Monday, 12 May 2014

Berjuta-juta Lemon


Assalamualaikum..apa khabar pembaca-pembaca semua..cuaca sekarang tak menentu..sekejap panas..sekejap mendung..kalau cuaca panas mesti rasa dahaga sangat-sangat kan..dalam kepala nampak air batu je..kepala pun berdenyut-denyut je kan..tekak pula rasa mual..Jangan risau!! meh ina kongsikan beberapa penawar untuk menghilangkan rasa dahaga dan tidak selesa akibat cuaca panas..


drive kereta masa cuaca panas..wah memang tak selesa..kering tekak? singgahlah di restoran dan beli ' ice lemon tea'..hurm sedapnya..dah terbayang kat depan mata ni..kalau minum memang dapat menyegarkan dan mengurangkan rasa mual..penawar yang sangat sedap.tak mahal pun..harga antara RM2.00 hingga RM2.50 satu gelas..eh rancangan jalan-jalan cari makan la plak..haha


Seterusnya boleh cuba makan gula-gula..cubalah gula-gula berperisa campuran lemon dan oren..rasanya yang sejuk dan segar je..ina dulu masa belajar..selalu batuk..kadang-kadang tu berminggu-minggu tak hilang-hilang batuk..tekak perit je..dalam kelas pasang aircond plak..baru mula kelas 5 minit dah batuk-batuk..memang mengganggu rakan-rakan yang lain nak belajar..masa ni memang ina akan bawa bekal gula-gula perisa lemon atau oren..bila batuk je terus ambil sebiji gula-gula..hilang rasa perit..masa tu ina panggil gula-gula ni nyawa..kalau tak boleh buat apa dah..kerja nak batuk je..


bagi mereka-mereka yang bekerja..beli buah lemon 2 biji..simpan di pejabat..bila rasa stress dan penat..hidu bau lemon ni..pasti kepala yang berdenyut-denyut tu kembali segar dan stress kembali normal..pastikan bawa ke tempat kerja..hehe..comel jugak kalau buat hiasan kan..berjuta-juta lemon..(^-^)


Pssttt...meh dekat sikit..nak share petua ni..kepala yang berkelemumur dan gatal-gatal akibat peluh yang terperap..cuba cuci kepala dengan lemon..belah buah lemon dan gosokkan pada kulit kepala dan seluruh badan..AWAS jangan pula gosok di tempat luka..meraung nanti..huhu


cuaca dahla panas..kita plak kurang minum air..kekurangan air dan infeksi boleh menjadikan kita batuk..cubalah teh o panas campur dengan madu dan titisan lemon..yang ni boleh buat kat rumah je..

Ok ni je yang ina nak share hari ni..gunakan khasiat berjuta-juta lemon..macam-macam ada..

with love,
ibu riana