Saturday 1 March 2014

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Assalamualaikum..hari ni ina nak kongsi tentang pedih ulu hati yang sering dialami oleh ibu hamil..luangkan masa anda sekejap untuk tambah ilmu..semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana..

Ketidakcernaan atau pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil..walaupun menyakitkan, pedih ulu hati ialah perkara biasa dalam proses kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi dia dalam kandungan..pedih ulu hati ni bila kita rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada..ini berlaku apabila asid perut naik bahagian esofagus..asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit..perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan ketika hamil..

peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam rahim..pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut..ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui saluran tersebut dan menyebabkan rasa terbakar..hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab..

pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas..ini menyebabkan proses penngosongan perut menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.. 

akibatnya anda akan berasa seperti kembung, pedih ulu hati,loya atau memuntahkan sisa makanan..kesan ketidakcernaan tidak menjejaskan bayi..sistem pencernaan anda yang perlahan mungkin berfaedah bagi bayi kerana ia memberikan lebih masa kepada badan untuk menyalurkan nutrien melalui plasenta yang akan disalurkan kepada bayi atau janin..

cara melegakan pedih ulu hati:

anda mungkin terpaksa bertahan dengan masalah ini semasa hamil, tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melega atau mengelakkan kembung iaitu mengelak dari memberi tekanan berlebihan kepada perut anda semasa ia sedang mencernakan makanan selepas makan..

Duduk tegak, pakai pakaian yang longgar dan selesa, dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas makan sebelum anda baring..jika anda perlu membongkok, bengkokkan lutut dan bukannya pinggang..minuman yang mengandungi kafein atau alkohol juga boleh memburukkan lagi ketidakcernaan..

ATASI PEDIH ULU HATI DENGAN ESP SHAKLEE

sempena promosi ESP untuk mac 2014 anda layak dapat harga promosi yang jatuh tergolek..

ibu riana
0175262669

No comments:

Post a Comment