Sunday, 21 September 2014

Tips Suami Isteri : Kongsi Hobi Bersama

Assalamualaikum..sejuk sini..nak taip entry ni pun rasa ketar tangan..sekarang ina dekat kawasan bukit bukau di iskandar polo ipoh..dengar tempat pun mesti tau kan tempat kuda..hobi baru encik suami sejak tahun lepas..urusan jual beli kuda ina yang handle..kira boleh tahan jugaklah speaking dengan mr don (tauke kuda)..siap tawar menawar dalam english..fuhh berpeluh jugakla..alhamdulillah settle semua urusan..

ina pun jadi minat nak belajar tunggang kuda tetapi tangan kiri dah tak kuat..kesan kemalangan bulan 10 tahun lepas..doktor nasihatkan dah tak boleh nak terlibat dengan sukan lasak-lasak ni..tinggal kenangan la semua..futsal..bola jaring..bola tampar..bukan tak boleh main..risau sendi bahu kiri ni terkeluar lagi..pergh ngeri bila difikirkan..main batu seremban boleh..sape nak lawan..jom..

Tiap kali datang ipoh..mesti datang sini..tempat favourite encik suami..layankan janji bahagia..yer tak..jap lagi kita ajak dia pergi kedai kain plak..hobi baru kita plak..alhamdulillah encik suami tak halang..dah minat katanya..

Pernah aritu encik suami kata ajarla macam mana nak guna mesin jahit ni..hehe..dia pun tiba-tiba jadi terminat kot dengan dunia jahitan..sama-sama kongsi hobi dan sokong satu sama lain..seronok bila kita jahit baju anak..suami puji cantik dan ucap terima kasih jahitkan baju anak..berbunga-bubga cinta..haha..

Sekian coretan di kala hujan renyai-renyai membasahi bumi ipoh..hobimu hobiku jua..

Ibu Riana
04:45 pm
Iskandar Polo Ipoh, Perak