Wednesday, 21 May 2014

Laksam Arwah Emak

Assalamualaikum..boring-boring duk google resepi..apa aku nak masak yer..tekak ni rasa teringin sesuatu tapi tak tahu nak makan apa..google jumpa resepi laksam terengganu..terus teringat laksam arwah emak..arwah orang kelahiran terengganu..memang pandai masak..masakan emak tak pernah tak sedap..semua sedap menjilat jari..mana boleh lawan masakan kat kedai..walaupun ikan masak kicap..terbaik..Al-fatihah untuk arwah emak ina..Almarhumah Seripah Omar 1953 - 2003

Laksam Terengganu

masa ina duk asrama dulu..tiap kali nak balik asrama mesti arwah emak bekalkan laksam..makan dengan kawan-kawan asrama..kawan-kawan pun dah tahu makanan apa yang ina bawa balik tiap kali habis cuti sabtu ahad..semestinya laksam arwah emak..teringat kenangan bersama..ina pernah belajar buat laksam dengan arwah..tapi dah lupa..sebab tak selalu buat..mana nak cari laksam malam-malam ni...mengidam la plak..nampak gaya kena buat sendiri la..jom google resepi..

Laksam Terengganu

Bahan-bahan (2-3 orang)
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

kuah:
Ikan (direbus dan dibuang tulang) ala mcm nk buat laksa
Sedikit halia
Sedikit bawang putih
Sedikit bawang merah atau besar
Sedikit lada hitam atau serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam:
timun,kacang panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

cili:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara:

Cara buat laksam:
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

Untuk kuah:
kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili:
cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Jom kita masuk dapur..tagline baru ni..