yang naik dengan menggunakan kenderaan sendiri..



sejuknya angin kat atas Gunung Jerai ni..ala-ala Cameron Highland atau Genting Highland..Subhanallah cantik sungguh pemandangan dari atas..sawah bendang menghijau..sejuk mata memandang..angin sepoi-sepoi..aman dan damai..sangat-sangat tenang pikiran..







adriana hari ini jadi minah bunga..asal nampak bunga je terus suruh ayah ambik gambar dia..cantik-cantik bunga..geram betul tengok..segar dan comel..bunga yang bulat-bulat tu boleh buat bunga pegang untuk pengantin kan..hehe..



sambil tunggu van datang ambil kami kat atas kami pusing puas-puas..selepas tu kami turun dan singgah di muzium perhutanan..macam-macam ada dipamerkan dalam muzium..jenis-jenis kayu..tumbuh-tumbuhan..serangga..kraftangan..siap bergambar lagi kat dalam muzium..haha



keluar dari muzium kami turun berjalan kaki..kononnya nak pergi tengok kolam tempat mandi..tetapi baru separuh jalan dah rasa macam jauh je..tak jumpa-jumpa kolam pun..patah balik la jawabnya..penat tak payah cakaplah..nafas turun naik..dah macam jungle tracking..hehe..tak jumpa kolam apalagi kita selfie dulu..





dah puas pusing kawasan muzium..kami turun ke kaki gunung..hujan mula turun rintik-rintik..alhamdulillah kami selamat turun..minta tolong pemandu van ambil gambar kami kejap..masa nak naik tadi tak sempat nak selfie..



Dari kaki Gunung Jerai kami terus ke Pantai Merdeka dan Pulau Sayak..ambil angin laut sambil makan mee udang dan nasi goreng udang..kedai usop mee udang..ramai betul orang..nak parking kereta pun tak ada tempat..kuat betul angin tepi laut..terbang abis semua tudung..haha



malam ni tidur rumah kakak ipar di sungai petani..esok nak sambung jalan-jalan cari makan..dalam perancangan nak pergi mandi manda di the carnivall..lupa pula apa nama tempat mandi kat sungai petani ni..takpe-takpe esok ina sambung entri pasal mandi manda..bye..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment