Wednesday 10 September 2014

Petua Merawat Cirit-birit

Assalamualaikum..oleh kerana hari ini ibu dengan riana cirit-birit maka tercetuslah idea di malam hari untuk kongsi petua merawat cirit-birit untuk semua pembaca..jangan buat main-main cirit-birit ni..tak boleh nak tidur lena dibuatnya..hari ni terpaksa bagi riana pakai pampers sepanjang hari..



ada yang kata bancuh tiga sudu kecil teh dengan segelas air panas..teh kosong je tau..jangan tambah gula plak..bila dah agak suam..minum perlahan-lahan..hurm macam menarik kan..petua ni senang je ni..semua bahan ada..agak-agak kalau guna teh uncang boleh tak? sama je kan..huhu


bagi sesetengah orang yang tak minum teh boleh cuba petua ni plak..tapi remeh sikit la..caranya ambil dua genggam beras..goreng tanpa minyak dalam kuali..ada yang panggil sangai or salai ke apa tak kisah..janji tanpa minyak..bila beras tu dah kehitaman..rendam beras yang kehitaman tadi dalam air sejuk..rendam seketika sehingga beras kembang dan air sejuk tadi bertukar menjadi hitam..tapis air tadi..minum suku cawan..kalau rasa memulas lagi minum lagi suku cawan..ulang-ulang minum air beras ni dua atau tiga kali sampai la rasa lega..dalam erti kata lain dah tak cirit-birit..


Cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor atau boleh jadi adalah simptom bagi beberapa kondisi seperti:

* alahan makanan (contohnya alahan kepada gluten atau laktosa)

* kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan

* berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif

* pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus

* jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)

*situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif

* penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman

* dalam beberapa kes, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus

Cara-Cara Penyembuhan Segera

Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

1) Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air 

- Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.
2) Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan 

- Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

3) Ambil Makanan Lembut 

- Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya. 

4) Jangan Paksa Diri Anda 

- Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.

No comments:

Post a Comment