Assalamualaikum..dah baca kan entry ina semalam..ni kesinambungan entry 18/12/13 pasal hipertensi..mesti yang berkerut-kerut dahi pikir apa itu hipertensi..hari ni ina nak kupas hipertensi dengan lebih mendalam..dalam erti kata lain tekanan darah tinggi..haa yang ni mesti semua orang tahu..betul tak?
tekanan darah berubah dari semasa ke semasa sama ada ketika kita bersenam, resah gelisah..keadaan ini akan buat tekanan darah menjadi tinggi ini adalah perkara biasa..yang menjadi luar biasa apabila tekanan darah sentiasa di paras yang tinggi sepanjang masa..ini dipanggil TEKANAN DARAH TINGGI..
90% dari kes-kes darah tinggi sebabnya tidak diketahui..manakal 10% lagi adalah berpunca dari sesuatu jenis pemyakit lain yang dihidapi oleh pesakit misalnya buah pinggang..
faktor-faktor risiko darah tinggi:
(1) keturunan
risiko lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi jika ibu atau bapa mempuyai sejarah atau sedang menghidapi tekanan darah tinggi..
(2) berat badan berlebihan
lemak yang berlebihan dalam badan akan mendap di dalam dinding salurnadi anda..lemak ni jadi lebih tebal, kejang dan sempit..ini akan membebankan jantung anda..
(3) pemgambilan garam berlebihan
kandungan garam yang berlebihan di dalam darah menggalakkan lebih banyak air terkumpul dalam darah yang akan meningkatkan tekanan darah..
(4) tekanan (stress)
tekanan emosi yang keterlaluan dan berulang-ulang..
(5) perokok tegar
biasanya bila seseorang itu merokok..nikotin di dalam asap rokok masuk ke dalam darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat..nikotin juga menyebabkan salurnadi-salurnadi sempit..ini akan memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke salurnadi yang sempit itu..
PERIKSA TEKANAN DARAH ANDA...!!
Ibu riana
0175262669
No comments:
Post a Comment