Thursday, 15 May 2014

Bila Isteri Jaga Kereta


Assalamualaikum..saje sambil-sambil tengok Mohabbatein ni teringat kat cik abang yang jauh di mata..rasa lawak pun ade..sebelum cik abang pergi Sabah..dia dah ajar..ok macam ni nak buka bonet depan kereta..check minyak enjin..dia dah tunjuk buh minyak kat sini..pastu tengok minyak cukup tak cukup kat sini..macam mana nak tahu minyak tu paras mana..haha..masa tu tengok-tengok gitu jerlah..tak rasa macam nak buat pun..dengan bahu sakit ni..rasa macam tak daya je nak buat..


alih-alih nak dekat sebulan cik abang pergi..cuba buka dan check minyak enjin..alamak kurang la plak..adoi macam mana nak buat ni..first time ni..sebelum ni tahu bawak je..tak pernah pun buka bonet depan tu..call cik abang..macam mana nak buat ni..minyak enjin kurang ni..masa tu kereta dekat garaj..terlupa plak nak ambil gambar paras minyak tu berkeadaan macam mana..

naik umah cik abang kata tengok whatsapp..ingatkan nak kata apa..kot-kot nak kata abang rindu ke..dah makan ke..tengok-tengok gambar ni yang cik abang hantar..haha tergelak tengok..rajin la cik abang ni melukis..punyalah nak bagi isteri dia ni faham yang mana nak kena buat..

lukisan cik abang

siapa faham tengok gambar ni..hehe yang bulat tu penutup enjin..sebab ina tanya nak buh minyak ni kat mana..nanti salah letak..naya..so dia lukis ni penutup yang perlu buka..lebih kurang besar tapak tangan cik abang kata..haha..bila cari..oh yang ni..bila ina google tadi..kira okla lukisan cik abang ina ni..kira isteri dia ni faham tengok lukisan tu..haha..gelak terguling-guling jap..mula-mula tengok..macam mana nak buka ni..nak kena buka skrew dulu..rupa-rupanya pusing aje..adoi lemah betul la..

ihsan google
yang sebelah gambar penutup tu gambar yang nak check paras minyak..yang ni faham dan tahu nak buat sebab dah tengok cik abang buat haritu..hehe..bila tengok gambar kira 100 peratus sama la kan..terbaiklah..

ihsan google
so letak minyak sikit-sikit pastu check paras minyak..tak cukup lagi..tambah lagi minyak..check paras minyak..ok done..fuh berpeluh juga..bukan tukar tayar kereta pun..baru tambah minyak enjin je pun..ginilah gaya bila isteri jaga kereta..hehe..