Thursday, 6 March 2014

DIABETES

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ni..dah minum..kurangkan GULA yer..satu sudu cukup..bila orang duk sebut DIABETES..kita pun angguk kepala..angguk tahu atau saje-saje angguk..yer tak..kadang-kadang ada jugak orang tak tahu yang diabetes ni adalah kencing manis..ingat lain..jom kita tambah ilmu..sangat berguna ok..lagi berguna untuk ibu-ibu hamil yang nak kena minum air gula tu..haa standby yer..kalau air gula perisa oren macam gambar ni memng sedap..dulu masa pregnant riana ina minum air gula perisa oren..yummy..hehe


Kencing manis atau diabetes adalah suatu keadaan kesihatan di mana glukosa (gula ) dalam darah kita berada di paras yang tinggi..keadaan ini berlaku apabila hormon insulin tidak dapat berfungsi sepenuhnya untuk menukar glukosa dalam darah kepada sumber tenaga bagi kegunaan sel-sel kita.. 


Faktor Risiko: 
seseorang itu ada beberapa faktor yang mendorong berisiko tinggi antaranya adalah:- 

* berat badan berlebihan atau obes (gemuk) 
* tidak aktif secara fizikal dan tidak bersenam
* tabiat pemakanan yang tidak sihat dan pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi 
* faktor umur yang semakin meningkat 
* wanita hamil yang mengalami hormon juga berisiko untuk mendapat diabetes
* pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti steroid 
* mempunyai sejarah keturunan keluarga yang menghidap diabetes 


Tanda-Tanda Diabetes: 

*kerap dahaga dan kerap kencing 
* hilang berat badan secara mendadak 
* kerap berasa letih dan lesu 
* mudah terkena jangkitan kulit 
* luka yang lambat sembuh 
* gatai-gatal terutamanya di bahagian kemaluan 

Apakah Komplikasi Diabetes? 

kerosakan melalui salur darah besar: 
* serangan jantung 
* strok 
* gangrin 

kerosakan melalui slaur darah kecil: 
* buah pinggang 
* katarak 
* saraf 

Mengawal Diabetes: 

* pengambilan ubat secara betul 
* pemakanan yang sihat dan seimbang 
* pengurusan stres 
* lakukan senaman setiap hari 
* pemeriksaan sendiri ujian darah, tekanan darah dan penjagaan kaki 
* amalan cara hidup sihat ( tidak merokok atau minum arak) 


Selain daripada mengamalkan cara hidup sihat, anda juga boleh mengambil set bajet diabetes Shaklee..dalam set bajet ni ada B complex dan Zinc complex..jom kita fahami bagaimana set bajet ni berfungsi: 

B complex : 
- menukarkan gula kepada tenaga 
- memperbaiki intoleransi glukosa dalam badan 
- membantu mengurangkan rasa kebas dan kesemutan yang disebabkan oleh kerosakan saraf 
- menghilangkan rasa letih dan tidak bermaya 

Zinc complex: 
- menurunkan paras glukos dalam darah
- menggalakkan luka supaya cepat sembuh 
- menghasilkan insulin dalam tisu pankreas 
- membantu badan menggunakan insulin
- dalam zinc ada alfafa yang membantu menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan
- menyembuhkan luka dengan cepat


KURANGKAN GULA, TAMBAHKAN SENYUMAN DALAM HIDUP ANDA!!!

0175262669