Sunday 14 September 2014

mencegah lebih baik daripada mengubati

Assalamualaikum..baru balik hospital alor setar..bawa mak menakan ambil ubat..ramainya orang kat hospital..nak parking pun takde..ramai orang datang melawat ke..ramai orang sakit..

bila ramai-ramai kat hospital macam ni terlintas pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubati"..

macam mana nak cegah..sekarang ni penyakit yang paling popular penyakit tiga serangkai..jantung, kencing manis dan darah tinggi..kalau ada tiga-tiga penyakit ni memang macam-macam la ubat nak kena telan..penuh plastik..orang Kedah panggil sekandaq ubat..haha betul tak orang Kedah..ceq pun ingat-ingat lupa ni..

pelbagai pencegahan yang kita boleh buat..antara yang selalu kita duk dengar dalam iklan-iklan..satu sudu gula sudah cukup..kurangkan gula..lebihkan manis dalam senyuman..

pemilihan makanan seimbang..nak imbang mcm mana ye..takkan nak timbang..maknanya dalam pinggan kita tu ada nasi..ada sayur..ada ikan atau ayam..makanan pula tak berlemak..tak terlalu masin..tak terlalu manis..seimbang dari segi cara masak..dari segi rasa.

senaman juga penting..seperti iklan hanya 20 minit sehari..x susah nak senaman..tak perlu nak pakai pakaian senaman yg lengkap pun boleh..contoh rumah tingkat 4..hari-hari naik tangga tingkat 4 pergi dan balik kerja..kalau di pejabat ada lift..elakkan guna lift..naik tangga untuk menjaga kesihatan jantung..

ada orang amalkan makanan tambahan..eh nape nak kena makan..bukan ke tunggu sakit baru makan..salah ye..makanan tambahan bukan ubat..kita makan untuk kekalkan kesihatan yang baik..dalam erti kata lain kita mencegah sebelum terlambat..

tepuk dada tanya selera..yang mana pilihan anda..nak cegah atau nak mengubati..

No comments:

Post a Comment