Sunday, 25 May 2014

Bolehkah Bayi Anda Mendengar

Assalamualaikum..apa khabar semua..buat ape hari ini..jom nak kongsi dengan semua..bolehkah bayi anda mendengar..di bawah ini diberikan senarai semak beberapa tanda yang boleh anda perhatikan pada tahun pertama bayi anda..sangat bagus bagi ibu-ibu yang baru bergelar ibu..juga bakal-bakal ibu..

riana baru lahir
Baru Lahir
Anak anda akan terkejut dan mengelipkan matanya atau membuka matanya dengan luas apabila mendengar bunyi yang kuat secara tiba-tiba misalnya bunyi tepukan atau pintu terhempas..

riana empat minggu

Empat Minggu
Bayi anda sudah mula perasan akan bunyi tiba-tiba yang berpanjangan misalnya bunyi pembersih hampagas..

riana 16 minggu

16 Minggu
Dia akan diam atau senyum apabila mendengar suara anda walaupun dia tidak boleh melihat anda..dia juga akan memusingkan kepala dan matanya ke arah anda..

riana 28 minggu
28 Minggu
Dia akan berpaling serta merta ke arah suara anda di seberang bilik atau bunyi perlahan yang dibuat di kiri kanan bilik..

riana 36 minggu

36 Minggu
Dia akan mendengar dengan memberi perhatian penuh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya setiap hari dan akan tercari-cari bunyi-bunyi yang perlahan yang dibuat diluar penglihatannya..dia juga suka mengagah..

riana 1 tahun

1 Tahun
Dia akan menunjukkan gerak balas kepada namanya sendiri atau kata-kata lain yang biasa didengarnya..dia juga akan bergerak balas apabila anda berkata "jangan" dan "bye-bye" kepadanya..

with love,
ibu riana