Tuesday 4 March 2014

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum..ina harap entry ina hari ini dapat memberi panduan untuk ibu bapa dan penjaga berkenaan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)..


Penyakit tangan,kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun..

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak..

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit..

Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius..namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung..

setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan..


Tanda dan gejala penyakit:

- Ruam dan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin (ulser di tekak dan mulut)

- Demam (sakit kepala dan hilang selera makan)


Langkah-langkah pencegahan:

-cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak..

- tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk..

- jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, sudu dan garfu..

- mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil

- cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak..

- elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas..

sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

- bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran

- jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah

- lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu..

Pengalaman ina sendiri masa riana kena penyakit ni tapi tak banyak..sikit je merah-merah kat tangan, kaki dan mulut..masa kena ni memang kena pantau demam..sebab demam tiba-tiba suhu tinggi..kejap-kejap macam tak demam tapi merengek jela riana..ina x bagi ubat demam..ina just bagi nutriferon Shaklee..alhamdulillah serasi..

SAYANGI ANAK ANDA#CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

UTAMAKAN KESIHATAN SEPANJANG MASA

No comments:

Post a Comment