Thursday, 15 May 2014

Petua Hilangkan Selsema

kunyit hidup

Assalamualaikum..sebagai seorang ibu mesti kita runsing kan bila anak kesayangan demam atau selsema..apetah lagi kalau selsema..anak pun merengek sebab tidak selesa dengan hidung yang tersumbat dan hingus yang meleleh..apa kata anda cuba petua hilangkan selsema..
Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.

kapur sirih

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.

madu

2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

daun sirih
3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Selamat mencuba yer..semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T..Amin...