Monday 17 March 2014

Risiko Kurang Darah Ketika Hamil

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
Ibu yang kerap bersalin
Jangkitan cacing
Pendarahan dari faraj atau buasir
Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

Kelihatan pucat
Sentiasa rasa letih lesu
Rasa mahu pitam bila bangun
Sentiasa rasa pening
Bengkak kaki dan muka
Kebas kaki dan tangan
Rasa mengah dan hati berdebardebar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

Anda mungkin mengalami keguguran
Melahirkan anak tidak cukup bulan
Anak mati dalam perut
Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
Keluaran susu badan akan berkurangan
Mudah mendapat penyakit lemah jantung
Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:

Menjaga kebersihan diri
Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
Rehat dengan cukup
Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah... berikut testimoni yang mengamalkan Vitalea..



Shaklee BERBEZA sebab...
Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
menguatkan fungsi otak
membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

IBU RIANA
0175262669

No comments:

Post a Comment