Wednesday, 14 May 2014

Nama-Nama Pilihan

Assalamualaikum..ibu dan ayah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi..dah ada nama pilihan tak..wah tak sabar kan nak tunggu permata hati lahir..hari ni ina nak kongsi 4 nama pilihan..nama-nama yang mempunyai makna dan bunyi yang indah..semoga dapat membantu ibu dan ayah di luar sana dalam proses mencari nama yang sesuai..(^-^)


Anak Lelaki:

1. Adam Afiq (Ikutan,Teladan,Yang Mulia)

Zaman yang serba mencabar ini, kejatuhan moral di kalangan anak-anak semakin menjadi-jadi..maka, nama ini amat sesuai agar anak menjadi seorang yang berguna dan mempunyai akhlak-akhlak yang mulia..

2. Akmal Hazim (Sempurna,Tegas,Cermat,Bijak)

Seseorang yang memiliki kesempurnaan diri di dalam serba serbi soal-soal kehidupannya.Bijak,tegas,cermat dan teliti dalam sesuatu tindakan yang hendak dilakukannya.


Anak Perempuan:

1. Isabella (Srikandi Islam)

Nama asal ini dimiliki oleh seorang srikandi Islam dari Sepanyol..Hasil kajiannya tentang agama Islam dan Kristian telah mendorong wanita ini untuk terus memeluk Islam..Nama ini akan muncul sebagai seorang wanita yang sangat luas pengetahuan Islamnya, berhemah tinggi dan disegani ramai.

2. Anis Hannani (Mesra,Penghibur,Kesayanganku)

Jika ingin anak yang menghiburkan dan sejuk mata memandang, cubalah nama ini..selain itu, ia turut merupakan seorang yang mesra dan disukai dalam pergaulannya..

With Love,
Ibu Riana