Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru

untuk insan bergelar guru

Assalamualaikum..masih belum terlambat untuk ina ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar ina dari tadika hinggalah sekarang..dari kita lahir sampailah sekarang masih tidak berhenti lagi mencari ilmu dan ina memang perlukan guru setiap masa..

Tabika Kemas Jengka 15, Pahang
Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar ina di Tabika Kemas Jengka 15, Pahang pada tahun 1990..yang mengajar ina mengenal ABC..menyebut 123..mengenal bulat, petak, bujur, segitiga..bermulalah episod berkawan dang mengenal oh ini cikgu..

Sek Ren Keb (LKTP) Jengka 15, Pahang
Sekolah Agama Rakyat Jengka 15, Pahang
Terima kasih cikgu-cikgu dan ustaz juga ustazah yang mengajar ina di Sekolah Rendah Kebangsaan (LKTP) Jengka 15 dan juga Sekolah Agama Rakyat Jengka 15, Pahang pada tahun 1991 hingga tahun 1996..jasa kalian memang tiada bandingan..belajar tajwid..sejarah nabi..ibadah..aliff ba ta..kenal ABC..ina pandai membaca.. B U K U = BUKU..boleh tahu mengira 1 + 2 = 3..pandai melukis pantai, laut, sawah bendang, matahari, burung, pokok..

Sek Men Keb Seri Bentong, Pahang

tapak perhimpunan Sek Men Keb Seri Bentong, Pahang
Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar ina di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Pahang pada tahun 1997 hingga tahun 2001..suka duka bersama-sama memeriahkan lagi sekolah walaupun kami generasi pertama..pertama kali berpisah dengan keluarga..tinggal di asrama dari tingkatan 1 sampaila tingkatan 5..cikgu-cikgu di sekolah la ibu dan ayah ina..tempat ina menumpang kasih sayang terutama warden-warden aspuri..rindunyer kat semua..

masihkah kau ingat..
sekuntum bunga itu..
di tapak tangan ini ia menjadi layu..
lalu kugenggam ia menjadi debu..
masihkah kau ingat..
masihkah kau ingat..

UTM KL
DDG UTM KL
Terima kasih pensyarah-pensyarah yang mengajar ina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dalam jurusan Pengurusan Teknologi (DDG) pada tahun 2002 hingga tahun 2005..

UUM Sintok, Kedah
Dewan Muadzam Shah, UUM
Terima kasih pensyarah-pensyarah yang mengajar ina di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah dalam jurusan Pengurusan Teknologi pada tahun 2006 - 2009..ina batch banjir..hehe..memori terakhir sebagai student kat UUM ni..blok f bukit kachi 2 dalam ingatan..selamanya..


Terima kasih upline-upline Shaklee yang banyak mengajar ina..dari segi pemasaran, blog, amalan rohani serta segalanya..ina banyak belajar ilmu dunia dan akhirat dari group Shaklee yang ina join..sampai sekarang ina masih menuntut ilmu..terima kasih yang tak terhingga buat mentor-mentor hebat..Master Wan Fatihanum, Master Farhah dan juga Master Effa..terima kasih..

SELAMAT HARI GURU

With LOVE,
Ibu Riana

No comments:

Post a Comment