Wednesday 21 May 2014

Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

Assalamualaikum..seringkali kita dengar keluhan ibu bapa yang anak lambat bercakap..dah 2 tahun lebih tapi lebih suka tunjuk ke arah benda kalau dia nak sesuatu..payah nak buka mulut..seingat ina..riana taklah cepat sangat bercakap..tapi ina banyak bercakap dengan dia..satu lagi yang ina buat..ina memang tak cakap pelat dengan riana..cakap terus bak kata orang Kedah..maknanya..ina cakap bahasa orang dewasa..kadang-kadang ada ibu bapa yang rasa anak-anak yang bercakap pelat ni comel..masa 3 tahun memang la comel..kalau dah sekolah jenuhla cikgu nak faham apa yang anak kita cakap..jom amalkan petua ataupun tips untuk anak-anak yang lambat bercakap..semoga petua ni bermanfaat buat ibu bapa semua..


1. Komunikasi pada peringkat awal lagi. Seawal dari dalam kandungan.
Walaupun dia tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang dicakap
cuma biasakan bercakap..bagi anak dalam kandungan kenal suara ibu dan ayah..

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan
sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat
dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas..contoh riana nak makan?

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian
apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat..contoh kalau ayat sedih buat muka sedih..ayat happy kita senyum sampai telinga..

4. Teknik penceritaan melalui buku-buku cerita akan membiasakan kanak-kanak
untuk berkomunikasi.

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini
anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping
berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian
serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda.
Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan
menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang
cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan,
menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami
arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka
adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak,
membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka,
dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan,
ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna.
Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa?
Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali
“Adik nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan
kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap.
Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi
dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.


Jadikan kebiasaan untuk sambil bercakap-cakap dengan anak kerana itu salah satu untuk meransang anak-anak untuk lebih cepat bercakap.tunjuk kad bergambar..sebut dan beri masa untuk anak anda mengenali dan menyebutnya kembali..

with love,
ibu riana

No comments:

Post a Comment