Sunday 8 December 2013

Cuaca Cerah Hari Ini

Bersiaran dari kampung halaman..Jengka 15, Pahang..Alhamdulillah cuaca cerah hari ini..Semalam sabtu 7 dec 2013 hujan dari 1 pagi tak berhenti..hari ini matahari dah munculkan diri..cuaca cerah dan hangat..ibu-ibu mesti semua tengah jemur kain kan..almaklumlah seminggu kain x kering-kering..kat rumah kami pun sama..berebut-berebut jemur kain..sambil-sambil layan keropok lekor terengganu..syahdunya..

Apa khabar sahabat handai yang berada di kawasan-kawasan yang dilanda banjir..bagaimana cuaca di tempat anda hari ini..semoga air banjir makin surut dan keadaan bertambah baik..semalam seharian sejuk..ketar satu badan..kipas pun tak on sehari..jimat elektrik rumah pak naim..terbayang bagaimana anak-anak kecil yang berada di pusat pemindahan banjir..dengan keperluan dan makanan yang tidak mencukupi..

Musim banjir macam-macam penyakit berjangkit boleh berjangkit..di harap ibu bapa pantau kesihatan dan keselamatan anak-anak musim banjir ni..hebahan dan kerjasama yang di lakukan di media internet untuk membantu mangsa-mangsa banjir mendapat kerjasama dan perhatian daripada pelbagai pihak..alhamdulillah rakyat-rakyat malaysia semuanya prihatin terhadap masalah yang dialami oleh kaum keluarga dan sahabat handai kita yang berada di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka..

Anak Pahang,
Ibu Riana

No comments:

Post a Comment