Sunday, 14 December 2014

Makan Kenduri Di Ipoh

Assalamualaikum..hari ni makan kenduri di Ipoh..adik jiran kahwin..peluang pergi Ipoh boleh jalan-jalan cari makan..

turun tol Jelapang Ipoh dalam pukul 12 tengahari kami terus pergi tengok rumah yang kami sewakan di Sungai Siput..borak-borak dengan penyewa tak sedar masa berjalan..

sesat jugalah sekejap dalam nak mencari taman chepor impian..kami sesat ke desa chemor impian..last-last ada seorang abang motor yang sangat baik hati nak tolong hantarkan..kesian tau hujan-hujan abang tu masih nak tunjukkan jalan..

sampai tempat kenduri dah 3 petang rasanya..bila dah siap makan hujan pun mula lebat..duduk-duduk sambil borak dengan kak mazni sekeluarga..pukul 4 kami bertolak balik..kebetulan waktu melawat hospital..kami terus menuju Hospital Ipoh untuk melawat suami jiran yang sedang dirawat di Hospital Ipoh..

balik dari Hospital tekak ni tiba-tiba je mengidam laksa dekat taman polo..haa apalagi check in situ sekejap mskan laksa, keropok lekor dengan pisang goreng cheese..rosak diet hari ini..huhu esok kena main badminton lama sikit daripada biasa..(^-^)

lepas maghrib kami check in kinta riverfront pula..teman encik suami naik onewheel..entah macam mana nak naik..kayuh pun bukan..tolak pun bukan..benda bulat berdiri kat atas tu terus jalan..kena imbang badan..bila badan ke depan benda tu gerak ke depan..bila badan kita kebelakang benda tu gerak ke belakang..macam best je tengok encik suami naik..huhu

berdekatan dengan tempat onewheel ni kedai 21grilled..hish duk tahan je ni..ada juga yang pergi order monster burger ni..memang ke laut la diet dibuatnya..mau esok kena training pagi, petang dan malam..hehe..hari ni tak dapat nak naik basikal..ina pakai jubah hari ni..lain kali ye riana kita naik..

with love,
ibu riana
0175262669

posted from Bloggeroid