Monday 10 March 2014

Adakah BUAH PINGGANG Anda SIHAT?

INFO SIHAT HARI INI

1 daripada 10 orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang..


penyakit buah pinggang atau ginjal adalah kerap..ianya merbahaya tetapi boleh dirawat..

apakah penyakit buah pinggang kronik?
penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat oleh pelbagai faktor..

penyakit buah pinggang kronik boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat..pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang tanda kepada pesakit tetapi dapat dikesan dengan melakukan ujian saringan..

Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang kronik berlaku?

* terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh duania yang mengalami penyakit buah pinggangh kronik.

* secra umumnya, 1 daripada 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang

* terdapat lebih daripada 20000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2010.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik?

Golongan yang mempunyai:
*darah tinggi
* diabetes (kencing manis)
* kehadiran protein/darah di dalam air kencing
* kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/ akar-akar kayu / herba/ tradisional
* Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang )
* jangkitan kuman yang kerap pada saluran genito urinari
* batu karang pada sistem buah pinggang
* talian persaudaraan rapat dengan pesakit yang mengalami penyakit kegagalan fungsi ginjal kekal
* SLE (Systemic Lupus Erythematosus)
* dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja.

Tanda dan gejala penyakit :
* badan berasa mudah letih
* hilang selera makan, rasa loya dan muntah
* kerap kencing terutamanya pada waktu malam
* bengkak kaki dan muka
* sukar bernafas
* gatal seluruh badan
* pucat
* tekanan darah yang tinggi

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal?


* dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan kesan dan tanda-tanda berlaku kerosakan pada buah pinggang

Apakah akibat jika tidak dikeasan awal:

* risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan hanya menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Perhatian
Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu yang berisiko tinggi iaitu:

*pesakit diabetes
* pesakit darah tinggi
* perokok
* berat badan berlebihan
* mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit bauh pinggang
* pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain

Lanhkah-langkah Pencegahan
* jangan makan sembarangn ubat tanpa mendapat arahan daripada doktor
* mengurangkan berat badan berlebihan atau obesiti
* memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik (optima)
*berhenti merokok
* menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah
* mengawal gula dan kolestrol dalam darah
* mengamalkan cara pemakanan yang sihat
* bersenam

No comments:

Post a Comment