Saturday 19 April 2014

Kawal selera makan dengan makanan

Assalamualaikum.bila tengok tajuk nak gelak pun ada kan..kawal selera makan dengan makanan..kot la nak buat tajuk kawal selera makan dengan senaman ker..logik jugak kan..makanan yang ina maksudkan tu adalah makanan yang berkhasiat dan membantu dalam mengawal selera makan..jom kita bagi khatam yer..

Oat

Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.ha bagus kan oat ni..cepat-cepat pergi pasar raya borong oat sebelum habis di borong..haha..lawak je.. 

Cendawan
Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.bagi yang suka bercucuk tanam tu dah boleh tanam cendawan sendiri plak lepas ni..boleh google cari tanaman cendawan organik.. (^-^)

Asparagus
Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.sedap sayur ni buat goreng..tumis gitu-gitu jer..

Pisang
Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet..

Bawang
Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar..wah kalau kat Malaysia ni semua masakan letak bawang kan..kalau tak letak bukan masakan melayu la namanya..hehe..bab bawang ni memang setuju..kalau bawang putih memang banyak khasiatnya..leh baca khasiat bawang putih

Ibu riana
0175262669
zarina.naim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment