Saturday 27 September 2014

Resepi Ayam Goreng Simple

Assalamualaikum..dah masak ke semua..meh nak kongsi dengan semua resepi ayam goreng yang simple..tersangat la simple tapi sedap hingga jilat jari..resepi yang ina nak kongsi ni pun sangat ringkas..tak perlu buh gambar..anda bayangkan sahaja yer..tapi jangan sampai leleh air liur plak..hahaha..

potong dan basuh ikut sukahati kita..nak potong 18 atau potong 1000 pun boleh..hehe..dah settle basuh semua..masukkan garam + kunyit + tepung gandum + rempah kari + sos tiram + daun kari..gaul semua..nak lagi ok perap sikit dalam setengah jam..ina suka perap dulu sekejap..dekat-dekat cik abang nak balik kerja baru goreng..kalau yang taknak berminyak sangat boleh guna pemanggang ajaib..

makan dengan nasi panas..ada air asam atau sambal belacan..letak kicap sikit..ulam-ulaman serba sedikit..hurm selera sungguh..hehe..selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment